Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.
In Sha Allah dalam cuti sekolah ini Tok muda akan mulai mengembara ke seluruh Pantai Laut cina selatan dan kawasan berdekatan dengannya bagi menjejaki emas, sekarang Tok sedang mengumpulkan peralatan bagi tujuan ini. Bersamaan ini juga sebagai seorang insan pencinta persahabatan dan ukhwah, tok menawarkan Kursus Pencarian emas di kawasan anda , yang mana ada kawasan anda tahu atau syaki ada emas mentah namun tiada ilmu untuk menjejakinya. Anda boleh hubungi tok muda. INGAT tau, untuk mereka yang ada dan tahu kawasan emas tapi tak tahu nak cari. Tok akan ajarkan cara menjejakinya.
Kaedah yang tok gunakan ialah kaedah tradisional bukan pakai metal detector tu, tu kalau hangpa nak cari duit lama boleh la atau emas 916 yang sudah di proses, Ini ialah pencarian emas mentah, galian dalam bumi.
Tok boleh membuat penandaan di kawasan anda dengan fee tertentu bagi 1 penanda dan boleh bagitau berapa jumlah anggaran ada di dalam bumi ( fee dia mahai na utk 1 penanda ). lepas tu anda boleh korek sendiri pada bila bila masa ( kalau x nak belajar nak duk saja ) dan untuk mempelajari kaedah ini atau mengikuti kaedah ini juga ada fee tertentu, ada la nanti tok caj la 1 kepala RM 500 ka 800 ka.
Tok boleh membuat penandaan di kawasan anda dengan fee tertentu bagi 1 penanda dan boleh bagitau berapa jumlah anggaran ada di dalam bumi ( fee dia mahai na utk 1 penanda ). lepas tu anda boleh korek sendiri pada bila bila masa ( kalau x nak belajar nak duk saja ) dan untuk mempelajari kaedah ini atau mengikuti kaedah ini juga ada fee tertentu, ada la nanti tok caj la 1 kepala RM 500 ka 800 ka.
Kaedah ini ialah kaedah Guru tok muda yakni Ustaz Haji Hashim Felda Linggiu, Johor yang pernah berkhidmat dengan istana Johor sebagai penjejak emas bersama Almarhum Tengku Iskandar dahulu.
Di dalam kembara ini, tok bukan nak pi korek lombong, tapi lebih kepada kembara suka suka, korek sikit,,jual utk dana perjalanan dan teruskan perjalanan , sambil tu tok akan mapping kawasan yang ada emas ni dalam rekod tok la, jadi pihak kerajaan jangan risau, tok muda bukan tamak punya orang, mapping ini kemudian akan di jual kepada pihak profesional berlesen pada nilai tertentu...kecuali kawasan yang korang bagitau tok utk korang belajar, itu tidak akan di tandai di dalam mapping tok, so jangan risau.
Untuk Join, maksudnya ikut secara percuma itu adalah tidak di benarkan sama sekali kerana tok bersama Puan kai dan 1 Guru Muda mengeluarkan modal agak besar untuk kembara ini. Masih ada lagi peralatan yang belum sampai ke tangan tok dan apabila semuanya sudah cukup ( last barang sampai 21hb Dec ) maka kami akan terus bergerak. Jadi jangan kata tok sombong atau berasa kecil hati jika ada yang w.app nak ikut tapi percuma. setiap dari kami mengeluarkan modal lebih dari RM 5000 untuk peralatan, Kalau nak join juga..boleh tapi kita kira balik dan kita bahagi balik costing tu dan ada costing anda kena bayar la.. mana boleh ikut percuma, nanti dalam grup Tok ni ada pulak yang berkecil hati, ye la kan, dia keluar modal.. tiberrr je ada yang join free. Betul?.
Dalam kembara ini bagi mereka yang nak join kursus...contohnya anda duduk di Raub atau bentong.. tahu di mana ada emas, tapi tak tahu nak cari... in Sha Allah contact tok dan tok akan bagi pilihan.. nak duduk saja dan kami marking atau nak join kursus tu..kursus tu sekejap je , nak kenal tanah, permukaan tanah, cara pergerakan tanah, cara marking , nak tau berapa kedalaman dan cara mengayak. Tapi ilmu tu mahal ...
Apa?... Tengok kat youtube?.. ha tengok la... kalau dalam youtube tu expose semua, dah ramai yang kaya, tapi bila anda mula nak beli metal detector..kat situ saja nampak dah anda dapat ilmu yang salah... bukan salah lagu mana... metal detector tu nak kesan benda bermagnet, sedangkan emas tidak lekat magnet... kecuali nak kesan di tepi pantai... org mandi manda tercabut rantai, gelang atau cincin.. itu boleh lah pakai metal detector sebab emas 916 dah bercampur metal lain... tapi kalau pakai metal detector nak cari bahan mentah.. haha silap hb jumpa la mata cangkui zaman jepun dulu. Duit siling lama ke kan.,. eh ada nilai jugak tu kan... tapi ini kita nak cari emas mentah..bukan siling lama la...
Tok harap permaharan di semua blog tok terlaksana sebab permaharan tu akan menentukan jarak perjalanan tok sendiri nanti, nak minta dana orang tak beranilah sebab kita bukan nak cari dan melombong, tok nak marking dan ambil sampel sebagai bukti sahaja. marking dan jual mapping tu. ramai je pihak yang nak . In Sha Allah.
Ya..kawasan pantai laut cina selatan dan berdekatan sahaja, tok x pusing la kot sampai ke laut barat ( selat melaka ) sebab emas lebih banyak di kawasan laut cina selatan.
Jadi... dalam perjalanan ni... nak join dalam perjalanan tidak di benarkan, TAPI kalau anda ada kawasan yang anda syak ada.... atau memang ada cuma tak tau cara jejakinya.. nak belajar..okay..kita boleh berjumpa di kawasan anda dengan fee tertentu...fee ni kena ada juga sebab dah tentu kami dah terkeluar dari trek sebenar perjalanan kan... kedua nak jejak di kawasan anda kata ada emas tu bukan teduh punya tempat, air kena beli sendiri apa silap haribulan haha. gurau ja. So ada costing la sikit na..
Sekian....
*Jgn kecoh kecoh. cakap sini habis sini okay
No comments:
Post a Comment