Nampaknya kini Tok muda MS terikat dengan permata ini selepas beberapa kali di sudi seminggu berturut turut sehinggalah halaman jualannya di tutup.
Antara sudi Tok terima selain yang di nyatakan lepas dan paling terbaru sejam sebelum halamannya di turunkan ialah tangan terkena mata parang di dalam kebun ketika tok berjalan melawat ayam peliharaan untuk Aidilfitri. Berjalan dalam kekalutan. Dari reban ke reban tak perasan ada parang di atas meja dengan matanya tersembul keluar. Tangan kanan menjadi sasaran . Namun alhamdulillah tidak jadi apa apa. Syukur kepada Allah.
Tok tanya kepada staff kenapa parang tu matanya keluar dari meja. Katanya dia baru asah dengan grinder dan lupa nak masukkan dalam sarung...
"Isk kau ni memang betul betul nak duduk dengan aku"
Halaman masih belum di turunkan kerana Tok masih perlu memeriksa reban lain dengan segera.
Sambil berjalan menuju ke reban anak ayam yang baru di beli. Memakai kain pelikat paras lutut ( sepak tinggi takut kena tahi ayam) sedang berjalan kaki kena bucu zink yang tajam... Cuma kesan hirisan tanpa luka.. Tok cuma sapu sapu. Dan memegang bucu zink. Dah la tajam berkarat pulak. Apa lah nasib... Mujur la ada Gadget Allah yg canggih ni.
Kemudian setelah melihat reban anak ayam. Tok buka blog ini dan menurunkan halamannya dari terbitan.
Seorang pelanggan dari Perlis pula baru tadi maklumkan kepada Tok. Selepas dia ambil cincin 7pa. Dia di sudi dengan kemalangan di mana dia menaiki motosikal dan kemudian merempuh belakang kereta yang sedang U turn. Habis remuk belakang kereta kerana dia bawa laju juga. Skirting kereta tanggal. Dia jatuh dari motor ke tar. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati langsung tiada kecederaan dan calar. Malah motosikal yang di naikinya juga tidak patah rosak apatah calar. Kebingungan seketika... Pemandu kereta yg keluar bertanya ada luka di mana mana tak?. Dia cuma gelanggang kepala. Seharian kebingungan... Seolah-olah motosikal yg di naikinya seperti kereta kebal pula. Terus menerus dia menceritakan pengalamannya sambil mengucapkan syukur kepada Allah.
Seorang pelanggan dari Perak pula kena sudi dan pada kesudian batu ulin yang baru sampai cuma luka sedikit. Namun katanya batu yg lain semua tidak jadi apa apa semasa dia memakai dan menggunakannya. Tok memberitahu kemungkinan ulin perlu di rehatkan kerana selama dalam simpanan Tok ia cuma di simpan tanpa sebarang rawatan. Yg kedua tol berfikir adalah mustahil juga ulin itu lelah. Tok syak 2 perkara... Samada energy berpindah ke batu yg lain atau yg ke dua dia ada perlagaan energy dengan batu lain terutamanya sakral Madura . Mungkin... Namun tuning boleh di lakukan semula dengan cara tidak menyimpan dengan campur semua dalam 1 bekas. Setiap barang kebal umum perlu di simpan secara kotak atau bekas berasingan.... Sebagaimana yang pernah di pesan mast Damma semasa tok berada di Surabaya lepas. In Sha Allah tiada apa apa. semua aman.
Seorang pelanggan di kelantan pula menguji sendiri menggunakan pisau setiap. Kali dia mendapat item kebal yg di belinya. Alhamdulillah lolos semua. Sama juga dengan seorang pelanggan di Selangor. Alhamdulillah.
Semoga item item kebal umum ini mendapat pemilik yg berhak dan di gunakan satu masa nanti di jalan perjuangan demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan