Assalamualaikum wbt semua dan salam bahagia?.. Apa Khabar semuanya?.
Alhamdulillah. tok baru ada masa nak menulis.. sibuk benor tok ni haha.. macam macam tuan tuan/puan. Semenjak balik ke kg ni dah 5 tahun, biasalah.. ada kebun nak kena urus kebun, dah ada kebun ada pekerja, nak urus pekerja, dah ada kebun ada tanah, kena buat rumah, dah nak buat rumah kena urus itu ini. Semua buat sendiri, beli barang sendiri, cari pekerja sendiri, bukan seketui tu buat , bukan jenis tok.. tok ni macam abah tok, buat bila perlu.. anak 2 buat cara anak 2, anak 4 buat cara anak empat, anak dah besar buat bilik tambah pula, lagu tu la, nak buat seketui besar terus bukan cara kami . Sebab last last mai tua... baik kaya baik biasa... duduk di bilik dekat dapur dekat bilik air, ye dak hahaha.
Anggap la tok sedang menulis surat buat kapa ya.
Sejak Blog pertama di tubuhkan GB tahun 2012 sampai la sekarang ni, belum ada blog yang di padam , ye dak?.. mana ada, semua blog masih ada, cuma org kata " Hidup segan mati tak mau " di sebabkan kesibukan tok ni. Banyak pulak blog jadinye...
Yang tak tau, kata macam macam lah.. toksah kata la.. kalau tok ni tak betul, aku dah padam dah blog tu, semua boleh padam.. malah boleh di download masuk ke USB, simpan dan 1 masa upload balik.. tapi tak.. kisahnyee yang jadi banyak blog ni sebab Bini ler, anak anak.. bahagi bahagi kat dorang buat sorang sikit. Itu kisahnye. Jadi blog GB ni memang blog utama dulu , hak tu nak handle hak ni nak handle, last last, hah ambik la kat korang hahaha.. dan tok buka blog lain.. tok ni sebenarnya x suka kongsi blog.. cara penulisan pun lain dah. ada lah sebab sebabnya.. masa tok menulis pun tok x suka org dok tengok.....lepas tulis nak baca, bacalah. ibarat diari kan.. sejak dulu camtu.
Ok lah.. sejak dua menjak ni tok sibuk buat robot Trade, dah ramai sangat org kita rupanya dok trade dalam komoditi, forex lain .. korang ni.. aduii. sama mcm bank la, ada islamic ada non islamik, convensional eh.. tah le.. dalam moocow pun katanya patuh syariah, tapi dalamnya ada juga x patuh syariah, asal di pilih je.. entah la nak cakap. org selalu mengaku suci.. anggap diri dah terlalu bagus... benda macam ni lah meh sini tok terangkan ... kita ni hidup dalam apa?... sistem apa kita pakai ni ?.. sistem ni takkan bagi kita senang, hidup senang, sistem tetap nak kita ni bergantung, ikut cara drg. Kitaran sistem ni tak boleh di rosakkan, kalau rosak.. dunia impian mereka akan hangus..
Kita semua ni kuli.. masing masing ada pekerjaan sendiri yang memenuhi permintaan kitaran sistem.. kuli kepada siapa?...nu siapa org terkaya dalam dunia nu.. ada 3-4 org je. Rostchild tu aset dia menyamai 85% seluruh dunia, maksudnya kalau dia nak beli Malaysia, Indonesia, Thailand, tambah lagi dengan Jepun, Filipina pun dia mampu.
Mana kita nak lari?.. tak boleh lari. haha. Dalam trade pun broker main helah, dalam Pelaburan yg katanya sah, pulangan berapa percent?... contoh la pelaburan A dapat 8% setahun... pernah dak kita tanya mana lagi 92%... org dah tunjuk angka ke kita.. kita setuju... dalam Moocow 25% , selebihnya mana?... letak duit, tanpa kaji, tanpa perlu baca news, tanpa formula, tanpa susah payah, terima duit senang.. yg tu halal. yang susah payah tgu news, buat formula, kaji , belajar, masuk kursus.. yang tu haree.. mende ni?.. Duit tanpa usaha tu halal ke?.. tu je kunci dia. Tapi biasa la, sebab kita takde pilihan. kita kena iyakan saja.. bukan tok nak kata drg salah kita betul, tidak... takde sapa salah takde sapa betul. sebab atas dunia ni skrg kita sebenarnya dah tak tahu mana salah mana betul yang sejelas jelasnya.
Ramai di antara kita anggap dah ada di syurga.. segala macam ujian , dugaan, penderitaan di salahkan kepada manusia lain, itulah sikap paling hina sekali menjadi manusia, mana tak hinanya bila lupa bahawasanye ini ialah DUNIA untuk di uji kesabaran dan kepatuhan kita kepada Yang Maha Esa.
Contohnya tok ijazahkan ilmu... sebagai Guru org nak ilmu kita bagi, kita tak kata " AWAK X LAYAK" kalau kita kata macam tu awk nak pedih ulu hati.. jadi kita bagi.. Sebab kita cuma Pegang amanah. Ilmu tu bukan hak kita, Hak Allah belaka.
Tapi ada manusia manusia ni , time nak , bersungguh sanggup bayar berapa ribu pun... bila di amalkan dan Allah uji, Allah nak tengok je awk layak ke tak layak, dan ujian ni macam macam jenis ujian. Maka bila di timpa musibah, jadi lah dia sebagai musibat yang lupa bahawasanya dulu dia nak ilmu ni tanpa pikir kemampuan diri. Nak ilmu kaya sebab nak kaya, tapi amal pahala tak di jaga, solat kerana guru kata ilmu ni kena jaga solat, maka kau bersolat lah sebab ilmu bukan lagi sebab Allah, kau berbuat baiklah sebab ilmu bukan sebab Allah, Maka Allah uji dengan ujian yang sebenarnya kalau kau SABAR kau akan mampu hadapi sebagaimana Firman Allah :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."Tapi sebab tak sobar, takde iman..awal awal lagi dah gagal ujian...
Tahukah kamu bahawa Kalau Allah nak uji kamu, anak bini kamu pun DIA boleh ambil depan mata?... dia heran kamu menangis?... dia heran kamu sedih sampai merana?... Allah tak heran... sebab DIA nak uji... dunia ni sementara ja .. ni bukan syurga.
Kita hidup, sekejap di atas, sekejap di bawah, umpama roda...kalau hari ni kita di bawah, esok lusa mungkin kita di atas dan sebaliknya.
Sepanjang tok berhadapan org org mistik ni, macam macam manusia tok jumpa, dunia mistik ni ialah dunia muka sebenar manusia yang mana org terdekat korang pun tak tahu korang berurusan dengan benda mistik, betul tak?...
Boleh di katakan urusan mistik ini di cari oleh semua Golongan sejak tahun 2012.
Dari serendah rendah pekerjaan sehingga ke kerabat Istana urusan Mistik ini.
Sebab Tu tok tak heran kalau mana mana tok pergi org memandang tapi tak menegur, tok faham sebagai org yang agak di kenali , korang nak menegur tapi takut ada mata yg melihat dan mengetahui pekung di dada korang yg berurusan di jalan mistik.
Sepanjang berurusan juga tok menyedari beberapa perkara antaranya :
1. kenapa kebanyakan manusia susah dan di sulitkan pekerjaan harian mereka
Anda tahu kenapa?... kadang kadang kita memang tak tahu diri kita, hanya org lain yang melihat, tetapi tok bagitau pada korang... Insan terbaik bukanlah insan yg memuji korang, tetapi insan yang memberitahu kelemahan korang dan tok beberapa kali nak jadi insan terbaik untuk korang namun selalu di salah mengertikan.
PERTAMA
Terlalu sensitif, org jeling sikit dah kata org tak suka, org tengok sikit dah kata something tak kena, org tengok sikit dah kata org jatuh cinta kat kita
KEDUA
Mengutamakan hati dan bisikan nafsu , batuk darah kata org santau padahal kena HEP B, lemah badan sana sini kata kena gangguan padahal kena HIV, muntah muntah kata kena macam macam lah...sebelum kita mencipta fitnah, cek spital dulu, doktor kata takda apa baru lah kita cari alternatif, tu caranya
KETIGA
Nak benda semua mudah, x nak susah payah, kalau boleh nak duit turun dari langit, x nak kerja, x nak bisnes lupa Nabi dulu pun Bisnes, Nabi Sulaiman sendiri pun jadi raja dan sakit kepala melayankan kerenah rakyat.
KEEMPAT
Anggap guru guru ni dewa, tuhan.. sedangkan kami ni pegang amanah , ramai je murid yang lebih hebat dari guru, Kenal Hang Tuah?.. kenal kan... hebat kan?... kenal guru dia siapa?.. tak kenal kan?, tak terkenal pun..Kenal Tun Mahathir?... kenal kan?... habis Adakah Guru sekolah dia lebih tinggi dari dia As X-PM?... Guru guru dia semua pencen kerja makan gaji je kan?.. Tolonglah.. slow sikit tengok cerita cina CEO Angkut Sampah Dan cerita Di lahirkan Sampah Rupanya Dewa Keabadian hahahaa. itu cerita lain... bukan dunia kita. Dunia kita ni... buka mata..badan sengsara, pejam mata, jiwa sengsara...inilah dunia. Kena banyak sabar.
Tok nak tanya .... kepada org org lama kenal tok, kenal blog tok, malah jadi murid kemudian khianat sebab ada guru lain... Tok nak tanya...setelah meninggalkan tok.. berubah lagu mana hidup hangpa sekarang?.. dah jadi dewa kekayaan ka?... dah jadi badang Malaysia ka atau dah Jadi Pangeran di raja?... Lupa apa tok pesan dulu?... berguru biaq ghamai.. tapi jangan tinggai guru.
Tok selalu bagi hint Guru mistik kebanyakan bukan bomo kg biasa.. bila seseorang mampu capai bidang mistik dengan jayanya, maksudnya bidang lain hujung jari dia saja.. sebab bidang mistik ni memerlukan sabar, bersungguh yang sangat tinggi, ulang alik gunung jerai, ledang, tanpa jemu, panjat bukit, terjun paya.. awat... setakat nak jadi kontraktor tak mampu?...nak jadi ahli Politik tak mampu?. setakat nak repair paip buat wiring tak mampu?.. macam tok sendiri , Alhamdulillah Tok la buat Robot Trade , bukan 1, tapi 45 jenis dah, hang nak main lagu mana?.. semua formula ada. Sebab tu kata, jangan tinggai, takut mai ke depan bila kita susah baghu kita tau guru kita tu masih ada guna.. kita tinggai, kita malu..sungguh.. sapa nak tolong hang selepas hang berkhianat kata macam macam lepas tu nak mai balik jilat ayaq liuq yang sudah di ludah?. Tok dah kata dulu, 2 benda ja tok tak gheti buat.... Buat Ghumah dan Repair bab engine, sebab berat dan kotoq minyak. Dalam hidup tok ni... tiada istilah dok saja., sentiasa belajar dan belajar, membaca , belajar dan praktikal. Tok dulu tak tinggai mana mana guru pun... kalau pi Johor, semua guru tok pi cari tanya khabar, la tak pi dah la..semua dah takdak.... murid la ?.. mai perlis nak pi Langkawi, x singgah tanya habaq, mai jalan jalan Pi Gua Kelam, Padang Besaq, lalu depan tu jalan utama , x mai tya habaq, Kalau dah telan Ilmu yg dari tok, In Sha Allah Tok boleh kesan Auranya masuk ke Negeri Ni. Sebab Auranya sama saja.
Kalau kita pun dah dekat 45, guru yang dulu umur 50 zaman tu kita umur 21.. la ni kalau depa ada , berapa umur depa?.... kebanyakan dah takda, dah balik.
Tok nak tanya.... apa yang hangpa cari dalam hidup?
Yang mana dok ghasa diri betui... rendahkan diri, bongkokkan sikit badan tu walau memang kita ghasa kita betui.. di pihak lain pun depa kata depa betui.. nak panggil hadap cerita masalah ...org kita ni... paham paham la... ego tinggi, aku betui hang salah, hang salah aku betui... last last jadi kes balai... la ni kalau adik beradik bergaduh pi balai, semua yg terlibat duduk lokap tau...semua sekali yg terlibat.. musyawarah la dalam lokap hahaha... tu payah adik beradik.
Last last dok senyap sudah, mai tua.. hang nak pi haji hang mai cari aku juga, dan aku pun pi cari hang jugak... paling ego lah.. nu dekat nak mampuih nyawa di dada dah baghu nak keluaq ayaq mata nak mintak maap. hahaha... geleng kepala. Manusia langsung tak Faham cara hidup atas dunia.. Apa Allah nak .....Mati berserban, dahi berlebam, tapi hanya Allah saja yg tau sengketa dunia masih ada atau sudah settle. Hanya Allah saja yang tau hati kita sampai mana....
Tok maharkan benda, ilmu, dampingan...dari dulu tok dok pesan, benda ni semua Makhluk Allah juga, Ilmu Allah, Hak Allah.. kita ni usaha saja... Tapi tak paham paham... anggap guru ni dewa.. Kapa nak syirik ka?... tok as guru dah pesan berbuih mulut2... ilmu tak jadi, muhasabah diri.. Allah saja yang tau.. kapa pun x kan nak cerita sapa diri kapa sebenaqnya kan..... hanya kapa saja yang tau pasai apa tak jadi.. toksah tanya guru yang pegang amanah, dia tak tau apa pasal buku nasib dan karma kapa. Dia ( Guru ) takdak pun kapa nak cari tang mana?... Org lain buat awat boleh jadi, kapa tak jadi?... tepuk dada tanya diri. hanya diri kita saja yang tau apa salah kita buat, apa silap kita buat.
Yang mana dulu dok kata hebat sangat tu.... tok nak tanya.... la ni dah jadi PM ka?... dah jadi taikun besaq ka lagu mana nak tanya?... sebab tu kita ..mulut 1..kena jaga... 2 paling penting.. perilaku sikap kita....
Tok bukan nak kata tok hebat, tok x hebat , cuma ni pengalaman selama mana tok dok berurusan dengan kapa dalam bidang ni. tok pun ada kelemahan tok juga, cuma sebab tok tau dan tok nampak di mana masalah kapa.. maka tok cerita bagi... Tok tau , ghamai di kalangan kapa balik kg , dok penjuru sorang sorang, ramai dari kapa, di pejabat kawan kawan x layan.. kapa pernah duduk depan cermin tanya diri sendiri kenapa?.. tapi susah kalau tya diri sendiri.. pernah tak tanya kawan kawan " apa yg tak kena dengan diri aku, cakap je , aku boleh terima ".... pernah?... tok yakin ramai tak pernah, tapi tok juga yakin... ia akan di luruskan mengikut usia... macam tok kata di atas la.. nak pi haji, cari la minta maaf dll dan selalunya kapa adalah mangsa, ya.. bukan kapa salah, dak, kapa x salah.. kalau kapa salah, kapa takkan cari jalan nak selesai masalah, kapa akan syiok soghang lantak kat oghang, tapi sebab kapa baguih. Cuma.. kita kena tau juga di mana kelemahan kita.
Macam tok sendiri... segala mak nenek penulisan tok di blog, FB dll...tok menulis kadang utk diri sendiri, kadang ikut pada isu semasa... tapi ramai sedara mara, adik beradik terasa.. tok punya ego ialah.. dah ni kerja aku, aku nak ikut kapa dah tu aku nak kerja apa.. contohnya tok suka bandingkan org makan gaji dengan org bisnes... kapa tau tak dalam famili besaq tok ni..aku sorang ja bisnes.. Kakak aku Prof kat Matrik, adik aku cikgu, 2 lagi keje goment, 1 lagi polis, ayah aku dua dua pencen kerajaan, tapi tok ni dok BAM BAM BAM bab bisnes , nak bagi motivate dekat org ramai bisnes, suka tengok org bisnes... cerita perit makan gaji..sekali dorang yg terasa.. halamak.. kita nak buat macam mana kan?.. nak senyap.. nak memahami?... kita kena faham mereka ke atau mereka kena faham kita?.. ha masalah tok lagi berat tau, ni nyata ni, bukan tipu tipu, ni memang berlaku..
Tapi sebab tok ni memang berdikari sejak remaja.. korang bayangkan lah tok di Pattani, parent mana tau, aku ni degil., bukan anak yg baik pun mcm korang nak pegi mana mana bagitau parent, tok ni bukan lagu tu, sebab org jaga aku macam burung dalam sangkar, faham....nak pi mana mana x boleh habaq, kalau x memang x dapat pi la jawabnya.. tok duduk dalam hutan 3 bulan 3x je balik Jhr , jgn kata parent, bini pun tak tahu.. korang tau tak... bini 1st tok tahu yg dia pernah di madukan 4 sekaligus sebanyak 2x ialah after 9 tahun kita org berpisah hahahhaa. itupun sebab anak bocorkan. punya la after 9 tahun dia menyumpah aku hahaha.
Ni tok buat Robot... macam macam parent sendiri kata apa, tok mana reti buat benda ni, sampai aku terpaksa buat 1 Robot bernama Roxxs Bunian , Roxxs Kota Kayang semata mata utk buktikan pada drg memang aku ler creatornya .hahah. Btw, selepas tok usia 20, sesiapa pun sebenarnya tak lagi di benarkan AKSES hidup tok.. Yes.. termasuk parent, termasuk wife. Sampai drg kata Tok ni better hidup sorang sorang... memang begitu pun, tak payah kesian la, tok memang sesekali akan masuk Gua di Ledang dulu, jerai ke skrg utk menyendiri. kekadang Tok akan suruh Puan Kai dan anak anak balik rumah kami di Kangar, dan tok duduk sorang sorang sehari dua, terkadang seminggu.
Contoh esok / lusa tok kena buat 1 ritual ulangkaji tahunan untuk menerima beberapa penawar dari sana... sebab tok rasa dalaman tok ni ada prob dah. merokok kuat sangat kot.. rasa sebu dada, paru paru, buah pinggang dan hati perlu di perbaiki, tok tak pakai ubat spital ni, ye la..kalau boleh elak, tok elak la kan.. kalau dah terpaksa nak buat gena..kita tak sihat, nak duduk ritual bersila berjam jam, kau giler ke?... khusyu pun xde sebab tahan sakit, jgn kata gerbang, koyakan dimensi sehiris 1 inci pun x mampu. So sebelum parah tok akan pakai ubat dari sana.
Berat badan tok nak kena di turunkan sikit, kalau tak nanti sakit lutut, puasa dah, ubat diet dah, cucuk dah, x jalan jalan... kena pakai penawar dari sana baru jalan.. cuma.. sebelum ni yg x guna ubat sana sebab nak buat proses nak ambik tu yg malasnye. hahah
Tok memang akan merawat tubuh tok sendiri 3 tahun sekali. cuma kali ni tok dah lewat setahun, dah 4 tahun.
Ubat dari Alam Yg korang panggil dewa dewi tu ada juga, tapi tok x nak pakai dari sana saja saja, tok x nak terhutang budi dengan mereka, ada sebab munasababnya. Bukan takda sejenis dua yg mereka berikan percuma gratis tanpa syarat, ada, dan sudah tok telan pun beberapa tahun lepas antaranya Air abadi, pil awet muda.. dan tok memang awet muda pun.,. cuma puan kai pelik, dalam video nampak tua, depan depan nampak muda hahaha.
Kawan kawan lain rambut dah beruban, muka cengkung, kalau gemuk, gemuk sangat, berkedut, yg perempuan lagi lah.. tok cuma kurang rambut. tu je. ah masalah rambut ni sejak usia 30-an lagi. Ada je ubat dari sana, tapi tak sempat pakai, korang beli dulu... skrg apa tok dapat tok pakai dulu HAHHAHAA. sebab tu korang tgk blog kosong haha. maaf la ye.. kalau nak kena w.app dulu pesan awal awal.
Kekuatan kejantanan masih macam remaja 23 tahun.. tu rasanya Puan Kai pregnant pulak tu hahaa... anak yg dok ada pun org ingat cucu. hurmmm.
Korang dengan tok pun dah lama kan.. berbelas tahun kan... mesti dah tua jugak kan hahaha, dan mesti dah sakit sana sini erk.. nak tumpang ubat tok ke?... tgk la dulu kalau ada lebih ya.. sebab yang datang pun tak banyak. cukup utk tok ..dah .. nama 1 je setiap jenis hahaha.
1x Pil peningkatan tenaga dalam dan perpanjang usia
1x Pil kekuatan fizikal seperti remaja
Ni je.. ada 1 jenis lagi Rumput Saga dari Kerajaan Tangga 7, untuk organ dalaman , menyegar, mencuci, mengawet organ dalaman...ye la temen temen... muka cengey tapi organ dalaman dah nak rosak buat apa wey.. senyum dekat janda tapi buah pinggang dah nak rosak, adik pun nak punah dah haha...organ dalaman kita kena jaga tuan tuan. tu yg penting. Kalau smoking kena tahu badan sendiri, kalau bersin ghasa urat belurat di seluruh dada, tu maksudnya kena jaga paru paru, Kalau dada kiri dok sakit, jaga jaga jantung... kalau lemah jantung.. mai sini tok bagi makan something in Sha Allah kuat balik jantung tu macam umur 17 tahun. Benda x boleh pos nanti rosak. yg lain boleh.
Takkk. tok bukan nak jual ubat..ada 1 biji je pun nak jual apanya.. cuma kita ni dah sama sama tua kan.. mana yang kita tahu share la .. bab duit ni memang la kena sebab nak beli beras pakai duit, asik nak free je, aiyoo. singit dua nak berkira ke hahaha..
OK lah, tok pun malas nak bebel sangat dah, artikel ni tok akan masukkan ke 3 blog . Bacalah .... ada salah silap , sorry ler. kalau nak maghah maksudnye ego tu tinggi lagi, udah udah ler ego tu, buang ler, tak rugi pun, tak jejas sekupang pun kan... Assalamualaikum wbt

Tiada ulasan:
Catat Ulasan