11/08/2024

Khutbah Jumaat: Perpaduan dan Perjuangan Fi Sabilillah




الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Hari ini, kita berkumpul di sini dalam rumah Allah dengan satu tujuan yang mulia, iaitu memperteguhkan iman, meningkatkan ukhwah, dan menyemarakkan semangat perjuangan kita untuk mempertahankan agama Islam yang suci. Islam adalah agama yang penuh dengan kemuliaan, agama yang dibangunkan atas dasar perpaduan, kasih sayang, dan perjuangan yang ikhlas di jalan Allah.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali 'Imran, ayat 103 

 "وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا"

 Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai

Ayat ini adalah peringatan kepada kita untuk bersatu dalam mempertahankan agama yang kita cintai ini. Perpaduan adalah benteng yang kukuh. Dengan perpaduan, kita akan menjadi umat yang tidak mudah dihina, tidak mudah diperkotak-katikkan, dan tidak mudah direndahkan oleh mana-mana pihak

Rasulullah SAW bersabda: "مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ بِالْغَزْوِ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنَ النِّفَاقِ"

 Maksudnya: Barangsiapa yang mati, sedangkan ia belum pernah berperang atau pun tidak pernah terlintas di hatinya keinginan untuk berperang di jalan Allah, maka ia mati dalam satu cabang kemunafikan


   ?Apakah kita rela dihina, direndahkan, dan dikalahkan

Apakah kita rela melihat agama ini diserang, dipijak-pijak oleh          mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya

   ,Sidang Jumaat yang mulia

Perjuangan kita bukan hanya di medan perang, tetapi setiap hari kita berdiri sebagai benteng untuk agama ini. Setiap Muslim adalah pejuang yang wajib mempertahankan maruah Islam, memperteguhkan ukhwah sesama kita, dan menghadang apa sahaja yang cuba merosakkan kesucian agama ini. Jika kita kehilangan semangat juang, maka kita telah membuka ruang kepada musuh untuk melemahkan kita dari dalam

الحمد لله حمدًا طيبًا مباركًا فيه، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Ingatlah, kita semua bertanggungjawab mempertahankan kemuliaan agama ini. Islam adalah agama yang benar, penuh kemuliaan, dan harus kita bela dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan biarkan perpecahan melemahkan kita, kerana perpecahan adalah senjata paling ampuh untuk memusnahkan kekuatan umat. Maka, marilah kita bersatu, bahu-membahu dalam memperjuangkan kebenaran ini.

Rasulullah SAW bersabda

 مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّىMaksudnya: Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta, dan kelembutan mereka adalah seperti satu tubuh; jika salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh turut merasakan sakitnya


Marilah kita jadikan kesatuan ini sebagai benteng yang tidak dapat dihancurkan oleh sesiapa. Kita adalah satu tubuh. Jika ada antara kita yang menderita, kita semua akan merasakannya. Jika agama ini dihina, maka kita semua mesti bangkit mempertahankannya

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 216: "كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ"

 Maksudnya: "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu; dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui


Allah telah memerintahkan kita berjuang, meskipun hati mungkin terasa berat. Kita perlu bangkit, memperbaiki kekuatan iman, meningkatkan semangat juang dan menjadikan hati kita kukuh seperti baja, tidak gentar terhadap sesiapa pun yang cuba .merosakkan Islam
.



,Sidang Jumaat sekalian


Marilah kita kembali kepada perpaduan yang sejati, menjaga dan membela agama ini dengan seluruh kemampuan kita. Jangan biarkan diri kita menjadi lemah dan lalai, kerana setiap jiwa kita adalah benteng untuk Islam. Jadilah pejuang yang sejati, jadilah perisai yang kuat, dan jadikan hidup ini sebagai persembahan yang berharga di jalan Allah

Ya Allah, kuatkanlah semangat juang kami, jadikanlah kami umat yang bersatu, yang sanggup mempertahankan agama-Mu dari segala ancaman dan kemusnahan. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan untuk membela kemuliaan Islam di dunia ini, sehingga kami kembali kepada-Mu dengan kemenangan yang sejati.

آمين يا رب العالمين

No comments:

Post a Comment