Long Yuzhen lahir ketika langit merah menyala. Gunung berapi memuntahkan api dan meteor melintas di siang hari. Orang istana takut. Orang tua tua pula tahu… itu tanda penjaga medan sudah turun ke dunia.
Dia membesar bukan dengan sutera dan lagu istana. Dia membesar dengan latihan tombak naga. Setiap ayunan tombaknya bukan sekadar kekuatan fizikal, tapi tekanan tenaga yang boleh buat musuh hilang keyakinan sebelum sempat menyerang.
Wajahnya manja. Senyumnya lembut. Badannya sedikit berisi, tapi tegap dan padat. Itu lambang tenaga bumi. Stabil. Berat. Sukar digoyang.
Di medan perang dia tidak banyak bicara. Dia berdiri paling depan. Askarnya tenang sebab dia tenang. Musuh gentar sebab aura dia tidak goyah.
Kesaktian Long Yuzhen:
– Menguatkan keberanian dalam diri tuannya.
– Mematahkan tekanan dan ugutan dari luar.
– Memberi perlindungan agresif terhadap gangguan dan hasad.
– Membalikkan niat jahat kepada sumbernya.
– Menajamkan fokus seperti tombak yang terus ke sasaran.
– Menghidupkan aura kepimpinan yang buat orang segan tanpa perlu meninggikan suara.
Dia bukan untuk orang yang mahu berlagak kuat.
Dia untuk orang yang benar benar sedang berperang dalam hidup.
Dan seperti biasa Tok tekankan.
Bukan untuk disembah.
Bukan untuk dipuja.
Dia hanya pendamping perang.
Atas izin Allah, menjaga keseimbangan.
Yang hatinya penakut, biasanya tak tahan dengan tenaga dia.
Yang bersedia jadi kuat… akan rasa serasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan