8/21/2025

RAWATAN TOK MUDA

 Assalamualaikum wbt semua 

Sebagaimana yang di umumkan di dalam broadcast w.app tok muda kini menawarkan khidmat rawatan tradisional/ alternatif kepada mereka yang memerlukan.

Dah agak lama tok tak berubat orang secara rasmi ni sebenarnya, last berubat pun sebab anak buah minta tahun lepas. Bila 3 kakak ipar dia semua kena gangguan. Alhamdulillah sudah di usahakan dan sembuh dengan izin Allah . 

Pada hari ni tok kembali membuka khidmat ni bila tok lihat manusia kian "sakit" malah ramai di akhir akhir zaman ni. 

Sebelum ni Ramai yang bertanya adakah tok buat rawatan . Dan selalu tok jawab tak buat dah di sebabkan tok sibuk dengan ritual penarikan Geliga dan permata, tapi sekarang tok pun tak larat sangat dah nak pi jalan jauh jauh. Sekadar apa yang boleh di ambil dari kawasan kebun sahaja. 

Pertama sekali orang dok tanya. Berapa bayaran untuk rawatan ?. Ni soalan pertama.. baik lah.tok terangkan di bawah. 


Untuk rawatan ini bayaran ialah seikhlas hati, cuma tok nak bagi tau. Bukan maksud apa apa. Manusia kalau nak buat orang , sihir orang , pemampuih orang rm 10,000 malah rm 100,000 ( bomo Siam Tumpat ) sanggup bayar.

Tapi bab nak sembuh, nak sihat bila perawat di Melaka minta RM 36,000 .. viral di tiktok. 

Ini tok cerita bukan mewakili diri tok nak, walau kisahnya sama saja. 

Buat orang atau rawat orang...risiko ke atas perawat dan bomo ialah nyawa dia dan bila dia sakit dia kena cari bomoh lain ubatkan diri dia, semua bomo sama saja.. bisa sendiri tak boleh rawat diri sendiri. 

Tok cerita bukan mewakili diri sendiri sebab bagi tok kalau tok kena sihir dan mati. Itu ialah kematian syahid. Cuma tok nak bagitau... Nak bagitau saja. Kesan dia sama saja. 


Oleh demikian hanya rawatan yg bayarannya tok tak tetapkan tapi kalau urutan atau produk samada minyak, azimat, wafaq dan keilmuan ia ada caj lah. 


APA RAWATAN TOK JALANKAN?


RAWATAN YANG TIDAK DI JALANKAN OLEH PIHAK HOSPITAL. 


Sementara bedah batin pula iaitu menggantikan organ, anggota badan,membuang bendasing ghaib dari badan yg menyebabkan kesakitan dll. Jenis dari bedah batin ini Sama bayarannya dengan guru tok ambil yakni RM 35/1 penyakit. 

Kalau tok buat bedah batin free kang tok guru kecil hati pulak🫠.


Untuk melakukan rawatan boleh hubungi tok muda :01117447688 / 01111113044


Terima kasih

1 comment:

  1. Semoga di permudah kan segala urusan tok . kalau di perguruan tenaga dalam. Biasa nya guru sarankan kepada anak muridnya. Untuk merawat pesakit. Sebab tenaga positif yang berlebihan kalau dialirkan /gunakan .Nanti recycle dapat yang baru. Di ganti semula dgn izin Allah - bng man

    ReplyDelete