Alhamdulillah ini adalah sakral damar wulan baru sampai tadi bersama dengan 6 saudaranya yang lain.
Jika anda perasan kita sudah tidak lagi menerima jenis-jenis badar namun bukan bermaksud kita tidak akan menerimanya terus.
Baru sebentar tadi tok sudah membuat beberapa pilihan item-item kebal dari kalangan badar besi , badar api, dan juga badar kursani. Khususnya badar api cuma diperoleh satu biji saja.
Bagi mereka yang mementingkan rupa paras dan juga kelebihan maka ini menjadi cabaran kepada tok muda utk menyediakan sesuai dengan selera mereka.
Item item ini sebaiknya jangan suruh tok buat video. Kerana nanti sudah tentu maharnya akan jadi mahal sekaligus akan membebankan anda sebagai seorang buyer.
Item item yang dipilih adalah yang paling terbaik. Dan mereka dipilih daripada puluhan batu-batu lain melalui mata batin tok muda sendiri. Peratusan tepat ialah 9/10
Walaupun tok mengetahui bahawa mereka mempunyai kelebihan-kelebihan level tinggi...dan tahu ia mampu di maharkan dengan kadar yang lebih tinggi, sengaja tok ingin memberikan peluang kepada anda sebagai pelanggan tok muda. Sekaligus tok mengharapkan sokongan anda berterusan di masa hadapan walaupun kita pada ketika itu tidak lagi mempunyai item kebal umum.
Walaupun ini adalah sebuah pertaruhan kepada tok sebagai seorang peniaga. Namun Tok percaya kepada anda sebagai pelanggan tok sejak tahun 2012 lagi.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa 1 tahun hingga 2 tahun yang lepas tidak berapa mengendahkan permaharan di blog malah beberapa blog tok abandon?
Ini kerana tok merasakan pelanggan tidak lagi memberi sokongan kepada tok. Lantas membuatkan semangat tok untuk mencari barang-barang terbaik untuk anda semua terputus. Putus angin oghe klate oyak.
Semangat untuk memajukan semula blog ini kembali dgn cara tok muda yang menguruskan sepenuhnya selepas tok pulang daripada Surabaya... rakan-rakan di sana memberikan kata-kata semangat dan dorongan.
Mungkin anda akan berkata. .. bukan ke tok buat update di blog Legasi?. Blog tersebut sudah diserahkan kepada puan kai dan diuruskan oleh Beliau serta Cik Dila sejak 2 tahun setengah yang lepas sementara tok sepenuhnya fokus kepada kebun dan pada tahun lepas tok fokus di dalam bidang musik sebagai seorang komposer.
Pejam celik pejam celik tok sudah menciptakan lebih daripada 250 buah lagu pelbagai genre. Sekarang tok dah tak fokus kepada penciptaan lagu lagi tok sudah mulai bayar royalty namun jumlah royalty itu bukanlah banyak seperti yang orang awam disangkakan. Nama artis Tok muda ialah Singaflow.. Anda boleh cari di Tiktok, YouTube.. Kalau di Spotify belum banyak yg Tok masukkan Copyright di sebabkan kekangan masa.
Jadi sekembalinya tok muda di dalam bidang mistik ini. Tok minta agar anda terus memberikan sokongan dan galakan kepada tok untuk terus mencari barang-barang terbaik bagi dipersembahkan kepada anda semua.
NAMA ITEM
Sakral Madura 1A
BENTUK
Siap cincin
SAIZ
16
SOLD OUT
Sekiranya anda berminat, Sila TYPE GRAB di komen di bawah, kemudian PM tok di
01117447688
01111113044
MAYBANK
151071112186
CIMB
7650315281





Grab deposit. MHassan
BalasPadam