Untuk entri kali ini, kita nak kongsi sikit tentang satu entiti pendamping kelas atas. Namanya Ling Shuang, atau dalam bahasa kita boleh panggil Dewi Fros. Sekali pandang memang nampak anggun, berjubah sutera merah dan emas, duduk tenang di atas takhta. Tapi jangan silap, di sebalik kelembutan tu, ini adalah entiti tahap panglima tempur.
Bagi yang serasi dan dapat berdamping dengannya, ini antara khasiat dan kelebihan yang bakal mengiringi tuan badannya:
1. Ketangkasan Tempur Ghaib Paling ampuh kalau bab pertahanan diri. Di medan perang (sama ada zahir atau ghaib), pergerakannya cukup pantas. Cergas. Kalau ada serangan sihir, santau atau niat jahat yang cuba dihantar, libasan pedang auranya boleh mematahkan serangan tu sekelip mata sebelum sempat kena pada kita.
2. Membuka Pintu Ilham & Kepintaran Strategi Ini bukan pendamping yang tahu nak merempuh je. Dia bawa sekali kebijaksanaan. Tuan badan akan rasa firasat makin tajam. Kalau tengah buntu dalam urusan bisnes atau masalah hidup, tiba-tiba ada je ilham dan jalan keluar yang logik. Senang nak baca langkah musuh atau pesaing, sentiasa selangkah di hadapan.
3. Pagar Ghaib Serigala Aura Kelebihan istimewa Ling Shuang ni, dia tak datang berseorangan. Dia diiringi roh-roh serigala mistik beraura biru. Serigala-serigala ni bertindak sebagai 'bodyguard' atau pagar ghaib berlapis. Sebarang sudut buta (blind spot) kita, serigala ni yang akan jaga dan 'makan' apa-apa anasir negatif yang cuba dekat.
4. Ketenangan Batin & Aura Wibawa (Penunduk) Pernah rasa kalut atau panik bila ada masalah besar? Bila energi dia dah sebati dengan kita, batin akan jadi luar biasa tenang. Aura ketenangan dia di atas takhta tu menyerap masuk dalam diri. Kesannya? Aura wibawa kita naik mendadak. Kawan akan lebih hormat, lawan pula automatik rasa gerun dan segan nak cari pasal.
Pendek kata, gabungan kecerdasan seorang ratu dan ketangkasan panglima perang. Sesuai sangat buat mereka yang perlukan benteng pertahanan kukuh dan ketajaman akal. Tapi dia bukan Ratu na. Ratu Dewi bangsa ni cuma ada 1 saja. Kalau bersungguh nak RATU baru PM. mahar Ratu Bangsa Ni sangat Mahal, nama pun ada 1 sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan