11/02/2025
11/01/2025
PERJALANAN EKSPEDISI BELANTARA
Dulu ni jalan balak
EKSPEDISI HUTAN BELANTARA
10/09/2025
PENAWAR DEMI PENAWAR
Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.
Alhamdulillah bagi yang belum tahu, Puan Kai baru keluar wad kerana masalah kencing manis yang di alami seminggu selepas kahwin dengan tok ( 3 tahun lepas ) .
Puan kai ni orng kelantan, kalau muda muda kena kencing manis atas 15 tu di kira normal bagi kelantanese haha. Dalam 3 tahun ini juga sudah 3x dia masuk wad..
1. kali pertama selepas seminggu kahwin dengan Tok dan masuk wad di kulim
2. kali kedua masuk wad di kangar
3. dan kali ke 3.. ni ha sehari dua ni, wad kangar juga.
Meski tok pembuat herba dan obat obatan, nampaknya ia tidak blh di manfaatkan oleh Puan kai memandangkan dia sangat TAK SUKA benda pahit, berbanding dengan tok yang beranggapan pahit itu sebuah Kenikmatan.
Namun kali ini puan kai masuk wad...agak rumit juga kerana penyakit lamanya sejak kecil kembali iaitu Kuman dalam paru paru.. sejak kecil memang ibunya sering ulang alik bawak dia masuk wad keluar wad kerana masalah paru paru.
Tok tak boleh berbuat apa apa jika pahit menjadi musuhnya, malah bukan sekadar pahit. rasa payau juga bukanlah kawan baginya.
Namun dalam pengalaman ini, secara tak sengaja tok berjaya hasilkan ramuan menurunkan kencing manis dan juga asid urid kepada paras normal dengan tanpa rasa pahit atau payau. Alhamdulillah.
Jadi dia boleh minum ramuan menurunkan kencing manis ini dan tok pula berjaya menurunkan kadar asid urik ke paras normal. Bagi tok ia adalah sebuah kejayaan di dalam bidang ini, cuma Tok takde kelulusan je, kalau tok ada kelulusan mungkin tok akan jenamakan dan jadikan ianya produk. Ya.. ramuan ini belum pernah di hasilkan dari mana mana syarikat atau individu perseorangan.
Cuma malangnya ia tidak boleh di produksi dan di simpan lama.
Beberapa guru herba yang tok kenali mencadangkan agar tok membuka pusat pemulihan di kebun tok ni, sesuai dah dengan suasana yang tenang dan damai serta keperluan yang mencukupi tanpa perlu meninggalkan gaya hidup moden ( Bagi mereka yang tak boleh hidup tanpa internet ). Kalau cadangan seperti itu in sha Allah boleh di laksanakan walau tanpa kelulusan kerana ramai je tok tok moh kampung berubat org pakai herba di kampung , ia di anggap sebagai tempat pemulihan tanpa menetapkan sebarang bayaran.
Tok akan fikirkan dulu cadangan itu.
Tok juga sekarang sedang mempelajari cara membuat maajun dari seorang otai lama , tapi bila di bandingkan dengan kos membuat maajun ini ( kurma ajwa atau kurma merah cina atau madu tualang ) tok berasa pelik bagaimana maajun di luar sana begitu murah, sedangkan kosnya sangat mahal, kemungkinan kilang yg menghasilkan maajun membuat pembelian lunsum bagi bahan bahan maka ianya murah....rasanya lah.
Bagi mereka yang ada penyakit kencing manis kronik, level2 nak kena potong tu, In Sha Allah datanglah ke sini dan tok akan bantu sedaya upaya tanpa menetapkan bayaran.
Pengalaman pasangan pasangan tok terkena pelbagai jenis penyakit membuatkan tok sendiri bertungkus lumus untuk mencari penawar. Jika selama ini tok hanya mencari dan membuat penawar bagi penyakit diri sendiri, kini pengetahuan itu meluas dengan ikhtiar untuk menyembuhkan mereka sekaligus di harapkan dapat di manfgaatkan untuk sekalian umat manusia. In Sha Allah
10/08/2025
MINYAK HIDUP
Assalamualaikum wbt dansalam bahagia
Alhamdulillah Minyak hidup Available untuk di miliki masih berbaki 5 botol. Sebelum ini tok maharkan melalui Broadcast sahaja.
Kelebihannya :
Pelbagai Guna
Ia mengikut niat pemilik. Baru baru ini ada yang menggunakan ia untuk ritual penarikan emas dan wang, Alhamdulillah berjaya.
Ia juga di gunakan sebagai medium pemagar premis, tok sebut sebab dah ada yang guna dan berhasil terbukti di mana pencuri tidak dapat keluar dari rumahnya sehingga polis sampai.
Untuk melihat gambarnya sila PM tok ya 01117447688
10/05/2025
PENGGODAMAN
Assalamualaikum wbt semua. Ini ialah pesanan broadcast ( 01117447688 )
Bagi sesiapa yg menerima mesej kononnya dari tok nak "pinjam duit" , sila abaikan mesej tersebut, tok baru dapat tau dari murid tok tadi ada mesej dari nombor selain dari nombor ini yg menyatakan tok muda nak pinjam duit.
Di nyatakan di sini. Bukan style tok pinjam meminjam kecuali pertukaran dengan barang , ilmu atau khodam.
Sekiranya anda menerima mesej pesanan berbunyi seperti itu. Sila PM tok di nombor ini ( nombor anda menerima mesej ini ) beserta SS dan juga nombor pengirim.
Di maklumkan juga sejak beberapa tahun lepas akaun my gemstone Maybank pernah beberapa kali di hack, dan akaun My Gemstone RHB juga sudah di tutup.
Jadi sekali lagi tok meminta kepada mereka yg terima mesej berkenaan untuk SS mesej tersebut kepada nombor broadcast.
PESANAN
Sekiranya anda menerima pada bila bila masa dan dari mana mana nombor yg berdaftar dengan Paduka's Group ( yg di gunakan dalam urusan jual beli blog ) sila buat pengesahan terlebih dahulu dengan menelefon bagi mengesahkan. Sebaiknya buat VC untuk anda melihat adakah benar ia wajah tok. Sekiranya bukan atau tidak di angkat . Maka ia adalah dari hacker.
Terima kasih
9/30/2025
GELIGA ANUGERAH / GELIGA PERMOHONAN
Assalamualaikum wbt dan salam hormat buat semua.
Alhamdulillah baru baru ini tok melancarkan Geliga Anugerah ( nama lamanya Geliga permohonan ) dan sudah 6 nama selesai di lakukan.
Tawaran masih di buka sehingga 2hb Oktober 2025 dan anda boleh PM direct ke tok muda di 01117447688 :
1. Nama
2. Alamat
3. Slip Bayaran
MAHARNYA masih sama sejak tahun 2012 Yakni RM 100 dan kos pos sahaja berubah yakni RM 10
TOTAL : RM 110
Apa yang anda akan dapat jika berurusan direct di Nombor tok ni hahaha.
1. pengeposan KILAT, pagi beli tengahari pos, tengahari beli petang pos ( bagi pos petang hari ni depa hantar esok pagi )
Di sebabkan tok kini ada PA baru ( lelaki ) yang sangat cekap buat kerja , sebenarnya 2 PA , 1 bahagian Pengurusan dan 1 lagi duduk jauh nu di KL bahagian Siber dan maklumat, huiii bunyi sedak eh... bahagian update dan pengurusan blog lahhhhhh kadang kadang dia sibuk, tapi sekarang dia tiada di Malaysia, di balik ke Mekah kerana urusan tanah sementara mak ayah dia di sana , bukit , apa nama bukit tu tak tau, lupa dah. yg kerajaan saud nak ambil buat hotel tu.
Baiklah... APA KELEBIHAN GELIGA PERMOHONAN?
Sebelum tok mulakan apa kelebihannya, tok terangkan dulu asbab kenapa Allah taala jadikan batu batan, pokok pokok dan tumbuhan.
SETIAP PERKARA YANG ALLAH CIPTA ADALAH UNTUK MANUSIA FIKIR DAN GUNA ( MANFAATKAN ) rugilah bagi mereka yang malas berfikir.
1. mereka yang berkata batu batan, pokok ni semua tiada apa apa ialah mereka yang MALAS dan RUGI
2. sebenarnya mereka lebih banyak terpengaruh dengan bibble dan kristian
Apa kena mengena pulak dengan Kristian ni?....... ok, sekarang ada Ai kan?.. cuba tanya ilmu ilmu hikmah yang anda nak dalam Bible?... anda tidak akan jumpa apa apa..NOTHING , kemudian anda suruh pula dia cari ilmu yang sama di dalam Al Quran...BERLAMBAK AKAN KELUAR.
Apakah maknanya ini?.... maknanya ialah kefahaman bibble yang di ubah manusia itu sudah lama sebati dalam diri umat islam Malaysia atau dunia. Ok full stop , tok cakap setakat tu saja, kalau cakap lebih org takkan faham.
Geliga Anugerah ini ialah Benda yang Tok muda minta Dari Allah melalui nama anda beri ( walau anda tipu nama anda ( sebab nama tipu tu pun orgnya wujud ) dan doa tok ialah selagi mana ia dalam simpanan anda, selagi itulah ada masalah yang anda pernah alami lepas akan anda alami lagi di masa akan datang dan kegunaan utamanya ialah membantu masalah anda di masa kini dan akan datang dengan izin Allah.
Kayu pengukurnya ialah geliga itu, jika anda melihat ia masih bersama anda, bermaksud masalah yang sama akan kembali di dalam hidup anda di masa akan datang.
Ada orang cakap alah rugi lah. Tok nak tanya ..adakah Mengetahui masalah itu akan datang berharga RM 100?, bukankah anda akan lebih bersedia?.. begitulah caranya ia menyelesaikan masalah anda. dengan memberi petanda .
Jadi jika anda berminat untuk memohon, maka silakan, memohon penyelesaian, jika anda tamak saja anda akan bertanya " tok boleh ke saya mohon batu delima?".... jawapannya boleh tapi bukan dalam Geliga Anugerah ini, ia di panggil permohonan khusus dan ia ada syarat lain dan maharnya juga berbeza ( RM 350 )
Sekian Terima kasih









