SAHABAT

Tuesday, November 5, 2024

SOSOK PUTERI BALQIS

 

Sosok ini tok buat seharian sehingga dapat menepati 99% menyerupai Puteri Balqis yang Kini Permaisuri Balqis ( Rambut asalnya hitam semua )

Kali terakhir Tok Muda berjumpa dengannya ialah di sebuah peristiwa untuk membantu sekumpulan jemaah Mistik dari Selatan Tanah Air untuk mengeluarkan zakat mereka. 

Dengan Bantuan seorang lagi guru yang menjaga kawasan Rawang Temple Park, setelah mendapat keizinan darinya tok muda di hantar ke alam sebelah untuk menyelesaikan urusan zakat mereka. Kita hormati kawasan orang.

Semasa nak melakukan ritual, guru ini memandang Tok muda dan berkata, " ada seorang perempuan menunggu di sana, Kalau kamu ikut dia, kamu tidak akan balik lagi"

Tok cuma membalas " Ya saya tau siapa dia, memang dah lama dia menantikan saya di sana, cuma saya yang belum bersedia untuk tinggal di sana " ( mikirkan anak isteri di sini )

Setelah ritual berakhir dia membawa tok ke Trek Jogging di atas sekali ada kawasan tadahan air, Kami di sana dan kemudian berpatah kembali, masa patah balik tu lah, tok sedar saja sudah sampai di sana. 






Di sebalik keriuhan kompang dan org yang sudah sediakan jamuan bagi menjemput dan meraikan, di hujung sana terlihat sebuah kenderaan Seperti limousin dan keluar Puteri Balqis tersenyum, namun tok cuma gelengkan kepala. dan dia tertunduk sayu.. hati tok berasa sayu juga, namun apakan daya pada ketika itu tok bawak amanah orang dan kedua tok memikirkan nasib anak isteri tok sekiranya tok tidak kembali. 

Jika memikirkan kepentingan diri, dah lama tok tak balik, tapi demi anak anak.. tok menolak ajakan Puteri Balqis. 

Puteri ini pernah membantu Tok muda semasa kali pertama di Hantar Broker ke Singapore untuk bekerja, Masa tu tahun 2009. Sampai sana malam,  broker sing belum sampai, tok dah sejam lebih menunggu di depan hotel Orchid 81 Lor 13 Geylang, Tak silap Orchid 81 namanya dah lupa sebab lama. Pada ketika tu tok dah panik kalau sudah tertipu, tok call police singapore tapi dorang suruh tok tunggu dulu. Akibat terlalu lapar, tok tidak tahu nak beli di mana, masa tu dah jam 11malam.  dah masuk hampir 3 jam menunggu. Tok sangat dahaga dan lapar.....masa tu lah dia datang secara nyata ...rasanya...sebab ia jelas , cuma seperti org lain saja tak nampak, namun apa yang nyata, di riba tok ada air dan beberapa biji roti dan nasi.. tok sempat melihat dia duduk di sebelah tok dan menangis dan berkata " kenapalah kanda berserah sehingga begini sekali , kan di sana ( alam bunian ) kanda mampu kecapi kemewahan", dia menangis tidak berbunyi, senyap namun air matanya berlinangan, tok hanya diam..tidak membalas kerana takut di katakan gila oleh mereka yang lalu lalang. 

Dia menemani Tok sehingga pakcik cina bangunan sebelah keluar buat senaman taichi, ertinya masa tu dah jam 5am. Tok menonton pakcik cina tu taichi bersama Puteri Balqis... Sambil memegang bungkusan nasi dan makan. Air yang habis terus berganti sehingga tok kenyang. Tok sengaja duduk di depan pakcik tu mana tau dia nampak... tapi uncle cina tu pun x kasyaf. Dia terus taichi tanpa pedulikan Tok.. Jam 7am barulah Broker datang, itupun sebab nak briefing bebudak yang dah lama masuk kerja di depan hotel tersebut. Masa di sapa Cina Broker tu barulah dia menghilang, Masa org dah tiada hampir jam 3am, kami sempat berbual lama, Memang terasa seperti org gila lah sebab kita bercakap dengan Isteri yang org lain tidak nampak. Dah bosan sangat , layan juga dia bercakap.

Sampai ke hari ini Kami hanya berjumpa secara Terawangan sahaja. Sebenarnya Tok dah jadi takut nak ke hutan Tebal kerana dia dah berikrar pada tahun 2022 ( bosan tgk tok kawin lagi kot πŸ˜‹) akan ambil tok secara paksa jika tok masuk ke hutan tebal. Hutan tebal ni contohnya di Titiwangsa ke, Gerik ke dll. 

Ikutkan masa... sebenarnya masa tok dah pun tiba, tapi tok cuba bertahan dengan menggelakkan kawasan kawasan yang "merbahaya" , senang kata tok larikan diri dari di ambil Permaisuri Balqis ke sana, Jenis dia...tekad... 

Halaman ini akan tok simpan selamanya , kerana nak dapat gambar ni seharian tok adjust. 

Bagi mereka yang ada isteri Bunian atau dewi... percayalah..1 masa anda akan jumpa juga secara nyata.



 Situasi tok jumpa dia adalah di kala tok susah dulu... sampai terpaksa kerja sebagai House keeping di sana berjawatan House Man. Mop Lantai dari tkt 6 sampai G Floor, lap lif, tadah air dalam baldi di dalam jamban duduk... hahah, itulah cara pantas ambil air, masuk baldi dalam jamban duduk, dan flush, air penuh sekelip mata. Hangpa ingat tok ni mai mai dah senang ka?. Gaji masa tu 900 SGD sahaja..

 Tapi tok kerja tak lama, Ada Hamba Allah selamatkan Tok dan Majukan Tok sebagai seorang Perawat di sana, Kawan lama. 3 bulan tok di sana sebelum pulang dengan seguni wang, terima kasih kepada Mat Saleh dan cina di Kawasan Siglap kerana tak lokek nak bayar SGD 4000-6000, juga kepada Murid Yang ada di Sengkang yang banyak Membantu ketika itu, kawan kawan di Bedok dan Tampines Serta Simie...penat duduk sing ni..buka mata je , duit... nak ke MRT kena jalan berblok bangunan, orang kaya saja naik kereta, di  Malaysia semua org kaya sebab Plat Hitam Hahaha..kemudian... 

Dari Situlah ada modal tok menyambung penggembaraan Merata Negara mencari guru menambahkan Ilmu. Gelaran Pertama Tok dapat dari Guru Bintulu Ialah Pawang Bukit Salak... masa tu dari Bukit Saban Sehingga ke Miri Nama ini Memang Tersohor di kalangan Isteri2 yang suami ada skandal, Janda Gila MB, Anak ikut Janda, Suami Ikut Janda dsbgnya... Last Janda Ngurat, tok Blah masuk Hutan Jadi Surveyor Seorang Kenamaan yg UP Sikit dari Gelaran Dato kerana kemahiran tok mencari emas dan arang Batu ...


 Masa Tu Meletup kes Taib Mahmud dan Balak, kami cabut keluar hutan dan Di Miri tok dapat peluang keemasan, Tapi tok tolak sampaikan ayah tok kata Tok Bodo Hahahaa... Sebab?.. Tok nak di nikahkan dengan 1 anak Dato ( sebab dia tau kemahiran tok) tapi kerana syaratnya tok tak boleh balik semenanjung lagi..maka tok tolak. Sebab apa... Ya..sebab tok pikir anak isteri.. 

Masa tu tok dapat payment besar jugaklah..boleh beli 5 biji Lancer cash jumlahnya, Cuma nasib tok tak berapa baik lagi ketika itu, tok kembali susah , gara gara TERLALU PERCAYAKAN ORG ( masa tu kes projek maintenance pelabuhan di Sg Rengit, Teluk Rumania ). After 1 year barulah Naik Blog GB, dan inilah Diri tok sehingga kini.. 2012-2024 ....12 tahun

Semoga Kisah Ini memberi Inspirasi kepada anda di dalam Dunia Mistik dan menghadapi dunia penuh pancaroba.

Dunia bukan selamanya Senang

Dan Bukan selamanya merana

Takdir manusia berubah setiap 7 tahun sekali.

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Tok Ayah.. Leo suka baca kisah2 Tok Ayah.. Baik disini (alam nyata) mahupun disana.. Semoga Tok Ayah & keluarga dirahmati, diberkati serta sihat walafiat selalu hendakNYA.. Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal aalamiin.. 🀲🏻

    ReplyDelete
  2. Novel senagaj tok gantung sebab ada1 ep last je lagi hehehe. Sebelum nak masuk ke session 2. jadi semua harap bersabar. Tok nak kena selesaikan kerja kebun yang tertangguh dulu.kejap jeaa

    ReplyDelete
  3. Haa.. Yeke Ayah? Baik Tok Ayah.. Leo tunggu episodnya nanti.. πŸ˜ΈπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  4. Maksud tok ayah...nnt dia hadir nyata cuma pada kita sahaja atau orang lain pun boleh nmpk juga?

    ReplyDelete