Dulu ni jalan balak
Maklumat peta ini sebenarnya sudah di laporkan ke kementerian berkenaan. Jabatan jabatan yang terlibat . Macam biasa . Tok buat apa apa semua kena proper. Masa scouting saja kita masuk main langgar hahaha. Ye la benda belum confirm. Bila dah confirm. Baru kita buat semua tak rugi masa dan duit.
Sebagaimana Korang lihat. Ini ialah bekas pembalakan dan sudah ada tanam semula yg melebihi sekitar 6 tahun +-.
Kemudian ada aktiviti perlombongan seperti gambar di bawah
Tok memerlukan sekitar 6 hari utk buat kajian saki baki lombong ini. Maksudnya masa lombong aktif. Di manakah sisa nugget atau habuk emas mengalir . Dan melalui analisa itu tok mendapat results emas yang mengalir ada di dalam aliran sungai dan tok dapat 4 spot terbaik untuk melakukan kerja kerja carigali.
Maps ini sengaja tok buat dalam bentuk ini kerana hanya tok yg mampu membacanya.
Buat masa skrg pekerja tok dah parking di spot A dan memang tak banyak. Habuk saja. Esok mereka akan bergerak ke spot B .
KEUNTUNGAN?
Sehingga ke hari ini sejak operasi di lakukan 5 hari lepas. Keuntungan belum melebihi modal. Sebab tok belum "langgar" kawasan lombong lama tu. Ada 2 lombong lama. 1 di map di atas dan 1 lagi map page sebelah di gelar " Pit Gold " sebab risiko.
Untuk memasuki lombong di atas. Tok perlukan alatan lengkap bagi persediaan jatuh ke dalam terowong lama dan juga terdedah dengan wap beracun , merkuri, arsenik dll.
Bagi pit gold pula tok mungkin berhadapan dengan banyak "ular" dan juga "hantu"๐ป๐ป๐ซฃ.
Untuk kedua dua lombong ini. Tok buat sorang sorang. Belum ada teman. Adakah tok perlukan teman?. Rasanya tak kot sebab susah nak dapat teman yg lasak, berani dan pandai guna peralatan canggih dan juga dalam masa yg sama pandai bab hutan,Gajah ,rimau ,ular dan juga mistik. Tok perlukan teman yg tahu semua ni.
Dalam hutan ni ada 3 ekor gajah je.. semua pemalu. Tapi ada 1 harimau yg pernah makan orang.. mangsa di temui tinggal sebatang jari dan tempurung kepala. Yg lain.. habis.
Tok ni masa dalam hutan tok akan berandalkan kepada peralatan canggih dan juga doa doa serta jampi.
Meski org kata. Alahhh org lama lama dulu masuk tak pakai peralatan canggih pun.. itu dia ...bukan kita. Tak boleh di samakan.
Kawasan ini di penuhi emas . Sampaikan embunnya bewarna keemasan berkilau .nak tangkap tangkap je embun tu haha.
Dalam hutan yg paling tok geruni ialah :
Gajah
Harimau - takut Gajah lagi
Ular yg lembab...paling tok benci ialah sawa. Sebab dia suka menyibuk.
Hantu pulak dah macam member ..kita pun dah macam hantu ๐. Dalam hutan kena busuk. X boleh wangi takut wangi tu mengundang haiwan liar cthnya harimau.
Kawasan tok buat kerja tidak di lalui sebarang lori atau mana mana manusia .sebab lokasi tu dah lama di tinggalkan. Wallahualam kenapa.tapi tak jauh dari kami ada 1 kongsi yang di katakan berhantu. Tok belum ke sana .sebab nak ke sana kena susur sungai dan melalui 6 selekoh sungai baru sampai di bekas kongsi tu. Cari pasai buat apa cari hantu. Aku bukan nak buat video tiktok๐.
Tok menulis di sini tanpa bagitau Korang lokasi exact. Saja buat diari.
Cuma kalau barang mistik in Sha Allah ada.
Geliga lipan baru dapat tadi dengan bantuan kerajaan sana. Cuma tok di pesan x boleh bawak keluar lagi. Jgn kata geliga lipan. Batu biasa pun x boleh di bawa keluar di sebabkan tok "org baru " kat kawasan tu. Takut ada benda belalai atau belang marah.
Kita bukan takut. Tapi kita hormat kerana kita ada adab. Jadi ikut saja lah pesanannya bukan rugi pun.
Esok tok nak masuk dah ni. Kalau sapa sapa nak barang yg tok tulis di halaman sebelah tadi. Order la ni. Atau pagi esok. Sebab tok esok kena ke pejabat kerajaan bagi urusan ni... Urusan last. Ambik dokumen. Masuk balik mungkin petang. Jadi sempat lah kalau order sebelum jam 4pm.
Ok.
Tadi ada org pm.kata nak taja projek tok... Tok jawab kat sini juga ya.
Memang modal tak cukup. Tadi pun nak beli benda makan sikit ja budget tak lepas. Jadi beli setakat lepas. Tok buat apa apa ada budget. Takkan lebih dari budget tu.
Tapi PENAJA?. MAAF tok tak terima.
Sebab projek ni bukan benda depan mata. Kita tau ada emas dalam pakai analisa ..teori..bukan nampak depan mata.
Yg kedua...tok tak suka malah sekarang ni tok dah naik mual dengan orang yang nak lempar duit, goyang kaki, tau tau nak hasil. Kalau xda hasil nak marah. Nak kata sayang. Nak kata itu ini. Hang penaja apa?. Omputeh taja berbilion nak masuk hutan Amazon. Dengan satelit bagai. Alih alih barang tadak. Dia taja benda lain pulak. Sebab dia FAHAM akan risiko.
Sebab tu tok bukan la nak berlagak ka apa.bukan kita ada duit sangat. Tapi MUNTAH la dengan org sikap macam ni. Nak lawat site pun susah. Tau tau nak hasil.
Sebab tu tok kata tadi. Tok bukan saja x nak penaja. Malah teman sekerja. Biar slow tapi tak serabut .itu lebih okay. Betul tak?
Ok lah. Tok ni keluar sekejap nak update blog .lama x update blog MC ni.
Semoga semuanya selamat ya. In Sha Allah






No comments:
Post a Comment