Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.
Alhamdulillah bagi yang belum tahu, Puan Kai baru keluar wad kerana masalah kencing manis yang di alami seminggu selepas kahwin dengan tok ( 3 tahun lepas ) .
Puan kai ni orng kelantan, kalau muda muda kena kencing manis atas 15 tu di kira normal bagi kelantanese haha. Dalam 3 tahun ini juga sudah 3x dia masuk wad..
1. kali pertama selepas seminggu kahwin dengan Tok dan masuk wad di kulim
2. kali kedua masuk wad di kangar
3. dan kali ke 3.. ni ha sehari dua ni, wad kangar juga.
Meski tok pembuat herba dan obat obatan, nampaknya ia tidak blh di manfaatkan oleh Puan kai memandangkan dia sangat TAK SUKA benda pahit, berbanding dengan tok yang beranggapan pahit itu sebuah Kenikmatan.
Namun kali ini puan kai masuk wad...agak rumit juga kerana penyakit lamanya sejak kecil kembali iaitu Kuman dalam paru paru.. sejak kecil memang ibunya sering ulang alik bawak dia masuk wad keluar wad kerana masalah paru paru.
Tok tak boleh berbuat apa apa jika pahit menjadi musuhnya, malah bukan sekadar pahit. rasa payau juga bukanlah kawan baginya.
Namun dalam pengalaman ini, secara tak sengaja tok berjaya hasilkan ramuan menurunkan kencing manis dan juga asid urid kepada paras normal dengan tanpa rasa pahit atau payau. Alhamdulillah.
Jadi dia boleh minum ramuan menurunkan kencing manis ini dan tok pula berjaya menurunkan kadar asid urik ke paras normal. Bagi tok ia adalah sebuah kejayaan di dalam bidang ini, cuma Tok takde kelulusan je, kalau tok ada kelulusan mungkin tok akan jenamakan dan jadikan ianya produk. Ya.. ramuan ini belum pernah di hasilkan dari mana mana syarikat atau individu perseorangan.
Cuma malangnya ia tidak boleh di produksi dan di simpan lama.
Beberapa guru herba yang tok kenali mencadangkan agar tok membuka pusat pemulihan di kebun tok ni, sesuai dah dengan suasana yang tenang dan damai serta keperluan yang mencukupi tanpa perlu meninggalkan gaya hidup moden ( Bagi mereka yang tak boleh hidup tanpa internet ). Kalau cadangan seperti itu in sha Allah boleh di laksanakan walau tanpa kelulusan kerana ramai je tok tok moh kampung berubat org pakai herba di kampung , ia di anggap sebagai tempat pemulihan tanpa menetapkan sebarang bayaran.
Tok akan fikirkan dulu cadangan itu.
Tok juga sekarang sedang mempelajari cara membuat maajun dari seorang otai lama , tapi bila di bandingkan dengan kos membuat maajun ini ( kurma ajwa atau kurma merah cina atau madu tualang ) tok berasa pelik bagaimana maajun di luar sana begitu murah, sedangkan kosnya sangat mahal, kemungkinan kilang yg menghasilkan maajun membuat pembelian lunsum bagi bahan bahan maka ianya murah....rasanya lah.
Bagi mereka yang ada penyakit kencing manis kronik, level2 nak kena potong tu, In Sha Allah datanglah ke sini dan tok akan bantu sedaya upaya tanpa menetapkan bayaran.
Pengalaman pasangan pasangan tok terkena pelbagai jenis penyakit membuatkan tok sendiri bertungkus lumus untuk mencari penawar. Jika selama ini tok hanya mencari dan membuat penawar bagi penyakit diri sendiri, kini pengetahuan itu meluas dengan ikhtiar untuk menyembuhkan mereka sekaligus di harapkan dapat di manfgaatkan untuk sekalian umat manusia. In Sha Allah