2/13/2026

BIDA QUL BUNTET ORI

 ASSALAMUALAIKUM WBT SEMUA 

DAN SALAM BAHAGIA 


Alhamdulillah esok jam 12:00 tengah hari kita ada bida QUL BUNTET...

INI ADALAH BARANG RARE IA DIDATANGKAN SEPASANG

Sila lihat gambar di bawah; 




Sebenarnya agak rare lah tok nak buat bida bagi item macam ni... Tapi sengaja tok nak memeriahkan suasana... Rasanya dalam minggu ni blog kosong disebabkan ada ritual tok maka berlakulah keculasan dalam update blog.

Jadi untuk menggantikan kekosongan yang berlaku ini ... Maka tok muda ms menawarkan BIDA QUL BUNTET yang dijamin asli 200%.

Diharapkan esok ramai yang akan memeriahkan majlis lelongan kita. 

Jangan cuba untuk bertaruh di akhir minit.... Apa yang anda boleh buat ialah letak terus middle bajet anda... Nanti 5 minit atau 3 minit terakhir barulah semak semula. 

Nanti kang ada yang sakit perut, tiba-tiba bini ajak makan sate, tiba-tiba elektrik dekat rumah anda blackout, tiba-tiba jah anak anda nak ajak bincang sebab dia nak kahwin 😆😆..

Jadi supaya tak nak kalut.... Letak dulu middle budget... Nanti 3 minit atau 5 minit terakhir semak semula... Jangan gelabah gelabah bang... Nanti senang serangan jantung 😅



3 ulasan: