1/22/2026

MAKLUMAN BARANG KEBAL UMUM

 Assalamualaikum semua dimaklumkan bahawa sekarang kita sedang mengalami kemelesetan untuk mendapatkan barang kebal umum dari indonesia. Stok yang ada di indonesia yang berada di team team tok di sana juga ejen-ejen yang mencari di seluruh jawa timur dan juga barat sudah mencapai kemuncak. 


Tidak lama lagi item item barang kebal akan sukar untuk ditemui dan dimaharkan. Jika anda melihat sehari dua ni kita baru memasukkan satu batu damar Wulan . Tidak seperti pada mula-mula kita menawarkan barang kebal umum sebelum ini. 


Alternatif tok mengeluarkan besi 7pa adalah kerana masalah ini. Besi 7 pa ni sebenarnya sudah sebulan Tok simpan di dlm kotak barang kebal umum, dan sengaja tok belum keluarkan memandangkan tok fokus kepada item kebal umum dari kalangan geliga dan permata. 


Jadi tok ingin memberi PERINGATAN kepada yang masih menjadi cctv.... Sekiranya anda lewat atau masih lagi bermentaliti orang lain berjaya baru aku nak cuba... Maka pada ketika itu tiada lagi mahar mahar yang anda lihat pada hari ini. Dan masalah ini tidak boleh diundurkan. 


Sekarang semua kenalan dan juga kawan-kawan tok di sana cuba bertungkus lumus mencari barang-barang kebal umum ( kebal + lawa ) Yg diusahkan oleh tok sendiri melalui jarak jauh melihat menggunakan mata batin. Namun usaha mereka seminggu dua ini mencapai kehampaan kerana kesukaran mendapatkan item item terbaik. Bukan kerana owner asal nak jual mahal tetapi memang barang sudah tidak ada. 


Berakhir dengan sakral madura..... Tapi tok tahu anda juga melihat kepada rupa paras. Apabila bernama barang langka dan juga sakral tidak ada yang rupanya cantik. Namun jika kelebihan yang menjadi keutamaan anda ... Maka untuk mendapatkan item kebal umum kita boleh katakan... Tidaklah sesukar mana. 


Namun bagi item-item seperti badar kursani, yang lawa-lawa sangatlah susah untuk mendapatkan. 


Sila komen di bawah jika anda tak kisah akan rupa paras.... Kalau anda tak kisah tok pun berasa lega. 


Terima kasih. 

4 ulasan:

  1. Pada saya xmemandang rupa paras tapi pentingkan kasiat kebaikan kekuatan dan rupa paras . Mcm manusia jugakkan muka lawa comel tapi tak tau masak kemas rumah kira xpandai nak hender kepeluan kita xguna juga kan.. dah mengadap hset aje suami n anak kelaparan payah jgak.. ni contoh la nak bagi faham😀 bukan beniat nak menghina sesiapa..🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHAHA... tu yg dok pesan ke cust. kalau pakai brg asihan. biarlah di kenakan pada yg berbaloi. tapi ... susah nak tebak org pompuan ni kan.

      Padam
  2. batu lawa banyak dekat kedai gemstone tok muda..lawa tak semestinya bagus,kalau bagus bonus tu tok..😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. citra kirana hak lepas tu. lawaaaa. gambar benua di kelilingi lautan. bertuah sapa dapat

      Padam