Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.
Pernahkah anda tertanya tanya. Awat LA tok lama tak update blog? ☺️.
Jawapan dia adalah sebab tok buat scouting sejak sebulan lepas ulang alik ke satu lokasi lombong emas lama . Dan bukan satu lombong.
Kemudian scouting apa dokumen tok perlu dengan badan kerajaan. Kemudian prepare peralatan.
Namun... Adeh... Tok ending di musim yg salah. Ending preparation lah. Kita nak jalan buat. Musim hujan dan banjir. Allah.
Pulak 7hb tok kena ke luar negara bagi menguruskan projek barangan antik.
Isk isk isk ...
Tok gunakan kelebihan tok sebagai penjejak emas dan arang batu dulu di Borneo ,pakai ilmu utz Hashim segalak.... Alhamdulillah siap jumpa spot dan dah di sahkan spot tu ada " barang" tertinggal. Nak korek... Musim pulakkk. Kena pun oversea pulak. Hutan. Takpa lah. Nampaknya sibuk juga lah.
Jadi boleh faham dah kenapa?.
Dalam sana takda Line hp. Sungguh. Kalau sapa x boleh hidup tanpa internet. X boleh hidup dalam tu.
Tok tak banyak gambar sebab " kena jaga kawasan" lah. Ni bukan komersial heheh.
KISAH MISTIK MALAM HARI
Kami buat post tengah hutan. Betul betul tengah hutan. Masuk saja 56 minit ( pakai countdown ni ) guna 4x4. Dengan kelajuan 30-40kmj. Ada banyak jalan elok dan 30% jalan x elok langsung.
Jadi kalau berlaku apa apa. Memang kena survivor.
Tok ada 2 pekerja dalam hutan tu. Salah satu org panggil pak ku. Dia ni org gelar raja rimba.
Kenapa raja rimba?
Sebab dia boleh memerintah Gajah dan harimau.
Memang tak ghisau lah sepanjang tinggal dalam hutan tu.
Cuma kawasan tok nak buat ni xda kena mengena dengan dia dan sapa sapa. Sebab dia buat di 1 spot guna mesin.
Sementara tok pula walk alone like wolf dalam hutan buat trek ... Sesiapa ada apps organic map nanti boleh Tgk lah map tok buat. Skrg belum publish.
Perjalanan memang merbahaya
Di malam hari.. hantu hitam, hantu telekung hantu galah ,jembalang hutan bersepah.
2x tok di datangi Seorang penunggu yg tok baru kenal Mak Intan dan anaknya yg masih kecil. Ada juga dia berikan beberapa spot tapi tok tak pergi spot tu kerana arus sangat deras.
Ada sekali tu tengah berbual dengan pekerja nampak kelibat benda putih. Pastu nangis. Dah la dekat....tok terus terlatah " eh nangis pulak kat sini. Kang aku sepak ( tampar) Borneo baru ada akai.. sambil ngetap bibir...bukanlah nak celupar. Tapi tok ni auto terlatah berani dan jadi tak sedar bila benda begitu mai dekat.. terus dia dok jauh. Bunyi nangis sayup sayup.
Puan Kai ada juga naik atas sana. Tapi tok selalu suruh dia balik rumah. Sebab dah a selalu halang kerja kerja "keras" tok contohnya panggil penunggu, panggil Gajah dan bunian di sebabkan takut. Tok nak sebut Gajah pun kena marah dengan dia. Hahah. Tok cakap " kalau awak takut .balik". Sy pegang mudah je. Nak mati.. mati...dah takdir.. nak mati..tanam. kalau luka ...spital .. naik geram jugak sebenarnya. Padahal dah banyak benda dia nampak selama dengan tok hahah. Tapi yg indah2 belaka lah selama ni.
Kali ni je tak indah. Sebab bukan kawasan kita.
ITEM PEROLEHAN?
Banyak sebenarnya. Tapi sebab x ada line.. paham dak?.
Apa Line pun xdak di sana.
Pokok buluh perindu beribu pohon
*Tok buat minyak buluh perindu
Minyak amang... Owh ini rare bang. Xda jual kat mana mana. Hanya negeri ada emas je ada byk amang. Ni barang tok buat minyak pemagar kawasan. Memang power kaw kaw kalau utk pemagaran
Minyak amang ni juga utk kekebalan jika di pakai di badan, boleh juga kalis sihir ,lomah somangat pakai saja di celak kening.
Akar cenuai
*Tok buat minyak cenuai.. ada tu cuma botol xda. Botol ni selalu tok beli di mall-mall. Kat sini mana ada mall. Boleh nak hantar. Pakai botol minyak gamat. Amacam?.
Rambut hantu tadak...toksah dok tanya๐
Nanti tok akan update video dan gambar sikit sikit lah ya. Alah kalau Korang tengok pun bukan kenal tempatnya. Kalau ada 4x4 pun mikir 21x nak masuk ke tak sebab jalannya sangat teruk... Ada 1 jalan tu ngam ngam tayar. Kiri kanan curam..silap step. Tergolek ke bawah lebih 300 meter. Tengok data di bawah. Baru tadi.
Trail ni belum ada yg Explorer. Tok org pertama yg mungkin merekodkan atau yg Explorer atas tujuan selain pembalakan.
Itu dari kawasan kg ke dalam tempat post kami dalam hutan.
Perjalanan dari simpang masuk 56 minit.
Esok tok akan masuk dan tidur semalaman. Tok akan update gambar gambar sana lah. In Sha Allah. Bukan apa. Tok cuba save bateri hp. Sana xda pengecaj. Genset kami rosak. Tak larat nak caj pakai kereta yg di hidupkan. Minyak diesel jalan. Bak kata ... Segalanya mahal bila melibatkan hp dan barang caj.
Kalau ikutkan cara tok. X pakai semua ni.
Pakai :
Unggun api
Baju busuk yg di sidai
Carbaid
Belerang
Pelita minyak sawit terpakai
Utk malam hari lah. Siang buat kerja mana pakai lampu.
Hp pun kalau boleh tak nak guna. Sebab takut habis bateri. Memang x boleh pakai sebab xda line. Tapi sekurangnya kalau kecemasan di tengah jalan tempat dah ada line. Boleh la call sesiapa kan. Ambulan ke. Isteri pekerja ke. Dll. Tok memang agak strict bab safety sebenarnya.
Ok.. jadi... Boleh paham dah kan kenapa blog tok xde update? Sebab tok duduk dalam hutan
Tok dapat tawaran permit melombong secara besar. Tapi tu lah. Hahah . Modal... Belum mula .mesin dan jentera dah berjuta bro. X boleh la. Tok pun suka suka saja ni. Ada rezeki ..adalah. xda rezeki nak buat macam mana. Takkan nak mintak balik semua duit modal dekat org org yg kita dah bayar?. Urusan natang apa gitu. Anak raja pun kena bayar. Ada hasil..kaya. xda hasil...dapat pengalaman.
Ok lah. Sesiapa nak minyak buluh perindu, minyak amang dan minyak cenuai. Pm tok di 01117447688 atau 01111113044.
Tapi hahaha . Malam ni dan malam lusa available. Sebab esok ... Tok dah masuk lombong. Takde Line. Kalau ada yg memaharkan... Mertua tok akan jadi posmen ke jnt.xde masalah. Puan Kai pun boleh uruskan.
Ok. Jadi. Doakan semuanya beres. In Sha Allah .




No comments:
Post a Comment