2/10/2025

SILIBUS KEM MISTIK YANG AKAN DIADAKAN

 Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua. 

Untuk Kem Mistik yang akan di jalankan di bulan depan , antara yang akan di ajarkan ialah : 

1. Pernafasan Maut

2. Asas Ilmu Ghaib

3. Haq dan Bathil di dalam Ilmu Ghaib

4. Kasyaf 

5. Terawangan dan praktikal

6. Ilmu Scan org

7. Kunci ilmu perubatan semua bangsa

8. Amalan pembuka kunci rezeki dan kekayaan

9. Ilmu telepati

10. Pengenalan ilmu Zikir Suluk

11. Dan lain lain


Sesebuah keilmuan jika di ajarkan mengikut kaedah tok muda ialah cara pembelajaran org lama , tanpa Buku di tangan , apa yang di ajarkan adalah apa yang ada tersimpan di dalam kepala Tok , maka anda perlu bawak peralatan menulis, Video tidak di benarkan rakam kecuali voice record dan paling di galakkan ialah anda mencatat di buku atau di Hp. Kalau anda rakam voice, Tok akan nampak nilai kemalasan anda dan ketidaksungguhan anda untuk belajar, lagi 1 , kalau anda bukak balik voice tu anda terpaksa dengar semula berjam jam. anda rajin ke?.. 

Di dalam siri ini anda akan di perkenalkan dengan suasana Bertapa/bersuluk mengikut kaedah Islam yakni di mulakan dengan tawasul kepada Rasullullah SAW, Para Sahabat, Para Malaikat 4, Para Waliyullah yang sudah meninggal dunia, Para Guru , Kedua ibu bapa dan diri sendiri dan zikir yang di gunakan ialah dari kalangan asma' ul husna mengikut tujuan anda ( utk kekayaan ada zikirnya dsbgnya ) ritual tapa ini sudah tentu berlainan dengan ritual biasa kerana sebelum ia di mulakan wewangian akan di bakar bagi menenangkan suasana dan sebanyak 11 gerbang ghaib akan di buka merangkumi kesemua alam kecuali alam Roh dan mereka yang ada hubungan leluhur akanb mudah mendapat apa yg mereka inginkan. 

Kem ini terbuka kepada semua bangsa.


NAMUN......... KEM INI ADA UJIAN 


Ujian Pernafasan Maut akan di jalankan dan bagi yang gagal, mereka tidak akan di benarkan mengikuti kem selanjutnya dan Yuran akan di Refund semasa di lokasi kem. Memang setiap Murid yang nak jadi Murid Tok Muda perlu melepasi Pernafasan Maut, Ilmu Pernafasan ini sangat penting kerana ia kunci kepada semua Keilmuan yang bakal di ajarkan. Dan di dalam  kehidupan anda kelak, dalam banyak ilmu, walau ilmu dari perguruan lain sekalipun. Pernafasan Maut akan banyak di gunakan tidak kira dalam bidang pertahanan  diri, perubatan, rawatan , pemagar dan sebagainya.  


Pendaftaran sudah di buka, kuota untuk pengambilan ialah seramai 20 org.


Sijil akan di sediakan

 

5 comments:

  1. Hujung bulan 2 tarikh 25 ni ke tok Dan Puan Kai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok jadi ke Kem .atau di anjakkan ke bulan lain

      Delete
    2. Mereka yang sudah membayar Yuran kem sudah pun berada di dalam 1 grup khas. Dan sudah di maklumkan kem di tangguhkan selepas raya ( atas permintaan ramai ).

      Delete
    3. Ouh ok faham tok.terima kasih tok

      Delete