8/16/2012

CARA MUDAH MEMASUKI ALAM BUNIAN

Kali ini tok akan ajarkan ilmu ....bukan ilmu, namun cara atau kita sebut petua mudah... untuk meneroka alam bunian a.k.a alam lain




Tok akan bagi beberapa tempat yang tok terbiasa pergi lah.......

a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring

b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring

c) Gunung berlumut -  di batu gigi boleh juga baring disebelahnya

d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid

e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas

f) Di Belakang rumah atau depan rumah yang ada air pancut- Baring beralas di tepi pancutan

CARA CARA DAN TERTIB

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang anda dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air 

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza


Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... anda mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja....

Jika anda ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, anda perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.

Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan.... 

Awas....ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, anda bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?

Jangan cemas...INGAT Pesan TOK Ni....... Jangan cemas.... berjalan lah mencari manusia ( Bangsa bunian ) di sana...

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik " Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ".... pakcik tersebut bertanya " kamu ni manusia ya, tak apa... kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia ", orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi...alhamdulillah....

Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencarikan penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya...jika dia ada anak dara... AWAS!!!, jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu... haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita.... insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian .... rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini...hahaha...jaga jaga..... Nyatakan hasrat...anda..ambil peluang ini secukupnya dengan:

a) Menceritakan akan tujuan kita ( sudah tentu ingin melihat kebesaran Allah )

b) Menanyakan lebih lanjut tentang kehidupan mereka

c) Mengadakan negotiate dengan dia seperti meminta keizinan menjadi pengimport barangan dari alam sana dan lain lain ( sebab tu org yang pernah ke sana , balik je kesini dapat zahirkan macam macam barang pelik )

d) Atau boleh juga meminta di bawa jalan jalan pusing kampung / bandar

e) Atau di bawa berjumpa rajanya untuk eratkan silaturrahim ( namun sampai sini , agak complicated sikit lah jadinya nanti )..... buat dulu baru tau..tok tak tanggung ok

f) Jika dapat, mintakan berjumpa pahlawan dahulu kala atau puteri lagenda seperti P.Gunung ledang... dan jangan lupa meminta untuk berkawan dan jangan lupa juga untuk meminta sebentuk cincin bagi kegunaan kita di sini seperti membantu dalam urusan tarik menarik, urusan perubatan, urusan nak jalan jauh dalam sekelip mata..insyallah..namun jangan lupa... ini cuma kelebihan yang Allah berikan sahaja.... jika boleh elakkan dari BERSYARAT, boleh mengundang syirik, munafik dan kufur...hahaha, semua ada.... bahaya ...bahaya... akidah calar, rosak jiwa.

PASTIKAN semasa melakukan, jasad bersih, jiwa suci .......

PASTIKAN tempat yang nak buat tu takda orang ganggu dengan bunyi bising

Seeloknya....dilakukan pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi, malamnya kena berjaga dan berzikir.... seeloknya begitu agar semasa penggembaraan, jasad kita tidak di ganggu makhluk halus seperti Jin, Iblis dan syaitan....

Insyallah..... sesiapa sahaja mampu lakukannya dengan petua ini...........


JAMINAN KE ATAS DIRI TOK

* Tok tidak boleh dipersalahkan di atas kehilangan / ghoib anda dari alam kita, dan tok tidak boleh dipersalahkan atas apa juga perkara buruk yang terjadi ke atas diri anda semasa melakukan petua ini. ( keluarga tuan/puan/cik tak boleh nak mai umah tok sergah sergah haaa..... , sendiri buat , sendiri tanggung, sendiri makan , sendiri simpan )

* Tok tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa keatas Jasad semasa anda melakukan ritual ini ( jasad kena baham rimau ke, kena telan anakonda ke ), pastikan masa lakukan ada kawan bersama yang menjaga...ya of course lah boleh ada kawan temankan jasad kita, gilir gilir merasa buat


JELAJAH ALAM BUNIAN

DI ANTARA FANTASI DAN REALITI


Menjelajah Alam bunian a.k.a alam lain bukanlah sesukar yang disangka semua

Sebenarnya ia cumalah gabungan : 

Keyakinan + Fokus + Berusaha + Bersikap terbuka dan menerima

Banyak entri entri dan guru guru di luar sana mengajarkan ilmu ilmu berkaitan menjelajah alam lain

Antaranya :

- Meraga sukma
- Terawangan
- Getar Zikir
- Teknik Minda bawah sedar
- Dan lain lain lagi

Malah ada yang menggunakan khidmat Bomoh dan dukun.

Tahukah anda ....bahawa teknik yang sebenarnya cuma :

Menggunakan Teknik minda bawah sedar dan gelombang Otak ?

Ya..... Selain itu juga ialah doa...keratan keratan Ayat suci yang diberikan oleh guru kepada anda sebenarnya ialah 1 doa, bukan penentu jadi atau tidak keilmuan anda untuk menjelajah alam lain.

Kuncinya di sini ialah:

Tenangkan minda dari sebarang masalah

Fokus dan yakin

Berada di dalam kedudukan selesa

Membaca Doa keselamatan Seperti Ayatul Kursi

Membaca zikir tertentu bagi pengisian kerana zikir mempunyai tenaga dan frekuensi menguatkan bathin 

Kemudian Anda perlu menggunakan teknik teknik , salah satunya :

ILMU PERNAFASAN MAUT

Teknik ini hanya menggunakan nafas , menggunakan tenaga diri yang ada di dalam tubuh tiap dari kita

Tenaga ----> Roh----> Tiada roh maka kita tiada

Nafas----> Penyebab kepada kehidupan

Bermulanya nafas maka bermulanya kehidupan

Terhentinya nafas maka Bermulalah alam kematian

--------------------------------------

Apakah rahsianya?

Sebenarnya jika anda tolak / tidak membuat tertib:

Membaca doa keselamatan
Pengisian

BOLEH 

Juga anda melakukan Perjalanan Astral @ Meraga sukma , Namun tenaga yang ada belum tentu cukup ( tenaga roh ) untuk melakukan perjalanan astral ini.

Maka 

Ia hanya akan menjadi khayalan sahaja

MAKA

Zikir pengisian itu penting kerana ia adalah makanan Sukma

Manakala Raga makanannya nasi, KFC, Pizza Hut dll

NAH !!!!

Sekarang anda tahu kuncinya????

Malam ini, boleh la buat ilmu ini..... ingat

Fokus---tenang----yakin itu penting

Tahap Ilmu Meraga sukma

1. Kita dapat melihat orang namun mereka tidak dapat melihat kita

2. Kita dapat melihat orang dan orang dapat melihat kita namun tidak dapat bersentuhan

3. Kita dapat melihat, merasa, menyentuh orang dan benda dan mereka juga dapat menyentuh kita

Semua ini bergantung kepada keserasian dan kekerapan kita melakukannya...

FASA 1

Cuba keluar dari jasad menggunakan Teknik PERNAFASAN MAUT, kemudian berjalan ke rumah kawan kawan, sebenarnya tak perlu berjalan kerana Pergerakan Roh Umpama kelajuan Cahaya

Ketuk pintu rumahnya dan bagi salam sehingga ia terjaga ( bayangkan ia terjaga dan bangun membuka pintu ).... ketuk kepalanya atau tampar pipinya dan terus laju pulang ke jasad

Esok...tanyakan..adakah sahabat anda bermimpikan anda, ulangi sehingga dia mimpikan anda... jika ianya terjadi , maka insyallah bermaksud..gelombang otak anda sudah terbuka seluasnya untuk menjelajah alam semesta

Untuk permulaan, jauhkan kawasan langit dan lautan 

Langit diduduki para malaikat

lautan diduduki Para Jin Kafir Jahat dan ganas

Semasa melakukan perjalanan Astral, Jasad memang sedar ( terasa sedar sehingga 15 minit lamanya, jasad umpama ibu sawat ) selepas tempoh ini selalunya fokus dan rasa serta perasaan kita yang terbahagi 2 itu ( jasad dan roh yang berjalan ) akan menjadi 1 , yakni di roh yang sedang mengembara sahaja.... Mengembaralah anda sepuasnya

Jika ingin ke alam lain, niat sahaja...zuuuup.......anda akan akan sampai ke tempat yang di tuju.... 
______________________________________
Ingat....

ILMU HAK ALLAH

BUKAN HAK GURU

Zaman sekarang timbul banyak guru mengajarkan itu ini..semata mata kerana apa.... Ya.... wang dan pengaruh.... suka dikelilingi anak murid ramai, walhal sebenarnya dia kesepian dan keseorangan, kerana itu... ilmu digunakan untuk " memancing " kawan dan menjadi kenalan rapat...itu sahaja...

Guru tidak layak menyatakan bahawa itu dan ini ialah ilmunya, sedangkan ILMU HAK ALLAh, dia hanya memegang Amanah Allah yakni perlu mewariskannya kepada yang Hak... Bukan kepada sewenangnya....

Guru hanya berfungsi sebagai pengajar dan penyebar, bukan memindahkan HAK.... kerana tiada sesiapa yang berhak MEMINDAHKAN HAK

(Sebagai contoh: Ambil ilmu sekian sekian, Saya bagi HAK sepenuhnya ) 

*ada pulak macam tu, hang sapa? =(

Jika ada yang berupaya memindahkan HAK, maka bermaksud ia berupaya memindahkan kematian, menangguhkan kematian seseorang... 

Yang boleh membuat semua ini hanya 

Dajjal Al-Maseh

Nauzubillah

Jika Boleh memindahkan HAK

Maka Guru mampu Berkata " Aku pindahkan seluruh udara menyelimuti engkau"( maka matilah kita ) bermaksud ia mampu mematikan.... sedangkan yang HANYA mampu mematikan hanya Allah swt sahaja...tiada makhluk lain yang berHAK Ke atas Yang HAK , kerana dia HAKIKI, pemilik Mutlak Bagi Yang HAK.

ILmu yang diberi, Ilmu yang dipelajari bukanlah secara kebetulan kita berjumpa guru dan mempelajarinya, namun ia juga adalah UJIAN kepada hambaNYA.... 

Ujian dunia bukan merangkap kemiskinan dan kekayaan, namun merangkap akan segala galanya dari A-Z selagi kita hidup di atas muka bumi ini.... yang tidak kekal selamanya

Kurniaan ilmu juga Adalah UJIAN

Allah ingin melihat samada kita 

Tunduk 

Atau kita DONGAK

Dengan ilmu yang diberikan

Allah ingin Melihat

Adakah Ilmu yang diberikan 

Kepada Kita

Ilmu yang berguna dan baik diwariskan....

Namun... sia sia... terkubur bersama jasad di dalam kubur dunia, tenggelam bersama sifat bongkak dan iri hati


KAU TAK LAYAK

KAU TAK MAMPU BAWA

KAU ...KAU DAN KAU......

Wahhhhh..... Hamba yang menghukum selayaknya yang menyatakan begitu hanya dia yang TUNGGAL dan yang 1

Boleh melihat ke masa akan datang, apa berkuasakah dengan ilmu scan scan apa semua tu?.... tidak terfikirkah bahawa kemudian hari..DIA YANG ESA boleh mengubahnya

Sesal Kemudian tidak berguna

Anak bangsa lemah dan layu

Di Pijak

Di Henjak

Di Jelek jelekkan

Siapakah yang merana?

Siapakah yang Bersalah ?

Allah tidak bersalah, Nabi tidak bersalah

Para wali wali tidak juga bersalah

Wahhhh.... masa hidup

Di dampingi wali sana sini

Raden sana sini.....Bercerita bagai nak RAK seolah olah dialah manusia terpilih

Yang Gah

Yang Megah

Yang Gagah

Namun Tumbang juga di mamah usia, Berkulat juga di dalam tanah... Hebat?.... itu yang dikatakan hebat?.... 

Apa Lupa atas langit masih ada langit

Apa lupa kita hebat ada lagi yang lebih hebat?

Ya.... melayu mudah lupa

Akhirannya

Anak cucu cicit piut menjadi mangsa

Nakkan ilmu

Poket dan akaun habis kekeringan

Ilmu ke mana, duit ke mana 

Kerana permainan duniawi

Mengapa.... aku dengar atok aku...moyang aku dulu boleh jalan atas air, boleh hilang hilang, boleh kebal...jepun cari dalam rumah tak jumpa walhal ada dalam rumah tu tersengih melihat Askar Jepun terpinga pinga...

Menceritakan Kehebatan Sanat dan leluhur.... namun mengapa kita tidak hebat?

Ya..ilmu tidak boleh diwarisi Setelah kematian

Ia hanya Boleh diwarisi ketika kehidupan

Jadi.... yang mana hebat hebat dikurniakan Ilmu Allah itu

Jangan lah lokek ilmu.... ajar dan ajarkan selagi masih bernyawa..... selagi Diizinkan Allah...


Insyallah

Besar Rahmatnya

Bukan Kedekut Ilmu Atau Nak sorang saja hebat...ingat..ada lagi yang hebat dalam terhebat.....

Moga bermanfaat bagi semua...Amin

* terbebel pulak tok =)

8/15/2012

SYILING 20SEN 1972

SYILING 20 SEN 1972 RARE CARIAN PARA PEMBURU MISTIK





Anda pemburu Syiling 20sen ini..... Ya..apa yang istimewa syiling ini, hanya sebilangan orang sahaja yang tahu... mudah untuk test barang ni.... tok pernah mengujinya .... boleh dikatakan barang baik juga.... 


RM 1500 sahaja 

Ini ingin dimaharkan oleh seorang sahabat , jika berminat sila hubungi beliau:

Hilmi .Pekan : 017-451 3304

7/31/2012

MANTERA RAJA PENGGERUN

MANTERA RAJA PENGGERUN

Tok pernah pakai masa kerja kat ladang dulu... sergah mat jebeng pekerja ladang sawit ladang MADOS ( tanah sultan Johor ) tak buat kerja sampai terkencing dalam seluaq, hahah... manager dia pun muka pucat bila tok amuk dekat dia kata tok tak buat kerja.... huhu

Ini manteranya ( mantera Ilmu Mataram )

Bismillah.

Om Sendi gendang panglima bangsa
Om Sendi akulah anak harimau rangsang dalam dunia

* Silang dua tangan di depan dada, angkat tanda best di ibu jari dan tarik ibu jari di misai sekali sahaja...ingat...nak membatalkannya... perlu basuh muka...

Ilmu ni panas

Untuk mengamalkkan sila ambik ijazahnya dari Tok Muda dengan Mahar

RM 170

01111113044

7/27/2012

DETIK MULA DAN AKHIR............

TOK MAT LIFE & SECRET



12 Tahun yang lepas...........


Shyeeeeettttttt.............. Oi...bangun , Apa ni, dah pukul 9 pagi dah niii... Ayam pun dah berjalan jalan daaaaah.... Bangun, bangun..... Sapa Tokwan aku yang sedang senyum melihat aku masih berselimut....

Aku bangun, mandi dan sarapan ....sedap betul maktok aku masak walau bihun kering heheheh... maktok, ishan tak mai ka ( sepupu aku ), " dak lagi, sat g mai la tu, dia pagi pagi selalu mai hantaq lauk "...erm.... elok la tu, cek nak keluaq sat ngan tokwan..... Maktok segera melihat aku... " nak p mana?..", heheheh... nak p kangaq sat..tokwan ajak...haaa...tu nak p cari rokok la tu, tokwan hang apa yang loghat sangat tah, berapa kali aku pesan jangan isap rokok, nanti sakit jantung kata maktok aku......... isk.. jangan dok syirik sangat aih orang tua ni, ada pulak isap rokok boleh kena sakit jantung.... sakit tu kan Allah yang bagi...sapa tokwan aku muka serius tapi nakal.... hahaha... aku ketawa dalam hati saja la...

Sampai ke kangar, bagai di kata lah, tokwan suruh aku belikan dia rokok dunhill sekotak, sambil menyalakan sebatang rokok, baki selebihnya dia bagi kat kawan dia pak mail, sambil bual bual, entah aku rasa dia bual pun sebab nak hisap rokok... yup..memang tak meleset jangkaanku, sebab habis saja tokwan hisap rokok dia terus ajak aku balik rumah ...... kemudian kami terus ke pasar cari ikan dan sayuran untuk makanan pada hari tersebut......

Itulah rutin hari hari aku dan tokwan serta maktok sehinggalah aku sambung belajar di Perak.. Pada suatu hari, ayah menelefon agar aku segera pulang ke Perlis sebab tokwan sedang gering di hospital....... ternganga sekejap mendengar berita tersebut, segera aku pack barang aku seringkasnya sambil mata berlinangan, lect tanya pun aku buat pekak, biarlah dia sendiri faham apa yang buat aku kalut sangat nak balik pada hari tu, dengan duit dalam poket ada Rm 20, aku bergegas naik bas dari titi gantong ke ipoh... terus berjalan kaki melintas jalan menuju ke stesen keretapi.... alhamdulillah dapat juga tempat duduk walau kelas 3..... Lama jugak lah naik keretapi ni nak sampai Perlis nu, aku cuma berharap 1 sahaja.. biarlah aku sempat walau hanya beberapa minit bertemu dengan tokwan... sepanjang dalam keretapi, aku sebak, teringatkan kata kata tokwan dan beberapa ilmu kunci yang beliau ajarkan kepada aku semasa aku menjaganya dulu.... salah 1 pesanannya yang aku ingat sampai ke hari ini... Buat baik dengan orang, hormat orang, baru orang hormat kita, ilmu yang ada pergunakan di jalan yang baik dan wajar... dan bermacam macam lagi pesanan tokwan...

Keretapi sampai jam 11 pagi, lama benar perjalanan sekitar 11 jam juga...bila la Malaysia ni nak ada keretapi peluru macam jepun... ni dok pakai keretapi zaman jepun lagi... Aku bergegas keluar dan kelihatan muka ayah aku yang ada di kawasan parking agak cemas.... cepat la sikit jalan tu,... eiiii lembut sungguh hang ni..... apa yang lembut entah la, aku berjalan dah gagah macam pahlawan dah haa....terus kami ke hospital kangar...

Aku bergegas masuk ke wad tempat tokwan ditempatkan, aku lihat maktok takda, mungkin rehat sebab menjaga tokwan semalaman, mama aku ada kat sebelah tokwan..... membisikkan kalimah syahadah... mataku terus dibanjiri air mata yang tidak henti henti, mama cakap... tokwan semalaman dok sebut nama aku dan nama ishan.... Ya Allah... lagi lah banjir mata aku ni.... aku pegang tangan tokwan yang sejuk dan kering.... wan..cek dah balik dah.. wan.... kedengaran nafas tokwan perlahan namun berombak di dada... masa tu aku sudah mempunyai beberapa ilmu yang sempat tokwan ajarkan, antaranya Keluar roh dr jasad ( Terawangan ) dan Ilmu Jati Ruh... aku gunakan ilmu Jati Ruh untuk cuba mendengar apa yang cuba di sampaikan jika ada nya pesanan dari tokwan... Terdengar bisikan suara tokwan " Ingat pesan tokwan, Jaga rukun, Solat jangan tinggal, Jaga maktok hang "......Dalam lubuk Jiwa yang mendalam aku menjawab " Insyallah wan, insyallah ".... 

Jam 4 pagi, ayah menelefon bahawa tokwan sudah kembali ke rahmatullah... aku gelabah, nak p hospital macam mana, nak naik motor, lampu rosak, kereta ayah bawak.... ayah pesan, esok pagi hang naik dengan abah mai sini, abah p ambik kat rumah, seingat akulah....

Abah menangis sambil bawa kereta, mama cuba mententeramkan, manakan tidak..bawak 120km/j dalam keadaan menangis, bawak anak anak... aku pula diam membisu....sesampainya kami, penuh orang di kawasan perkarangan rumah....

Mak aku dan mak sedara lainnya sibuk membaca Yassin, semua sepupu dah sampai, sepupu paling jauh tinggal di kuala selangor pun dah sampai... Aku menatap wajah arwah tokwan yang seolah aku lihat sedang tersenyum, Ya arwah seorang yang tak pernah tinggal solat jemaah di masjid 5 waktu sehari, walau pernah kena langgar kereta 2x semasa keluar dari masjid Batu 5  mengarah ke Kuala Perlis itu, beliau tetap nekad melakukan solat jemaah di masjid. Semasa mengangkat jenazah tokwan untuk dimandikan.... Ya Allah.. sungguh...ringan macam kapas, tak rasa berat sikit pun, macam boleh angkat 1 tangan saja, yang angkat pun bukan ramai sangat.

Alhamdulillah, segala galanya sudah selamat di sempurnakan, sepupu aku dari kuala selangor lulusan sekolah arab ku lihat sebak dan menangis membaca diari terakhir arwah, di kulit diari paling belakang, allahyarham tokwan menulis jawi " Hidup di dunia bukan selama lamanya", Bertarikh 3 hari sebelum tokwan meninggal dunia. Aku sebak.... 

Dalam masa 7 hari arwah meninggalkan kami dan semua orang, rahsia demi rahsia terbuka, rupa rupanya arwah tokwan ialah seorang Tok ayah /// yang mempunyai ramai anak buah, anak anak dia sendiri yang /// pun tak tahu yang ayah depa seorang tok ayah, betapa.... betapa rahsia itu terjaga dengan rapi, banyak juga rahsia rahsia lain yang diketahui , yang tinggal cuma 1 rahsia yang arwah pesan pada aku dan tiada sesiapa yang tahu....

Selepas beberapa hari ayah mengajak aku tabur kulit siput sungai berembang kat kubur tokwan, masa tu musim tengkujuh, air sawah sebelah penuh, tanah perkuburan pula lembab, semasa ayah aku sibuk sibuk menabur kulit siput, aku dapat lihat ada air bergenang bersama minyak, kelihatan semacam minyak dari tanah kubur tokwan, tanpa fikir panjang, entah mengapa tangan aku gatai sangat... hati pun membuak buak nak mengambil segenggam tanah berminyak tersebut.... aku ambil dan simpan dalam plastik..ayah pula ku lihat sibuk meratakan kulit siput.... 

Sesampainya ke rumah, bekas tanah tadi aku letakkan atas almari, kemudian terus aku lupa di mana ghoibnya kepulan tanah tersebut, selang 3 hari selepas itu, aku bermimpi di datangi tokwan, ku lihat tokwan berbaju jubah lengkap, ada selempang di bahunya, " jom shyet, kita p solat kat masjid" , aku lihat suasana nya tenang sekali walau kelihatan sesekali ada kenderaan lalu lalang, kami berjalan kaki menuju ke masjid, aku berkata " tok, kita tumpang ja la motor kereta yang dok lalu ni ", tokwan tersenyum " Jalan kaki pahala lagi banyak, tiap langkah dapat pahala ", aku diam.... sesampainya ke masjid, nak ambil wudhuk, tak da air paip, tokwan cakap ambil wudhuk dalam tempayan, air hujan suci ".... setakat tu saja mimpi aku... terus aku terjaga dan menangis... memang...pada ketika itu...aku lalai dalam mengerjakan solat.....

Selepas beberapa lama, aku mulai di datangi beberapa tua berjubah dan beserban.............

Di situlah bermulanya cerita Tok Mat Sebagai Seorang supernatural....hehe......

Sehingga ke hari ini, sudah beberapa tahun, aku sentiasa dikunjungi 3 orang berjubah dan beserban mengajarkan aku ilmu ilmu haq, ilmu kebatinan dan persilatan...bayangkan , jika aku memegang senjata baru, dari tak pandai main , aku boleh memainkan senjata berkenaan dalam masa kurang dari 3 jam dengan diajarkan oleh seorang dari mereka.....

Sehingga ke zaman sekarang.... baru kedengaran ilmu pukulan angin, terawangan @ meraga sukma, bercakap dengan alam ghoib, berkawan dengan bunian, ilmu aji tapak geni, batin tu dan batin ni dalam perguruan perguruan dan internet masa sekarang.... benda ni kecoh dan menjadi kejaran pengamal mistik bermula beberapa tahun lepas, sementara aku kejap terkejut dan kejap senyum, sebab terkejut, ilmu yang diajarkan kepada aku baru sekarang di war warkan, dan aku senyum sebab tengok orang sibuk sibuk bayar 2000-3000 nak ambik kitab ilmu ni semua,sementara benda tu dah ada tersemat baik di dada aku sejak sekian lama.... namun bukan aku riak..tidak..cuma aku kesal... zaman sekarang...ilmu dijual beli...gila.... sungguh sungguh gila.... manusia sekarang..pelahap duit.pelahap pengaruh.... dahagakan kuasa dan pangkat... memang gila..aku cukup benci dan menjadi semakin benci.....

Dari perjalanan guru ghoib, aku cuba mencari guru nyata yang boleh dapat membimbing aku , agar ilmu yang ku bawa tidak menjadi salah akidah... 3 Berjubah juga memesan kepadaku " kami cuma mengajarkan, yang manyatakan ialah guru sesama bangsamu dan yang menzahirkan ilmu itu ialah kamu sendiri wahai Yasir".

Di dalam pencarian mencari guru yang haq, hidupku penuh duka cita, penuh ranjau dan duri.... tiada kawan, tiada sahabat, semua yang ada cuma yang hendak mengambil kesempatan di atas kebolehan yang ku ada... merata merantau meninggalkan negeri kelahiranku jauh... 

Tinggal jauh mencari Diri dan mencari Allah....rupa rupanya ada hampir dengan diriku.............

Assalamualaikum wbt.... assalamualaikum wbt.... assalamualaikum wbt.... ...ku dengar sudah 3x panggilan salam suara yang amat merdu, ayu dan mengasyikkan di hadapanku.... Waalaikum salam warah matullah .... perlahan lahan, kelopak mataku ku buka... uisk... kenapa susah sangat mahu terbuka.... bila sudah terbuka.... kelam dan samar samar... ya sudah 40 hari aku memejamkan mata , mana tak sukar membukanya kembali, haha..baru 40 hari..bukan 40 tahun, kalau 40 tahun aku ingat kelopak ni dah bercantum la kot...

Perlahan lahan ku buka, sedang nak buka tu... baru aku teringat, aku dalam hutan, atas bukit...pompuan mana pulak bagi salam... meremang juga ... tapi aku bukakan juga, di dalam cahaya bulan yang terang, aku lihat sesosok tubuh perempuan berpakaian kebaya putih, selendang putih nipis di atas sanggulnya, Di dahinya ada semacam mahkota yang mak andam pakai kan kat penganti perempuan, matanya bulat besar, hidungnya halus, bibirnya kecil menguntum senyum, mulut aku tiba tiba gatal bersuara " siapa kah gerangannya tuan hamba, dan bagaimana tuan hamba boleh berada di sini ", eh eh... sungguh, aku menutup mulut ku sendiri...macam mana aku boleh bercakap macam orang zaman melayu melaka nu...pelik.... " perempuan itu tersenyum dan berkata " insyallah , mari ikut saya, ada orang mahu berjumpa ", macam lembu di cucuk hidung, aku mengikut perempuan misteri itu ke arah yang dimaksudkan.

Tunggggggg, Tungggggggg, Tunggggggggggg.......... Kedengaran bunyi gong dipalukan, "kedatangan Puteri Purnama bulan ( bukan nama sebenar ) masuk mengadap ". Uish... besarnya istana...cantik sungguh, dikelilingi rumput hijau yang lembut, suasana tak dingin tak juga panas, di bawah bukit aku lihat , deretan rumah rumah kampung, sungguh..demi Allah...aku terpana... ni apesal tiba tiba jadi siang ni..... 

Perempuan yang digelar Puteri ini tadi mengajak ku masuk ke dalam dan mengikut tiap langkahnya mengadap sembah.... aku dan puteri masuk , belok kanan terus jauh sana nampak ada seseorang di atas singgahsana, lantainya diperbuat dari batu coklat, dan dihamparkan permaidani Merah, kiri dan kanan ada berpuluh orang duduk memerhatikan kami, aku di belakang puteri kaku dan melihat dulu apa yang bakal dilakukan seterusnya.... 

Puteri melangkah kaki kanan 3 langkah ke hadapan dan duduk mengadap sembah, kemudian bangun, kaki kanan lagi , 3 langkah dan angkat sembah, bangun...kaki kanan lagi dan 3 langkah mengangkat sembah..dah...sampai dah puteri berdekatan orang atas singgahsana... aku yang kekok dan kaku, mengikuti saja pergerakan tadi perlahan lahan dan berhati hati, takut nanti salah orang kata kita takda adab pulak....

Sesampainya di kaki singgahsana, Ku lihat orang di atas singgahsana memakai baju kuning, bertanjak tinggi , tak ubah seperti sultan sultan kita, mukanya berjambang hitam namun tersenyum memandangku.... lalu ku dengar " anakanda, masuk ke dalam ya "... aku lihat puteri tersebut masih mengangkat sembah sambil berlalu ke satu pintu di belakang singgahsana..... lalu bermulalah dialog pertama aku dengan sang sultan.

" Siapa namamu ", Apa asalmu, Apa tujuanmu tinggal di bukit seorang diri ", aku menjawab dengan teratur sambil mata memandang ke bawah, takut untuk bertentang mata.... sungguh..aku takut... kemudian sang sultan memperkenalkan dirinya sebagai " Sultan Muhammad *^*^(*&*&& ) , pemerintah kerajaan %^%^$%^ di kawasan tersebut, mereka berbangsa bunian, berdarah manusia dari kalangan keturunan Bugis Kesultanan bugis Riau, dari kalangan ulama ulama, kemudian ku dengar Sultan mengucapkan 2 kalimah syahadah diiringi gema sahutan para pembesar lain lain yang ada di kiri kanan jalan masuk tadi.... Masyallah...Masyallah...Masyallah..... tiba tiba pula suara ku mengucapkan kalimah tersebut dan aku menangis kegembiraan.... Ya Allah... Besar sungguh KebesaranMU Ya Allah, Engkau maha Kaya menciptakan pelbagai makhluk di segenap penjuru Alam..... Sambil menadah tangan mengucapkan syukur.....Sungguh..aku mencari, belajar dan sanggup bertapa 40 hari tanpa makan minum , hanya memakan sebiji bertih sehari bukan untuk mencari ilmu Bongkak, ilmu riak....tapi aku ingin melihat kebesaran Allah taala itu..aku ingin MELIHAT... 

Tengahari, aku di jemput makan bersama Sultan, anaknya sang puteri dan ketua dayang, makan di bawah, atas lantai, bukan atas meja macam orang kita makan... enak sungguh santapan tengahari, namun  aku jaga adab juga, tak boleh sembarangan....Aihh.... kenapa puteri asyik menjeling kepada aku... dah..dada berdebar saja , duduk tak kena, minum tak kena..last last aku basuh tangan , dan duduk... menuggu sultan dan lain lain selesai makan... tiada sepatah kata pun yang terbit semasa mereka makan...begitu beradab sekali.....

Sultan mengajakku ke sebuah taman, ada 1 buaian, kolam kecil dan tumbuh tumbuhan renek, cantik cantik...macam kat cameron pulak aku rasa... beliau bertanya " kamu boleh ke sini hari hari bukan?....dengan ilmu yang di ajarkan keturunan kita pada kamu ",,...haaaaaa.. terkebil kebil lagi...keturunan?... " bagai mengetahui kebilanku itu, beliau menjawab " Ya, keturunan dan leluhur kita sama, kamu bugis, saya bugis , guru goib yang memimpin kamu bugis dan guru nyata kamu juga bugis, itulah kuncinya kamu berada di sini 
".... Erm... entah lah, patik tidak diberitahu dari keturunan apakah kami tengku", beliau tersenyum... dan kemudian menunjukkan kepada aku satu pintu di taman " nah, pergilah ke situ, kamu akan terus berjumpa jalan pulang , nanti jangan lupa datang kembali, beta memerlukan kamu di sini , " aku dalam beradab, takut takut... angguk kepala " insyallah " dan berjalan menuju ke pintu yang dimaksudkan..... dah... aku dah di kawasan kaki bukit...dan berjalan menuju ke destinasiku dengan perasaan takjub sekali..aku bersyukur....

Paksu.... kita ni keturunan apa haa.... tanyaku kepada paksu yang memang suka korek rahsia sejarah keluarga, nak tanya kat ayah aku, takut kena soal macam macam pulak.... Paksu aku yang sedang memandu Gen2nya di Jalan serdang menuju ke Putrajaya berkata " uishhh  shyettt, kita ni keturunan Bugis, moyang kita dulu pangkat pangkat Teuku ( tengku ), bukan main main, tapi disebabkan, depa dulu mai sini susah dan miskin, depa buang gelaran tu, kau ingat dak dalam buku sejarah tingkatan berapa tah, yang mengatakan semasa portugis nak menyerang kedah, tak  boleh serang, sebab kubunya kuat..tapi last last... jatuh juga sebab ada 1 puak ni bagi jalan kat portugis , jalan rahsia ke istana kedah masa tu..sebab tu kedah jatuh.... depa buat perjanjian, kalau depa tolong, depa nak portugis bagi kedah kat depa dan depa naik jadi sultan kedah.... depa ni dulu kalau rompak tongkang, tak dan 5 minit..clear cek oii.... tapi tu lah bila dah serang, jadi kot lain pulak, kalau tak..la ni kita la sultan kedah hahaha..gelak sakan paksu aku, ...sebab tu keturunan kita kena halau dari kedah sampai ke narathiwat nu, tapi masa pecah kedah/perlis, keturunan kita banyak jadi pembesar dan panglima kepada anak angkat seorang raja masa tu yang memerintah Perlis sementara sebelum Raja sekarang  Sultan Jamalulail di angkat  naik oleh sultan kedah sebagai Raja Perlis.... tu sebab hang tengok, kubuq raja sementara ni ada kat kubuq kubuq keturunan kita, Makam dia saja yang ada kat situ, dan dari dulu sampai ke la ni, keturunan kita hak mana yang meninggal, akan di simpan di kawasan makam Raja tersebut, sebab jasa kita kat dia dululah dia nak semua leluhuq kita ada dengan dia, walau kubuq sekalipun.... tak percaya, kau p tengok kubuq tokwan hang,  tengahnya kawasan perkuburan kg sarang lebah itu ialah makam anak raja yang pernah sekejap memerintah Perlis.  Ya..memang aku tau... kasihan.. makam tu, kenapa kerajaan negeri tak ambil tahu langsung, pecah sana sini.. kenapa?....( ampun tuanku Sultan dan Raja kedah Perlis..ini semua cerita lama.. jangan dikenang lagi na ..tumpang lalu ,cerita keturunan ini diceritakan kepada kami mulut by mulut zaman berzaman, keturunan kami dah sampai merata negeri dan dunia dah )...

Selepas aku tahu serba sedikit tentang keturunan aku tu... aku selalu terawangan juga ( keluar ruh dr jasad @ perjalanan astral ), ke istana sultan tadi, mungkin sebab aku suka dengan suasana sana ..ke aku rindu dengan puteri kah kah kah.. tidak... tidak sesekali... aku tidak pernah merinduinya, perasaan itu ku buang jauh jauh kerana aku tahu apa saja yang ada di sanubari kita, mereka tahu... aku cuma mahu menjaga hubungan aku dan ayanhandanya saja..tidak lebih dari itu....

Tungggggg, Tungggg, Tungggg..... Tiada suara..macam biasalah..aku bukan sesiapa di sana.... seperti biasa, langkah ku susun, sembah ku junjung bukan beerti aku menyembah tapi aku hormat...itu sahaja... 

Sang sultan tiba tiba bediri.... menghunuskan keris panjangnya ( sundang ), kerisnya ialah emas, hulu, sarung dan matanya emas mampat...ya... kecut perut aku, namun ku gagahkan sila agar tidak goyang.... " pada hari gemilang ini, beta..sultan *$^# melantik kamu ....nama aku... sebagai Panglima barisan Hadapan dengan gelaran  Panglima $#@&".....tup.... hujung keris di letakkan di bahu kanan, kiri dan kananku dan kemudian diciumnya serta disimpankan di selit pinggang dalam sarung.... Terbeliak biji mataku.... hah..PANGLIMA... apa kehal nya dia lantik aku jadi panglima.... barisan hadapan pulak tu....mampos...... 

Ya... masih aku ingat, kelebihan ilmu terawangan ialah kita keluar roh sahaja ,bukan berjasad... kalau kena panah ka, tikam ka, mana jadi apa apa... dan roh adalah cahaya, cahaya yang amat berkuasa, yang hidup, di mana saja boleh menyelit..... aku masih ingat, ketika kami cuba menakhluk sebuah kerajaan, dengan lajunya aku menjerit kuat kepada 1 kalibat yang sedang bercucuk padi di bendang " MELUTUT KAU, MELUTUT !!!!!! ", namun seperti tidak diendahkan...... Zasssss.......!!!! pedang ku hayun, terpenggal kepala dari jasadnya, kejam dan sadis aku pada ketika itu, berlawanan dengan sikap aku di alam nyata.... di sana...aku kejam, aku tiada hati perut ( sehingga ke hari ini, aku masih sesal dengan kejadian tersebut ), masih aku ingat..pada tahun itu..terjadi perang besar sehinggakan alam nyata kita pun terkesan , awan awan di alam kita seperti bergegar, suasana yang panas tiba tiba bertukar menjadi hening dan kelam, namun bukan hujan... apa anda masih ingatkah..? ya..jika anda Alert dengan suasana sekitar.... Pada masa itu sebuah kerajaan lain ingin menyerang Ledang, sementara kerajaan Gunung tahan dan Gunung jerai pula ialah kuasa besar yang bertindak berkecuali, Kerajaan kami mulai campur tangan dengan cuba berunding agar Ledang tidak di serang.... Yang memerintah kerajaan tersebut ialah manusia macam aku juga, manusia yang punya ilmu terawangan juga, namanya Syed#@*& dan adiknya Sharifah Ayu. Beliau bersetuju tidak menyerang..... namun akhirnya aku mendapat perintah agar menyerang Ledang... nah.. apa pula... tadi suruh melindung..tapi lepas tu suruh serang pula... tanpa banyak soal... ledang kami perangi, kami siat bagai arnab, panglima dan hulubalangnya semua boleh bertukar menjadi harimau, kami siat dan lapah dengan kejam.....selesai..kemudian , aku mendapat perintah agar membantu Puteri Mas Nyawa, yakni Puteri Gunung Ledang  menaikkan semula kerajaannya dengan beberapa syarat.... Tu sebab dulu, G.Ledang kalau buat pelik pelik ja kat sana boleh kena sawan la, rasuk la, gila la..... sekarang?.... nak bogel ka, nak beromen ka...semua boleh dah kat atas nu haa..... bagai di kata lah......

Selang beberapa Tahun, Sang sultan pula sudah Tua.... Di titahkan aku masuk mengadap melalui perutusan baginda, aku yang kat rumah sedang main ps2, tak pasal pasal kena masuk bilik berbaring kejap..... zuup... dalam 3 saat sahaja , aku dah berada di kawasan istana, aku masuk masjid istana dulu, nama masjid itu ialah masjid tiang 1000, tiangnya banyak sungguh, kita solat, kiri kanan kita ada tiang.... dan selanjutnya macam tu juga... tiap orang dipisahkan oleh tiang... Ya ..aku suka solat kat dalam masjid tu..sunyi..dan dingin sekali...

Selesai solat sunat, aku memasuki istana dan mengadap.... " Dato panglima, selama ini beta amat kagum dengan kamu, berbudi pekerti, setia, tegas dan paling penting kamu beta lihat pandai mengatur, bagaimana jika kamu cuba mengaturkan negara, beta rasa... mungkin kamu mampu" hah..... biaq betoi ni.... aku khayal ka apa...tak..aku rasa pipi aku merah menyala.... muka aku penuh darah, kalu hiris sikit, pasti darah bersembur macam air paip..sure punya lah.... " ba...ba...bagaimana tengku patik yang begini boleh memerintah negara, patik hanya mampu memerintah tentera sahaja bukan negara, lagi pula.. bagaimana boleh caranya patik memerintah ", hahaha...nak tolak, tapi mau...gila kuasa juga aku ya..... Sang sultan tersenyum seraya berkata " mahukah kamu mengahwini Puteri Beta Puteri Purnama Bulan...?"    Haaa..terpacul perkataan tu di bibir aku, lantas aku mengadap sembah..ampun tengku...tidak selayaknya patik pacal hina ini memperisterikan anakanda tengku...." ..... tangan sembah aku di dahi terasa di pegang , Sang sultan memegang tangah sembahan ku keduanya dan berkata " kamu bukan hina, kamu bukan pacal, kamu manusia umat muhammad, manusia nyata yang Allah swt keruniakan akal dan fikiran, Kamu adalah Khalifah pemimpin kami, bukan kami yang memimpin kamu, jaga akidah kamu semasa berbicara dengan beta "..... nah..terasa kata kata itu menampar kuat , deras ... amat mendalam sekali kata kata itu... seorang sultan Alam bunian Yang mempunyai 72 tanah Jajahan menegur dengan menyedarkan aku siapa kah khalifah Allah itu.... lantas aku memberanikan diri ku untuk bertanya 1 soalan yang memang dah lama ingin ku tanya..........

" Tengku..... jika tidak keberatan menjawab soalan patik.... bangsa tengku sebenarnya manusia atau Jin?" , terlihat kelopak mata berwajah jambang itu merah namun sayu.... beliau menceritakan semuanya dari asal Zaman nabi Muhammad sehingga era Sekarang serta sebab musabab mengapa mereka di hilangkan dari pandangan mata manusia nyata lainnya..dan bagaimana pula boleh ada pecahan bangsa bangsa seperti Banjar, Bugis, Jawa, Arab dan sebagainya... kesimpulannya..mereka ialah manusia ..sama seperti kita, cuma mereka ghoib di dalam 1 dimensi di antara alam manusia dan alam jin....  bila mereka ghoib dari asal kejadian mereka manusia nyata, status mereka sebagai khalifah telah tercabut namun mereka tetap diberikan beberapa kelebihan di antara waktu dan ruang...kehebatan Allah dan KeadilanNYA ke atas semua makhluk... mereka ada di alam kita, tinggal bersama kita... namun peredaran masa mereka cukup perlahan.... Sebaliknya di alam kita, pergerakan mereka amat laju sehingga tidak terlihat mata kasar.... anda nampak batu yang di baling?.... dan anda nampakkah sebutir peluru yang baru dibedil keluar melayang?.... ya..itulah perbezaannya mereka dengan kita......

Selesai sudah majlis 40 hari 40 malam..... " Anakanda, perintahkanlah negara ini dengan adil dan saksama, jadilah suami yang baik, soleh , jadilah Sultan yang baik kepada rakyat, rajin mendengar dan melihat kesusahan rakyat, ayahanda dan 3 guru akan berangkat ke Mekah serta tinggal di sana menghabiskan sisa hidup yang masih berbaki di dalam ibadah , Ingat pesan ayahanda ", " Ya insyallah "...... selesainya berbicara, pintu kubah istana terbuka perlahan lahan, terlihat 3 guru dan ayanhanda mertua melayang naik ke atas dan zuuuppp. hilang dari pandangan.......

Dari sana lah, bermulanya Tok Mat mengendalikan urusan urusan mistik , tarik batu , tarik duit, tapi banyak rahsianya yang perlu Tok jaga.... bukan boleh main tarik depan mata orang..itu sulap..mainan Jin,..Tok tak suka mainan Jin... 

Perjanjian kami.... " kanda diberikan peluang beristeri di alam kanda seorang sahaja, namun jika ada terlintas di hati ingin menambah isteri , insyallah... yang pertama di alam sana tidak akan kekal.... namun kanda akan dipertemukan dengan seorang Puteri yang sesat di alam sana kerana keinginan manusia...tandanya...puteri itu tidak boleh memakan rebung, tidak boleh memakan satay bercucuk buluh, jika tidak.. insyallah dia akan mati muntah darah....."..... perjanjian ini bertahun tok bawa... sehinggalah... ya sekarang... isteri tok memang tidak boleh makan rebung , tok pernah test... aku tarik daulat kau, kau tiada kuasa lagi menyumpah orang dan kata kata kau ibarat parang tumpul..benar... kurang 12 jam... seluruh tubuhnya menjadi kuning tidak bermaya, terketar ketar macam kena letrik 2000wat... tok tarik balik kata kata tu..kang jadi apa apa naya saja...


Sehingga ke hari ini... Rahsia ini tetap tok simpan... memang la kat sini tok cerita... tapi bukan kesemuanya...kalau cerita..blogger terpaksa buka platform baru kot.... Ni cerita dongeng Tok la...jangan percaya tau... buat buat hiburan sudah lah.... namun.. Ya... Kalau bab mistik bunian suruh junjung Quran pun Tok sanggup.... inilah yang Tok hadapi..bukan khayalan, bukan imaginasi... Namun dalam mencari ilmu, nauzubillah hi minzalik.... dugaan toksah ceritalah......Sekarang Tok lihat banyak orang boleh terawangan juga, boleh ke alam bunian juga..tapi sahih ke tu alam bunian.. ke alam jin yang menyerupa bunian...haa..sendiri mau pikir lah.... kawin dengan Jin tapi bulat bulat percaya kawin dengan bunian.... tak caya..semasa bulan ngambang penuh.... panggil la isteri kome tu datang..sure kalau jin nampak ekornya...mereka tidak boleh menyembunyikan ekor mereka semasa bulan mengambang penuh, ingatlah, syaitan juga berekor... nah..adakah jin sama dengan syaitan... manakala syaitan pula bukan nama bangsa, tapi nama kepada makhluk yang bekerja dengan Iblis.... kadang2 manusia pun sama... pesal la perangai kau macan setan...haaa... org tak cakap perangai mcm jin... tp org sebut setan, kerana perkataan syaitan itu merujuk kepada makhluk yang jahat, dan makhluk itu ialah satu perkataan yang umum.


Anggap sahaja semua cerita di atas ialah dongengan semata mata dan sekadar hiburan.... saja membebal pepagi ni

-------------------------------------------------------


Tasik Linggui..... 5 Bulan yang lepas......................

Raja emir berkata " Tengku%$^* .... nanti 13 ramadhan... pergi ke gunung ledang ya, jika tiada apa apa, 12 syawal nanti pergilah lagi ke Ledang... "  ini apa yang disampaikan sebelum  kita semua tahu KIAMAT KECIL bakal berlaku 15 ramadhan, insyallah.... sahabat sahabat semua... segeralah bawak anak isteri ke tanah tinggi...tinggalkan dahulu apa yang boleh ditinggalkan....Malas nak ulas banyak banyak.

Nabi Muhammad berpesan, Bila ketika terjadinya Kiamat kecil ini, maka tutuplah semua lubang rumah kamu dan berdoalah : " " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus " ( Ayat ni amik dari sebuah blog, tapi tok sendiri pun lupa apa ayat sebenarnya dan tak pasti pula...lupa dah )

Apa pun tak salah dan rugi anda membawa anak bini anda ke tempat tinggi minggu depan hari khamis kan?( paling lewat ).... anggap saja beriadah..insyallah.... kita tak tau..tapi kita diberikan petanda petanda dan akal untuk berfikir akan petanda petanda tersebut.


7/24/2012

MINYAK AGUNG TOK

MINYAK MULTIFUNGSI BERTAP EMAS RAMUAN TOK

Disapkan Setanggi bagi aktif

Bertap emas

Siap proses

Akar Sengalak

2 ml

Dalam Proses


Memasukkan minyak ke dalam bekas

Lihat Di sini :

http://geligabunian.blogspot.com/2012/07/minyak-bertap-emas.html


7/23/2012

KEBATINAN BISMILLAH

ILMU TIDAK BOLEH TENGGELAM 

Ini kalau rasa rasa tak mau tenggelam dalam air, walau duduk dalam kapal besar, dan kapal itu hendak karam , insyallah tidak akan jadi karam selagi kita ( pembawa HAQ bismillah ) ada di dalam kapal besar itu.

Cara cara :

Ambil wudhuk

Solat Taubat dan hajat 4 rakaat

Sebaiknya puasa sunat dahulu selama 3 hari dimulai hari selasa, rabu dan khamis, malam khamisnya jangan tidur sehingga ke subuh jumaat, semasa berjaga ini amalkan zikir zikir dan solat sunat lainnya.

Bacakan :



4444 Kali


MESTILAH DALAM KEADAAN :


- Berwuduk
- Tidak berganjak Punggung
- Tiada orang panggil
- Tidak gementar
- Tidak boleh sangap / menguap
- Tidak boleh berkhayal