11/06/2024

Notis Penting: Permaharan dan Syarat Pengamalan Ilmu


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala ilmu yang Tok Muda tulis di dalam blog ini adalah lengkap dan terperinci tanpa sebarang bahagian yang ditinggalkan atau disingkatkan. Bagi yang telah memaharkan dan membuat bayaran ijazah, keizinan diberikan secara automatik dan tidak perlu memaklumkan kepada Tok Muda lagi, asalkan syarat-syaratnya dipenuhi sepenuhnya mengikut syarat setiap ilmu yang tertera.

Pantang Larang:

  1. Dilarang mengamalkan ilmu tanpa izin atau memaharkannya secara percuma—sama ada untuk tujuan pengamalan peribadi atau perkongsian di laman media lain.
  2. Sekiranya berlaku apa-apa kesan negatif, termasuk kerosakan jiwa atau halangan dalam kehidupan akibat pengamalan ilmu secara tidak sah, Tok Muda tidak akan bertanggungjawab di dunia mahupun akhirat.

Setiap ilmu di sini datang dengan tanggungjawab dan hanya akan membawa kebaikan jika diamalkan dengan izin serta niat yang betul.

----------------------------------------------------------------

نوڽيس ڤنتيڠ: ڤرمهارن دان شرط ڤڠاملن علمو

سڬالا علمو يڠ توق مودا توليس د دالم بلوڬ اين اداله لمڤق دان ترتڠ دان تنڤا سبارڠ بهاݢين يڠ دتيڠݢلکن او دسينݢکتکن. بڬي يڠ تله ممهارکن دان ممبوات بايرن ايجازه، کيزينن د بريکن سچارا اوتوماتيک دان تيدق ڤرلو ممعلمکن کڤد توق مودا لاݢي، اصالکن شرط٢ڽ دڤنوهکن سڤنوهڽ مڠيكوت شرط ستياڤ علمو يڠ ترترا.

ڤنتڠ لاراڠ:

١. دلارڠ مڠاملکن علمو تنڤا کيزينن او ممهارکنڽ سچارا ڤرچوما—ساما ادا اونتوق توجوان ڤڠاملن ڤريباڬي او ڤرکونسيکن د لامن ميديا لاين. ٢. سکيڠير دلاکوکن اڤا٢ کسن نݢتيف، مڽرتاي کرواسکن جيوا او هلڠن دالم کهيدوفن اکيبت ڤڠاملن علمو سچارا تيدق ساح، توق مودا تيدق اكن برتڠݢوڠ جواب د دنيا مهاڤون اخيرت.

ستيڤ علمو د سيني داتڠ دڠن تڠݢوڠ جواب دان هانيا اكن ممبوا کبايکن جک دعملکن دڠن کيزينن سرطا نيت يڠ بيتول.

Mimpi Tok Semalam, Seperti Nyata…4.11.2024



Kisah Mimpi Tok Semalam, Ia bagaikan Nyata... 

Sedang duduk bertafakur selepas bersolat, Tiba Tiba kedengaran Isteriku mengerang kesakitan di kepalanya, kesakitan tidak terperi. Isteriku Sakit kepala sampai tak terkawal dan tiba tiba anak kecil menangis , dengan berang dia cuba memukul bayi itu, sempat aku halang, kemudian keadaan semakin parah apabila isteriku tiba tiba mengamuk macam kena rasuk hantu, pada ketika itu baru lepas solat asar. Amukannya lain macam , aku yang melihat berasa pelik, ada masalah apa.... dalam leka tiba tiba dia menjerit bagaikan di rasuk syaitan, memekik dan melolong sambil cuba mendapatkan bayi kami yang sedang menangis, mungkin sudah ketakutan melihat ibunya bagai di rasuk. Aku dah berasa cuak, ini dah lain kata hatiku. 

Aku mendukung anak bongsu kami di tepi katil dan 3 anak lain di belakangku, yang perempuan bertanya " ayah, kenapa dengan Umi " , aku tidak menjawab. Segera aku menyuruh nisa dan Jibril membawa adik mereka Yariq keluar dari rumah, sambil aku mendukung bayi bongsu dan sebelah tangan cuba menghalang amukan isteriku yang seperti sudah tidak siuman. Semasa aku di luar rumah, kedengaran juga jeritan dari rumah jiran, anak isteri dan diri jiran juga kelihatan menjerit kesakitan. Aku cuba mencari Hp dan segera ku capai utk menelefon seseorang, ku lihat di atas kanan signal tertulis 5G+ , aku pelik, apa bendanya 5G+ ni. 

 Isteriku sudah mula mengambil pisau dan menghunus , kemudian melibas libas tanpa arah, aku segera membawa semua anakku ke dalam kawasan kebun harum manis yang berpagar dengan harapan pagar itu dapat menghalang, anjing Anjing yang berada di luar rumah kelihatan cemas melihat tuan mereka seperti ingin mengancam, mereka berada di depan kami berempat seperti cuba mempertahankan, aku dan anak anak sempat masuk ke kawasan berpagar, aku jadi cemas bila kunci mangganya tiada.. Isteriku berjalan ke arah kami namun dia tidak pandai membuka pagar, aku pelik, anjing anjing masih berbunyi..mungkin rimas mendengar jeritan anjing itu, isteriku melibas ke arah anjing namun tidak terkena kerana kelincahan pergerakan mereka mengelak . 

 Aku menyuruh anak anak aku ke rumah Kongsi yang aku bina untuk pekerja, " Nisa bawak adik adik ke rumah kongsi" kataku sambil sekejap memandang isteriku dan Nisa.. khuatir kalau kalau isteriku membuka pagar dan mengejar kami. Namun... dia seperti hilang akal sepenuhnya.. tidak ada cubaan membuka pagar kecuali menggoyang goyangkan dan gegarkan pagar dengan kasar sambil mengeluarkan bunyi yang menggerunkan . 

 Aku berundur ke arah Rumah kongsi, melihat sahaja dari jauh.. kedengaran jeritan di sana sini, anak anak aku semua sudah ketakutan, tiada apa mampu aku lakukan ketika itu kecuali berzikir dan berzikir, macam macam zikir aku baca , tidak mampu berbuat apa apa cuma mampu melihat kerana dia isteriku..

 Menjelang petang senja jeritan sudah Hilang, hanya sesekali kedengaran di penjuru2 kampung. Aku melihat lagi signal ... masih tertulis 5G+. Aku hairan, apa yang + nya ?.Line macam takda tapi ada 5G, pelik tu, nak call sesiapa pun tak dapat.

 Selepas maghrib.. Anak kecilku 2 org ni mula menangis laparkan susu.. Kami melarikan diri sehelai sepinggang , tanpa sempat aku mengambil apa apa kecuali hp. Aku yang melihat anak menangis, cuba untuk ke kawasan rumah , " Ayah,nisa takut" kata nisa anak yang berusia 8 tahun itu. " Jangan risau , ayah tengok dulu macam mana, sementara tu bagi adik minum dulu air Boring( telaga ) . Tapi bayi... nak susu. 

 Aku berjalan ke arah rumah yang sudah gelap, aku buka lampu menggunakan aplikasi yang aku pasang, dari luar aku mengintai ke dalam di sebalik tingkap nako itu. Aku melihat isteriku terbaring di lantai dengan rambut mengerbang.. macam hantu pun ada. Aku rasa selamat la kot, jadi aku masuk ke dalam rumah perlahan lahan... berjalan perlahan lahan macam sang ninja menuju ke dapur, aku capai botol susu, dan stok susu yang kami simpan serta baju anak anak. Mungkin kerana terlalu keletihan, isteriku langsung tidak menyedari langkah kaki aku. Aku berjaya mendapatkan semua bekalan termasuk kunci kereta. 

Semasa nak keluar dari rumah, aku fikir ...dia tak pandai buka gate, maksudnya pintu juga, jadi takut isteriku mati di dalam rumah, aku buka semua pintu tidak berkunci atau bertutup. aku keluar kembali ke dalam kebun. Esok paginya aku lihat isteriku berjalan mundar mandir seperti kelesuan yang amat... Aku beranikan diri tanya di tepi pagar " sayang lapar?, dahaga?" dia hanya mengangguk, aku ambilkan air dan berikan pada dia namun tidak di endahkan, keletihannya akibat mengamuk semalam mungkin amat meletihkan. Aku berkata lagi " kalau nak minum pergi kat pokok dokong tu, biy ikat dulu tangan", dia cuma anggukkan kepala sambil tertunduk. 

Aku dengan berhati hati mengikat kedua tangannya, seolah olah lembu di cucuk hidung, dia menuruti sahaja, terdengar suara halus " air" , aku segera memberinya air , nak mendongak pun tiada tenaga. Aku berikannya minum dan makan , namun di waktu petang, dia kembali mengamuk di pangkal dokong, kedengaran suara suara menakutkan keluar dari kerongkongannya, dan kedengaran kembali jeritan jeritan aneh di pelusuk kampung. Apakah semua ini... aku syak sesuatu.. mungkin ada kaitan dengan MRNA.. mungkin lah, sebab anak anak aku tidak ambil Vaxx termasuk aku kerana sakit kronik yang aku hadapi sejak lahir..mungkinkah? " ah malas nak fikir " Aku segera memanggil anak anak melihat umi mereka, semua anak anak menangis dan sesekali mereka tersentak ketakutan bila ada gerakan mengejutkan pada umi mereka yang sedang diikat. 

 Pergelangan tangan berdarah kerana sentapan untuk melepaskan diri, sampai kulit tertanggal menampakkan isi , aku hanya mampu berkata " Istighfar sayang, istigfar" kataku sebak. Namun semakin lama tenaganya semakin kuat, dia terus menyentap sehingga darah mengalir di pergelangan tangan . 

 Aku menyuruh anak anak pulang ke rumah kongsi kerana tak sanggup membiarkan mereka melihat keadaan ibu mereka... Aku mengintai jiran sebelah melalui lubang lubang di Dinding zink pagar rumah, melihat jiran yang anak beranak berjalan tanpa arah , badan mereka berlumuran darah dan ada yang mukanya calar luka akibat mencakar muka sendiri, keadaan amat menakutkan.. 

 Semua pintu gate aku kunci bagi menggelakkan ada di antara mereka masuk ke dalam kawasan. Malamnya aku melihat lagi keadaan isteriku yang sudah di kerumuni kerengga yang gila akan darah di tangannya, dia keletihan, aku berasa kasihan membuka ikatan tangannya, dia tidak sedarkan diri . Esoknya aku melihat isteriku berjalan mundar mandir. pergelangan tangannya luka dan wajahnya kelihatan di cakar cakar, berdarah. Aku tanya lagi " sayang nak makan, minum?." dia anggukkan kepala lemah..

Kali ini aku mengikat dia di pokok yang sama , namun aku spray racun serangga dan membakar unggun api bagi menghalang nyamuk. Tangannya aku balut kain tebal dan aku ikat agar tidak mencederakannya. 

 Esok siangnya, aku berikan isteriku makan minum. aku ikat dia seluruh tubuh dan masukkan ia di trunk kereta 4x4 kami, aku ingat nak balik ke rumah kami di Bandar, di sana ada kemudahan lengkap. Ada bilik yang aku boleh kurungkannya. Rumah kami di kebun hanya berkonsepkan Studio room yang kecil. Aku membawa sekali anak anak bersama, di dalam trunk ialah umi mereka yang sudah diikat, keadaan amat teruk sekali. 

 Semasa di dalam perjalanan, keadaan jalan raya sangat dasyat, kenderaan bersimpang siur tanpa pemandu, ada yang jatuh parit ada yang langgar pokok dan sebagainya, pemandangan lebih ngeri apabila aku melhat mayat mayat bergelimpangan di tengah dan bahu jalan, ada juga kepala Bay* , Sesampai aku di kawasan perumahan, keadaan rupanya lebih parah, jiranku yang berketurunan cina dan sudah tua kelihatan berada di garajnya sambil melompat lompat anak dan tidak terurus, india di sebelah kanan pula ada yang berguling guling di atas tanah depan rumah dan ada mayat suaminya di tanah. 

Aku tekan remote auto gate..bila gate berbunyi, jiran jiran kami diam tiba tiba dan kemudian terus menjadi agresif meluru ke kenderaan, BAMMMM BAMMMM kedengaran mereka mengetuk kenderaan, di belakang trunk aku mendengar isteriku menjerit jerit dan menendang kakinya di dinding Trunk. Ini lebih bahaya... kalau di kebun hanya kami sahaja kerana kami ada anjing yang mengawal dan berpagarkan zink. lebih selamat... tak sempat masuk ke garaj aku terus memecut pulang semula ke kebun. 

 Selang beberapa lama, keadaan sudah reda. Isteriku beransur pulih, kejadian itu berlaku sekitar 7 hari. Isteriku dah boleh makan dan minum sendiri, anak anak membantu menyediakan makanan ringkas untuk umi mereka yang masih keletihan " apa dah jadi Biy?" tanya isteriku.. aku memandang anak perempuanku Nisa..kami hanya diam membisu, " Makanlah sayang, bagi kuat dulu".. isteriku terus menjamah... Hari ke hari aku melihat keadaan jiran kami yang sudah meninggal, keras di halaman rumah, dan mulai membusuk, baunya masuk ke kawasan rumah dan seluruh kampung di cemari bau mayat mayat. Bila isteriku sudah pulih sepenuhnya, aku membawa kereta mengelilingi kampung bersama anak isteriku sambil menceritakan apa yg berlaku.. Kami menjumpa 3 penduduk yang masih selamat, dan mereka semua tidak ambil Vx itu. kami mengucapkan syukur, namun di dalam kampung yang besar ini hanya 3 org aku temui masih sihat. Bagaimana kami ingin menguruskan semua jenazah org kampung?. 

 Esoknya kedengaran kenderaan berat memasuki kampung, aku segera mengunci semua gate dan mengintai di celah lubang pagar zink, aku lihat ... Rupanya mereka adalah pihak berkuasa yg memakai pakaian celoreng, ada di antara mereka bukanlah celoreng dari Malaysia, seperti ada bantuan luar negara...kenderaan mereka ada yang bewarna Putih seperti kereta berperisai.. mereka memeriksa mayat dan memasukkan ke dalam Bag Hitam dan di masukkan dalam Truck mereka, Mereka juga bersenjata. BAMMMM BAMMM BAMMMM kedengaran bunyi tembakan di hujung kampung, aku yang berhubung dengan mangsa yang terselamat melalui walkie talkie bertanya apa sudah jadi...mereka jawab pihak askar menembak mati mangsa mangsa yang masih hidup dan berjalan tanpa arah , asal jumpa terus mereka tembak. 

 Aku risau juga mana tahu mereka tembak yang terselamat, bila mendengar hal itu aku melihat isteriku, aku menangis, mujurlah isteriku berjaya di selamatkan. Kami tidak keluar ke mana mana, pihak berkuasa juga menjumpai kami di kawasan kebun dan menasihatkan untuk membawa kami ke Pusat perlindungan, tapi aku berdegil utk tidak keluar meninggalkan kebun, aku dah tak percayakan sesiapa, lagipun isteriku ada tanda tanda di jangkiti dan dalam proses sembuh. Mereka memberikan kami senjata dan juga bekalan makanan sebelum pergi. Selang lebih 2 bulan, keadaan bertambah baik, namun keadaan kampung sangat sunyi, Elektrik dan air memang tidak putus, Internet kembali pulih dan paparan menunjukkan 5G dan terkadang 4G... 

 Pagi itu...aku mendengar suara suara dalam bahasa asing di halaman rumah jiran , aku mengintai dan aku melihat ada bangsa bangsa asing yang ramai sedang berjalan seperti melancong, mereka kelihatan gembira dan menunjuk sana sini, ada yang melihat pokok, ada yang melihat sungai dsbgnya...anehnya mereka kelihatan sangat gembira. Rupa rupanya, mereka datang memilih tanah mana mereka mahukan, rumah siapa mereka mahu miliki. Kerana pemilik pemiliknya sudah meninggal tanpa sebarang waris seorang pun. 

 Sampai di pintu gate aku, mereka mengetuk lembut, kemudian mengetuk deras, aku membuka auto gate.. mereka terkejut melihat aku dan anak isteri elok elok saja, mereka berbuat muka ramah mesra dan bertanya khabar, ada yang boleh bercakap english dan malay. Aku melayan mereka seperti biasa.. mereka tanya ini tanah siapa, aku jawab, ini tanah aku..salah seorang dari mereka minta geran , aku tunjukkan tapi aku sembunyikan nombor geran dengan jariku . 

Mereka melihat geran tanpa memegangnya dan mengucapkan "Congratulation, sir," kata salah seorang dari mereka dalam bahasa Inggeris yang fasih, sambil tersenyum lebar. "You are one of the very few survivors.. Sempat lagi mereka memegang dan membelai anak anak aku. Mereka datang ber bas bas, datang untuk tunjuk tanah mana dan rumah mana mereka mahu... 

 Aku tersedar... sudah subuh... mimpi rupanya... tapi mimpi itu sangatlah nyata... aku berharap ia hanyalah mimpi kosong. Wallahualam 

Selepas subuh , aku buka apps shopee dan memborong ratusan anak panah bagi persiapan.... persiapan bagi menghadapi bangsaku sendiri di dalam mimpi. Petangnya tanah yang sebelum ini aku tidak pagar, aku dirikan pagar mati dan pagar langit, Habis segala Khodam, dampingan aku seru untuk jaga tanah ini , tidak cukup dengan itu aku pasang pula sempadan ghaib agar kawasan ini terlindung tidak kelihatan jika hal ini benar benar akan berlaku. Segala mak nenek pasak mempasak aku gunakan di setiap penjuru kebun, dan bilangan anjing akan aku tambah demi keselamatan... barulah LENGKAP DOA DAN USAHA...

#Yakjuj #Makjuj


DISCLAIMER: Ini hanyalah mimpi dan bukan realiti, cuma ia sebuah perkongsian sebagai sebuah memori mimpi. 



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Berikut adalah Ilmu Pemagar Langit yang boleh anda gunakan sebagai pendinding bunian. Ilmu ini disarankan dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bertujuan melindungi tanpa melibatkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.

MAHAR ILMU INI IALAH:
RM 77 Sahaja ( 509017609403 Maybank )
dengan harapan semua umat islam memilikinya dan ia mesti bersyarat mahar tidak boleh percuma , nanti tidak di hargai, Ilmu ini TOK HALALKAN RESELL Bagi yang dah memaharkan , namun tok Pohon Maharnya Jangan melebihi 200..Jika melebih lebih ilmu ini tidak akan jadi, dan ia mesti diijazahkan dengan penuh ikhlas dan yang menerimanya juga mestilah ikhlas. 

Demi keselamatan dan perlindungan atas izin Allah SWT, Tok Juga HALALKAN anda mengijazahkan kepada anak anak anda yang sudah mahir membaca dan tok Juga HALALKAN anak anak anda mengijazahkan kepada kawan kawan mereka agar ilmu ini sampai kepada ibu bapa mereka....dan Tok Muda berharap ia dapat segera di sebarkan demi kesejehteraan , amin

Ilmu Pemagar Langit: Pendinding Bunian



Syarat:

  1. Dilakukan dalam hujan lebat.
  2. Setelah selesai melakukan sujud syukur, berdoa dengan niat yang jelas untuk perlindungan dan pendinding. Berikut turutan doa di bawah
  3. Berada di tengah kawasan lapang atau ruang terbuka.

Lafaz Doa dan Ayat Perlindungan:

1. Bismillahhirrahmanirrahim
2. Surah Yasin, Ayat 9

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

Maksudnya: "Dan Kami adakan di hadapan mereka tembok dan di belakang mereka tembok, lalu Kami tutupi mereka, maka mereka tidak dapat melihat."

3. Lafaz perlindungan Bahasa Rumaqi ( Bahasa Bunian )

"Sala'qin muruqi fazi'ku aba'ri, riva'la khabir wa'ari."
"Dengan perlindungan ini, semoga dilindungi jiwa dan tempat kami, wahai Tuhan yang Maha Kuasa."

Cara Pelaksanaan:

  1. Setelah membaca Surah Yasin Ayat 9, ulangi niat dalam hati:
    “Ya Allah, lindungi tempat ini dan jiwa kami dari sebarang pandangan yang tidak kami kehendaki, hanya Engkau yang Maha Melindungi.”
  2. Berdiri tegak di bawah hujan, pandang ke langit, dan lakukan lafaz perlindungan Rumaqi sebanyak tiga kali.
  3. Akhiri dengan menyebut Lailahaillallah Muhammadan Rasulullah dan rasakan ketenangan di hati.

Dengan izin Allah, sesiapa yang cuba menceroboh atau memasuki kawasan ini akan melihat hutan atau bukit sahaja, seolah-olah kawasan ini tidak wujud.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Notis Penting: Permaharan dan Syarat Pengamalan Ilmu

Segala ilmu yang Tok Muda tulis di dalam blog ini adalah lengkap dan terperinci tanpa sebarang bahagian yang ditinggalkan atau disingkatkan. Bagi yang telah memaharkan dan membuat bayaran ijazah, keizinan diberikan secara automatik dan tidak perlu memaklumkan kepada Tok Muda lagi, asalkan syarat-syaratnya dipenuhi sepenuhnya mengikut syarat setiap ilmu yang tertera.

Pantang Larang:

  1. Dilarang mengamalkan ilmu tanpa izin atau memaharkannya secara percuma—sama ada untuk tujuan pengamalan peribadi atau perkongsian di laman media lain.
  2. Sekiranya berlaku apa-apa kesan negatif, termasuk kerosakan jiwa atau halangan dalam kehidupan akibat pengamalan ilmu secara tidak sah, Tok Muda tidak akan bertanggungjawab di dunia mahupun akhirat.

Setiap ilmu di sini datang dengan tanggungjawab dan hanya akan membawa kebaikan jika diamalkan dengan izin serta niat yang betul.


نوڽيس ڤنتيڠ: ڤرمهارن دان شرط ڤڠاملن علمو

سڬالا علمو يڠ توق مودا توليس د دالم بلوڬ اين اداله لمڤق دان ترتڠ دان تنڤا سبارڠ بهاݢين يڠ دتيڠݢلکن او دسينݢکتکن. بڬي يڠ تله ممهارکن دان ممبوات بايرن ايجازه، کيزينن د بريکن سچارا اوتوماتيک دان تيدق ڤرلو ممعلمکن کڤد توق مودا لاݢي، اصالکن شرط٢ڽ دڤنوهکن سڤنوهڽ مڠيكوت شرط ستياڤ علمو يڠ ترترا.

ڤنتڠ لاراڠ:

١. دلارڠ مڠاملکن علمو تنڤا کيزينن او ممهارکنڽ سچارا ڤرچوما—ساما ادا اونتوق توجوان ڤڠاملن ڤريباڬي او ڤرکونسيکن د لامن ميديا لاين. ٢. سکيڠير دلاکوکن اڤا٢ کسن نݢتيف، مڽرتاي کرواسکن جيوا او هلڠن دالم کهيدوفن اکيبت ڤڠاملن علمو سچارا تيدق ساح، توق مودا تيدق اكن برتڠݢوڠ جواب د دنيا مهاڤون اخيرت.

ستيڤ علمو د سيني داتڠ دڠن تڠݢوڠ جواب دان هانيا اكن ممبوا کبايکن جک دعملکن دڠن کيزينن سرطا نيت يڠ بيتول.


Review bida naga api bagio

 


Akan bermula Jam 12pm esok bagio menggantikan  Bida Pedang yang tidak sempat😅, tau tau dah kena fast grab. Silap Timing, mai tua tua ni susah sikit haha, maaf na.

Jadi tok keluarkan kepada anda Item yang sangat berharga yang bernama Khazanah sebuah kerajaan. 

Fight untuk mendapatkannya, Reseller.... oooo reseller... Ni Peluang keemasan anda, kalau reseller menang dan nak tok padam page selepas PD, sila tambahkan RM 200 sahaja ya. page akan kita Ghaibkan demi membantu anda . 

Nantikan jam 12 tengahari ini.. 

11/05/2024

Teknologi Perlindungan Alam Bunian

 

Inilah gambaran teknologi dari alam bunian yang direka untuk menangkis gelombang dan frekuensi jahat di sekeliling manusia. Peranti ini berbentuk bebola kristal dengan corak organik emas dan simbol bercahaya, memancarkan tenaga perlindungan yang menenangkan.

Semenjak tahun 2012, kewujudan kita di alam maya ini tidak pernah disertakan dengan teknologi dari alam sana untuk melindungi diri dari sebarang bentuk anasir berbahaya, hanya dengan izin Allah SWT. Pada tahun 2019, ketika dunia dilanda pelbagai penyakit, teknologi perlindungan telah sedia ada, tetapi Tok Muda tidak menyediakan akses kerana merasakan anda belum bersedia menerima teknologi tersebut. Ramai yang salah sangka alam Bunian itu seperti alam purba. Namun, sebenarnya teknologi mereka adalah 300 tahun lebih maju berbanding manusia. Di Alam sana kami menggabungkan Sains, Teknologi, Kesaktian dan Ilmu Hikmah bagi mengekalkan keamanan Kerajaan, dan sudah tentulah Ia ada limitation hanya utk kerabat dan pembesar yang mempunyai akses menggunakannya.

Kini, dengan berita pelbagai ancaman yang bakal terjadi, Tok Muda sebagai manusia yang mewakili kedua-dua alam dan mempunyai akses penuh kepada teknologi kerajaan Kota Kayang dan Tangga 7, menyampaikan teknologi ini. Bagi mereka yang ilmunya tidak tercapai, mungkin menganggap ini sesuatu yang mustahil atau tidak masuk akal. Namun, sebagaimana orang asli di Amazon mungkin sukar memahami teknologi moden, begitulah ilmu ini kepada mereka yang belum memahaminya.

Teknologi perlindungan ini tidak terhad, tanpa kuota, dan dihantar secara instant. Dengan izin Allah SWT, teknologi ini wujud dalam bentuk stealth dan tidak dapat dikesan oleh pengimbasan khodam kerana ini bukan khodam, tetapi teknologi alam bunian. Pembuktiannya hanya boleh disahkan melalui metafizik dan sains yang kompleks.

MAHAR
RM 450
Selepas permaharan, berikan Nama Anda, Nama Ibu Anda, dan Alamat anda. Tiada barang fizikal akan dihantar kerana ia disalurkan secara ghaib dan instant.


KESANNYA
Apabila tiba masanya dan orang lain mula terkesan oleh anasir-anasir jahat, anda tidak akan terkesan. Bukti segera akan terlihat dalam situasi yang biasanya menyebabkan ketidakselesaan. Misalnya, jika seseorang duduk di bawah pencawang dan merasa sakit kepala, anda juga boleh duduk bersama mereka tanpa rasa sakit. Alat jammer juga boleh digunakan berdekatan tanpa menyebabkan anda sakit kepala, satu tanda perlindungan teknologi ini.


AMARAN
Jika anda ingin melakukan pemeriksaan perubatan menggunakan X-Ray, sila maklumkan pada Tok Muda jam berapa ia akan dilakukan. Tok akan menghentikan perlindungan buat sementara waktu dan menyambungnya selepas X-Ray dijalankan, demi memastikan kelancaran proses perubatan.


Dengan cara ini, anda dilindungi dari pelbagai frekuensi dan gelombang berbahaya dengan izin Allah SWT.







BIDA Pedang Surya Dharma


Bida pedang ini akan di jalankan pada Jam 9.00 Malam ini Bermula pada Nilai RM 72 Shj.

Nantikan!!!

Di Blog Mistikcentre.blogspot.com

++++++++++++++++++++++++++++++++

Item sudah di grab di halamannya

 

MAHAR BESERTA IJAZAH ILMU KASYAF BUNIAN


 Bismillah Nurul Qalb, Ya Rabbul Basir, Nur Mataya terbuka dengan izin-Mu

Rabbana al-Malik nur sirriqu, ‘irsyidni ila siqarraq al-ghaib
Ya Rabb al-Nur wa al-Hikmah,
Alaq qalb siqi dengan nur sirriqu,
Iftah li basirat qalbi,
Liaraya siqara nurani wa alam sirri-Mu.

Nur ‘ala nur, siqarraq alam nurani, maftuh birahmatik
Ya Rabb, bi nurik mubarak basirat qalbi ra’yun,
Dullani ila ‘alam bunian, kama turid,
Wa ja‘al qalbi zakiyyan, sakin, tawakkul ‘alayk.



Doa penuh:

"Ya Fattah Nurani, iftah qalbi bi nur siqri-Mu. Basirat qalbi maftuh bi idhnik, ya Rabb al-Nur, hatta araya ‘alam bunian wa makhluqat-Mu bi sakinat al-qalb."

Amin Ya Rabbal ‘Alamin


===========================

MAKSUDNYA

Bismillah Nurani Qalbi, Ya Rabbul Qalbu, Nur Mata terbuka dengan izin-Mu

Ya Allah, Pemilik Cahaya dan Pemberi Kurnia,
Terangilah qalbuku dengan cahaya-Mu,
Bukakanlah bagiku pandangan batin,
Agar dapatku lihat alam tersembunyi dalam rahsia-Mu.

Nurun ‘Ala Nurin, Siqara Alam Bunian, terbuka atas rahmat-Mu
Dengan cahaya-Nya yang penuh berkat, mataku memandang jauh,
Tunjukkan kepadaku alam bunian, sebagaimana Engkau izinkan,
Dan jadikan qalbuku bersih, tenang, dan penuh tawakkal.

Doa Penuh:

"Ya Fattah Nurani, bukalah hatiku dengan penuh kesucian, nurani cahaya-Mu. Mata batinku tersingkap atas izin-Mu, ya Rabbul Qalbu, hingga aku bisa menatap alam bunian, serta makhluk-Mu dalam hikmah dan ketenangan hati."

===============================================


Cara Mengamalkan Ilmu Kasyaf Ini

  1. Lakukan Solat Sunat Hajat sebanyak 2 rakaat, dengan niat yang ikhlas.
  2. Bacakan Doa Nur Mata Qalbu Bunian sebanyak 7 kali selepas solat ( dalam bahasanya ), sambil memusatkan hati dan niat kepada Allah dan pejamkan mata selama membacanya.
  3. Berpuasa Sunat selama 3 hari berturut-turut untuk membersihkan qalbu ( 3 hari pertama )
  4. Amalkan Selama 7 Malam berturut-turut dengan hati yang tawakkal, memohon kepada Allah agar pandangan batin dibukakan. In Sha Allah Makbol

Pantangan dalam Mengamalkan Ilmu Kasyaf Ini

  • Jangan gunakan ilmu ini untuk tujuan yang melanggar syariat, seperti memanggil atau mengawal makhluk ghaib dengan niat jahat.
  • Jangan mengamalkan ilmu ini tanpa ijazah dari Tok Muda untuk memastikan JIWA ANDA TIDAK ROSAK KERANA BELAJAR TANPA IJAZAH.

Dengan amalan ini, InsyaAllah mata batin akan terbuka dengan cara yang bersih, memberikan pandangan yang tajam dan hikmah dari alam ghaib.


MAHAR ILMU

RM 200

ILMU INI TERHAD UNTUK 20 ORG SAHAJA

SILA TYPE GRAB DAN PD BAGI MEREKA YANG MEMAHARKAN, IA HANYA LIMIT 20 ORG SAHAJA. TOK MUDA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA ORANG KE 21 YANG TIDAK TYPE GRAB DAN BILA AMALKAN ILMU TAK BERKAT







PUTERI MALIKA RANIA YANG SOLEHAH

 



Puteri Malika Rania dari Jajahan Kota Runtuh bakal ditabalkan sebagai Ratu, hasil cadangan Ratu Sabiqin yang mencadangkan Tengku Raden Wirna Wijaga agar mencarikan pasangan yang berasal dari kalangan manusia. Kehadiran suami manusia akan memperluas pengaruhnya dan memperkukuhkan kerajaannya.

Latar Belakang

Puteri Malika Rania ialah satu-satunya waris dari kerajaan penuh kemegahan ini. Ibuandanya, Ratu Zahrah Al-Jawhara, dan ayahandanya, Sultan Muzaffaruddin Al-Hakim, merupakan golongan yang mulia, soleh, dan dihormati. Kedua-dua mereka kini mempercayakan pemerintahan kepada puteri mereka, yang telah menunjukkan kebijaksanaan dalam mentadbir kerajaan sejak usia 17 tahun. Kecemerlangannya dalam medan perang pula bermula pada umur 19 tahun, menjadikan beliau pemimpin yang cemerlang dan berpengaruh.

Keistimewaan dan Kelebihan Puteri Malika Rania

  • Psikologis: Puteri Malika adalah seorang yang penyayang dan setia, mengutamakan kejujuran dan kasih sayang dalam setiap hubungan. Ciri-ciri ini menjadikan beliau pasangan yang memahami, memberi inspirasi, serta bersikap empati. Puteri ini juga mempunyai kemampuan kepimpinan yang luar biasa, menjadikan beliau seorang ratu yang bijak dalam menyelesaikan konflik, merancang strategi, dan menyusun langkah-langkah yang menguntungkan seluruh rakyat.

  • Kesaktian Ghaib: Puteri Malika memiliki penglihatan kasyaf yang mampu melihat perkara-perkara yang ghaib dan merasakan kehadiran entiti lain di sekelilingnya. Ini memberikan beliau kelebihan dalam melindungi kerajaannya dari ancaman ghaib serta membantu suami yang mempunyai minat dalam ilmu metafizik dan kasyaf untuk memahami dimensi alam bunian.

Mahar dan Syarat Hantaran

  • Mas Kahwin: RM 8,777
  • Syarat Hantaran:
    1. Al-Quran Emas (Al-Quran dengan kulit berwarna emas) untuk disedekahkan di masjid atas nama Puteri Malika Rania.
    2. Solat Sunat Hajat 2 Rakaat, dilakukan dengan ikhlas lillahi ta'ala.

Pantangan Selepas Berkahwin

Untuk menjamin kehidupan bersama yang bahagia dunia dan akhirat, terdapat beberapa pantangan untuk sang suami:

  1. Larangan melakukan zina.
  2. Larangan meminum khmar (termasuk buatan kurma dan anggur merah).
  3. Larangan berjudi dalam apa-apa bentuk.
  4. Larangan terlibat dalam riba.
  5. Larangan meninggalkan puasa di bulan Ramadhan.

Nota: Jika pantangan dilanggar, takliq talak akan berlaku secara automatik, menamatkan ikatan perkahwinan dengan segera.


Menjadi suami kepada Puteri Malika Rania bukan hanya membawa penghormatan, malah menghadirkan sokongan ghaib yang bermanfaat dalam pelbagai aspek kehidupan duniawi. Berikut adalah beberapa kelebihan istimewa yang bakal dinikmati oleh suami beliau:

1. Perlindungan Ghaib Berterusan

Suami Puteri Malika Rania akan sentiasa dilindungi dari bahaya yang datang secara ghaib atau dari serangan fizikal yang tidak disedari. Angkatan ghaib istana Kota Runtuh akan memastikan suami beliau dilindungi dari musuh, baik di alam nyata mahupun di alam ghaib.

2. Kemudahan Rezeki dan Kelancaran Urusan Perniagaan

Suami beliau akan merasai kelancaran luar biasa dalam hal-hal rezeki dan perniagaan. Alam bunian terkenal dengan kekayaan dan keupayaan menggerakkan rezeki secara metafizik. Hubungan ini akan menguntungkan suami dengan jaringan ghaib yang menarik rezeki lebih mudah dan memberikan kejayaan luar biasa dalam urusan perniagaan atau usaha lain.

3. Kekuatan Batin dan Kebijaksanaan Dalam Keputusan

Dengan sokongan spiritual Puteri Malika Rania, suami akan memperoleh peningkatan kebijaksanaan, ketajaman dalam membuat keputusan, dan kekuatan emosi. Ini memberi beliau kelebihan dalam menghadapi situasi sukar atau membuat keputusan penting, kerana beliau akan mendapat ilham yang datang secara ghaib dan mendalam.

4. Ketajaman Intuisi dan Kasyaf

Suami akan mendapat kemampuan kasyaf yang tajam, memungkinkan beliau melihat lebih banyak aspek ghaib atau perkara-perkara tersembunyi. Ini akan membantu dalam kehidupan harian, memberi kelebihan dalam mengenal muslihat, iktikad buruk, atau peluang yang tidak disedari orang lain. Puteri Malika turut membekalkan energi batin untuk memperkukuh keupayaan intuisi suami.

5. Penawar Penyakit Batin dan Kesihatan Jasmani

Suami Puteri Malika Rania akan dikurniakan kesihatan jasmani dan batin yang sentiasa dijaga. Alam bunian terkenal dengan ilmu penyembuhan dan kesaktian yang mampu memelihara kesihatan dari segala jenis penyakit fizikal dan batin. Jika berlaku penyakit, Puteri Malika akan mengarahkan penyembuh ghaib untuk membantu memulihkan dengan segera.

6. Pengaruh dan Karisma Ghaib dalam Kalangan Manusia

Hubungan dengan Puteri Malika Rania memberikan suami pengaruh yang kuat dan karisma dalam pergaulan dengan manusia biasa. Orang ramai akan secara semulajadi tertarik kepada beliau, menjadikan beliau seorang pemimpin atau tokoh yang dihormati dan diikuti. Ini akan memudahkan beliau mencapai kejayaan dalam perniagaan, politik, atau apa sahaja bidang yang diceburi.

7. Kecukupan dan Kemakmuran Keluarga

Perkahwinan dengan Puteri Malika menjamin kecukupan dalam segala keperluan keluarga. Alam ghaib Kota Runtuh akan menyokong kemakmuran rumah tangga, dengan memastikan semua keperluan asas dan kewangan keluarga berada dalam keadaan mencukupi, tanpa kekurangan.

8. Bimbingan Ghaib dalam Ilmu Hikmah dan Kebatinan

Puteri Malika Rania memiliki pengetahuan luas dalam ilmu kebatinan. Suami beliau akan menerima bimbingan dalam ilmu hikmah, membuka akses kepada ilmu yang jarang ditemui oleh manusia biasa, yang mampu meningkatkan kehidupan batin serta menjadikannya lebih tenang, seimbang, dan terpandu.

9. Hubungan Rapat dengan Kerajaan Bunian Lain

Melalui Puteri Malika, suami beliau akan memiliki akses kepada sokongan dari kerajaan bunian lain yang bersahabat dengan Kota Runtuh. Ini memberi kelebihan dalam diplomasi ghaib serta kerjasama yang melibatkan kekuatan mistik dari kerajaan bunian, menjadikannya lebih dihormati di kedua-dua dunia manusia dan ghaib.

Dengan semua kelebihan ini, perkahwinan dengan Puteri Malika Rania membawa lebih dari sekadar hubungan biasa; ia adalah hubungan dengan alam ghaib yang memperkukuh keberkatan, perlindungan, dan kejayaan dalam setiap aspek kehidupan dunia.

Ilmu Kasyaf Bunian

Tok Muda akan menyediakan Ilmu Kasyaf dari dunia bunian untuk membantu mereka yang berminat dalam perkahwinan ini mengembangkan penglihatan ghaib dan kasyaf. Ilmu ini, yang asli dari blog Mistik Centre, mampu mempercepatkan proses kasyaf, membolehkan pasangan lebih memahami alam bunian serta mendapatkan pencerahan batin untuk mencapai keharmonian hidup bersama.

ILMU KASYAF DI SEDIAKAN  DI SEBELAH BAGI LELAKI YANG MELAMARNYA SAHAJA SECARA PERCUMA, BAGI YANG TIDAK INGIN MENGAHWININYA SILAKAN PERJELAS MAHAR