TOK MAT LIFE & SECRET
Shyeeeeettttttt.............. Oi...bangun , Apa ni, dah pukul 9 pagi dah niii... Ayam pun dah berjalan jalan daaaaah.... Bangun, bangun..... Sapa Tokwan aku yang sedang senyum melihat aku masih berselimut....
Aku bangun, mandi dan sarapan ....sedap betul maktok aku masak walau bihun kering heheheh... maktok, ishan tak mai ka ( sepupu aku ), " dak lagi, sat g mai la tu, dia pagi pagi selalu mai hantaq lauk "...erm.... elok la tu, cek nak keluaq sat ngan tokwan..... Maktok segera melihat aku... " nak p mana?..", heheheh... nak p kangaq sat..tokwan ajak...haaa...tu nak p cari rokok la tu, tokwan hang apa yang loghat sangat tah, berapa kali aku pesan jangan isap rokok, nanti sakit jantung kata maktok aku......... isk.. jangan dok syirik sangat aih orang tua ni, ada pulak isap rokok boleh kena sakit jantung.... sakit tu kan Allah yang bagi...sapa tokwan aku muka serius tapi nakal.... hahaha... aku ketawa dalam hati saja la...
Sampai ke kangar, bagai di kata lah, tokwan suruh aku belikan dia rokok dunhill sekotak, sambil menyalakan sebatang rokok, baki selebihnya dia bagi kat kawan dia pak mail, sambil bual bual, entah aku rasa dia bual pun sebab nak hisap rokok... yup..memang tak meleset jangkaanku, sebab habis saja tokwan hisap rokok dia terus ajak aku balik rumah ...... kemudian kami terus ke pasar cari ikan dan sayuran untuk makanan pada hari tersebut......
Itulah rutin hari hari aku dan tokwan serta maktok sehinggalah aku sambung belajar di Perak.. Pada suatu hari, ayah menelefon agar aku segera pulang ke Perlis sebab tokwan sedang gering di hospital....... ternganga sekejap mendengar berita tersebut, segera aku pack barang aku seringkasnya sambil mata berlinangan, lect tanya pun aku buat pekak, biarlah dia sendiri faham apa yang buat aku kalut sangat nak balik pada hari tu, dengan duit dalam poket ada Rm 20, aku bergegas naik bas dari titi gantong ke ipoh... terus berjalan kaki melintas jalan menuju ke stesen keretapi.... alhamdulillah dapat juga tempat duduk walau kelas 3..... Lama jugak lah naik keretapi ni nak sampai Perlis nu, aku cuma berharap 1 sahaja.. biarlah aku sempat walau hanya beberapa minit bertemu dengan tokwan... sepanjang dalam keretapi, aku sebak, teringatkan kata kata tokwan dan beberapa ilmu kunci yang beliau ajarkan kepada aku semasa aku menjaganya dulu.... salah 1 pesanannya yang aku ingat sampai ke hari ini... Buat baik dengan orang, hormat orang, baru orang hormat kita, ilmu yang ada pergunakan di jalan yang baik dan wajar... dan bermacam macam lagi pesanan tokwan...
Keretapi sampai jam 11 pagi, lama benar perjalanan sekitar 11 jam juga...bila la Malaysia ni nak ada keretapi peluru macam jepun... ni dok pakai keretapi zaman jepun lagi... Aku bergegas keluar dan kelihatan muka ayah aku yang ada di kawasan parking agak cemas.... cepat la sikit jalan tu,... eiiii lembut sungguh hang ni..... apa yang lembut entah la, aku berjalan dah gagah macam pahlawan dah haa....terus kami ke hospital kangar...
Aku bergegas masuk ke wad tempat tokwan ditempatkan, aku lihat maktok takda, mungkin rehat sebab menjaga tokwan semalaman, mama aku ada kat sebelah tokwan..... membisikkan kalimah syahadah... mataku terus dibanjiri air mata yang tidak henti henti, mama cakap... tokwan semalaman dok sebut nama aku dan nama ishan.... Ya Allah... lagi lah banjir mata aku ni.... aku pegang tangan tokwan yang sejuk dan kering.... wan..cek dah balik dah.. wan.... kedengaran nafas tokwan perlahan namun berombak di dada... masa tu aku sudah mempunyai beberapa ilmu yang sempat tokwan ajarkan, antaranya Keluar roh dr jasad ( Terawangan ) dan Ilmu Jati Ruh... aku gunakan ilmu Jati Ruh untuk cuba mendengar apa yang cuba di sampaikan jika ada nya pesanan dari tokwan... Terdengar bisikan suara tokwan " Ingat pesan tokwan, Jaga rukun, Solat jangan tinggal, Jaga maktok hang "......Dalam lubuk Jiwa yang mendalam aku menjawab " Insyallah wan, insyallah "....
Jam 4 pagi, ayah menelefon bahawa tokwan sudah kembali ke rahmatullah... aku gelabah, nak p hospital macam mana, nak naik motor, lampu rosak, kereta ayah bawak.... ayah pesan, esok pagi hang naik dengan abah mai sini, abah p ambik kat rumah, seingat akulah....
Abah menangis sambil bawa kereta, mama cuba mententeramkan, manakan tidak..bawak 120km/j dalam keadaan menangis, bawak anak anak... aku pula diam membisu....sesampainya kami, penuh orang di kawasan perkarangan rumah....
Mak aku dan mak sedara lainnya sibuk membaca Yassin, semua sepupu dah sampai, sepupu paling jauh tinggal di kuala selangor pun dah sampai... Aku menatap wajah arwah tokwan yang seolah aku lihat sedang tersenyum, Ya arwah seorang yang tak pernah tinggal solat jemaah di masjid 5 waktu sehari, walau pernah kena langgar kereta 2x semasa keluar dari masjid Batu 5 mengarah ke Kuala Perlis itu, beliau tetap nekad melakukan solat jemaah di masjid. Semasa mengangkat jenazah tokwan untuk dimandikan.... Ya Allah.. sungguh...ringan macam kapas, tak rasa berat sikit pun, macam boleh angkat 1 tangan saja, yang angkat pun bukan ramai sangat.
Alhamdulillah, segala galanya sudah selamat di sempurnakan, sepupu aku dari kuala selangor lulusan sekolah arab ku lihat sebak dan menangis membaca diari terakhir arwah, di kulit diari paling belakang, allahyarham tokwan menulis jawi " Hidup di dunia bukan selama lamanya", Bertarikh 3 hari sebelum tokwan meninggal dunia. Aku sebak....
Dalam masa 7 hari arwah meninggalkan kami dan semua orang, rahsia demi rahsia terbuka, rupa rupanya arwah tokwan ialah seorang Tok ayah /// yang mempunyai ramai anak buah, anak anak dia sendiri yang /// pun tak tahu yang ayah depa seorang tok ayah, betapa.... betapa rahsia itu terjaga dengan rapi, banyak juga rahsia rahsia lain yang diketahui , yang tinggal cuma 1 rahsia yang arwah pesan pada aku dan tiada sesiapa yang tahu....
Selepas beberapa hari ayah mengajak aku tabur kulit siput sungai berembang kat kubur tokwan, masa tu musim tengkujuh, air sawah sebelah penuh, tanah perkuburan pula lembab, semasa ayah aku sibuk sibuk menabur kulit siput, aku dapat lihat ada air bergenang bersama minyak, kelihatan semacam minyak dari tanah kubur tokwan, tanpa fikir panjang, entah mengapa tangan aku gatai sangat... hati pun membuak buak nak mengambil segenggam tanah berminyak tersebut.... aku ambil dan simpan dalam plastik..ayah pula ku lihat sibuk meratakan kulit siput....
Sesampainya ke rumah, bekas tanah tadi aku letakkan atas almari, kemudian terus aku lupa di mana ghoibnya kepulan tanah tersebut, selang 3 hari selepas itu, aku bermimpi di datangi tokwan, ku lihat tokwan berbaju jubah lengkap, ada selempang di bahunya, " jom shyet, kita p solat kat masjid" , aku lihat suasana nya tenang sekali walau kelihatan sesekali ada kenderaan lalu lalang, kami berjalan kaki menuju ke masjid, aku berkata " tok, kita tumpang ja la motor kereta yang dok lalu ni ", tokwan tersenyum " Jalan kaki pahala lagi banyak, tiap langkah dapat pahala ", aku diam.... sesampainya ke masjid, nak ambil wudhuk, tak da air paip, tokwan cakap ambil wudhuk dalam tempayan, air hujan suci ".... setakat tu saja mimpi aku... terus aku terjaga dan menangis... memang...pada ketika itu...aku lalai dalam mengerjakan solat.....
Selepas beberapa lama, aku mulai di datangi beberapa tua berjubah dan beserban.............
Di situlah bermulanya cerita Tok Mat Sebagai Seorang supernatural....hehe......
Sehingga ke hari ini, sudah beberapa tahun, aku sentiasa dikunjungi 3 orang berjubah dan beserban mengajarkan aku ilmu ilmu haq, ilmu kebatinan dan persilatan...bayangkan , jika aku memegang senjata baru, dari tak pandai main , aku boleh memainkan senjata berkenaan dalam masa kurang dari 3 jam dengan diajarkan oleh seorang dari mereka.....
Sehingga ke zaman sekarang.... baru kedengaran ilmu pukulan angin, terawangan @ meraga sukma, bercakap dengan alam ghoib, berkawan dengan bunian, ilmu aji tapak geni, batin tu dan batin ni dalam perguruan perguruan dan internet masa sekarang.... benda ni kecoh dan menjadi kejaran pengamal mistik bermula beberapa tahun lepas, sementara aku kejap terkejut dan kejap senyum, sebab terkejut, ilmu yang diajarkan kepada aku baru sekarang di war warkan, dan aku senyum sebab tengok orang sibuk sibuk bayar 2000-3000 nak ambik kitab ilmu ni semua,sementara benda tu dah ada tersemat baik di dada aku sejak sekian lama.... namun bukan aku riak..tidak..cuma aku kesal... zaman sekarang...ilmu dijual beli...gila.... sungguh sungguh gila.... manusia sekarang..pelahap duit.pelahap pengaruh.... dahagakan kuasa dan pangkat... memang gila..aku cukup benci dan menjadi semakin benci.....
Dari perjalanan guru ghoib, aku cuba mencari guru nyata yang boleh dapat membimbing aku , agar ilmu yang ku bawa tidak menjadi salah akidah... 3 Berjubah juga memesan kepadaku " kami cuma mengajarkan, yang manyatakan ialah guru sesama bangsamu dan yang menzahirkan ilmu itu ialah kamu sendiri wahai Yasir".
Di dalam pencarian mencari guru yang haq, hidupku penuh duka cita, penuh ranjau dan duri.... tiada kawan, tiada sahabat, semua yang ada cuma yang hendak mengambil kesempatan di atas kebolehan yang ku ada... merata merantau meninggalkan negeri kelahiranku jauh...
Tinggal jauh mencari Diri dan mencari Allah....rupa rupanya ada hampir dengan diriku.............
Assalamualaikum wbt.... assalamualaikum wbt.... assalamualaikum wbt.... ...ku dengar sudah 3x panggilan salam suara yang amat merdu, ayu dan mengasyikkan di hadapanku.... Waalaikum salam warah matullah .... perlahan lahan, kelopak mataku ku buka... uisk... kenapa susah sangat mahu terbuka.... bila sudah terbuka.... kelam dan samar samar... ya sudah 40 hari aku memejamkan mata , mana tak sukar membukanya kembali, haha..baru 40 hari..bukan 40 tahun, kalau 40 tahun aku ingat kelopak ni dah bercantum la kot...
Perlahan lahan ku buka, sedang nak buka tu... baru aku teringat, aku dalam hutan, atas bukit...pompuan mana pulak bagi salam... meremang juga ... tapi aku bukakan juga, di dalam cahaya bulan yang terang, aku lihat sesosok tubuh perempuan berpakaian kebaya putih, selendang putih nipis di atas sanggulnya, Di dahinya ada semacam mahkota yang mak andam pakai kan kat penganti perempuan, matanya bulat besar, hidungnya halus, bibirnya kecil menguntum senyum, mulut aku tiba tiba gatal bersuara " siapa kah gerangannya tuan hamba, dan bagaimana tuan hamba boleh berada di sini ", eh eh... sungguh, aku menutup mulut ku sendiri...macam mana aku boleh bercakap macam orang zaman melayu melaka nu...pelik.... " perempuan itu tersenyum dan berkata " insyallah , mari ikut saya, ada orang mahu berjumpa ", macam lembu di cucuk hidung, aku mengikut perempuan misteri itu ke arah yang dimaksudkan.
Tunggggggg, Tungggggggg, Tunggggggggggg.......... Kedengaran bunyi gong dipalukan, "kedatangan Puteri Purnama bulan ( bukan nama sebenar ) masuk mengadap ". Uish... besarnya istana...cantik sungguh, dikelilingi rumput hijau yang lembut, suasana tak dingin tak juga panas, di bawah bukit aku lihat , deretan rumah rumah kampung, sungguh..demi Allah...aku terpana... ni apesal tiba tiba jadi siang ni.....
Perempuan yang digelar Puteri ini tadi mengajak ku masuk ke dalam dan mengikut tiap langkahnya mengadap sembah.... aku dan puteri masuk , belok kanan terus jauh sana nampak ada seseorang di atas singgahsana, lantainya diperbuat dari batu coklat, dan dihamparkan permaidani Merah, kiri dan kanan ada berpuluh orang duduk memerhatikan kami, aku di belakang puteri kaku dan melihat dulu apa yang bakal dilakukan seterusnya....
Puteri melangkah kaki kanan 3 langkah ke hadapan dan duduk mengadap sembah, kemudian bangun, kaki kanan lagi , 3 langkah dan angkat sembah, bangun...kaki kanan lagi dan 3 langkah mengangkat sembah..dah...sampai dah puteri berdekatan orang atas singgahsana... aku yang kekok dan kaku, mengikuti saja pergerakan tadi perlahan lahan dan berhati hati, takut nanti salah orang kata kita takda adab pulak....
Sesampainya di kaki singgahsana, Ku lihat orang di atas singgahsana memakai baju kuning, bertanjak tinggi , tak ubah seperti sultan sultan kita, mukanya berjambang hitam namun tersenyum memandangku.... lalu ku dengar " anakanda, masuk ke dalam ya "... aku lihat puteri tersebut masih mengangkat sembah sambil berlalu ke satu pintu di belakang singgahsana..... lalu bermulalah dialog pertama aku dengan sang sultan.
" Siapa namamu ", Apa asalmu, Apa tujuanmu tinggal di bukit seorang diri ", aku menjawab dengan teratur sambil mata memandang ke bawah, takut untuk bertentang mata.... sungguh..aku takut... kemudian sang sultan memperkenalkan dirinya sebagai " Sultan Muhammad *^*^(*&*&& ) , pemerintah kerajaan %^%^$%^ di kawasan tersebut, mereka berbangsa bunian, berdarah manusia dari kalangan keturunan Bugis Kesultanan bugis Riau, dari kalangan ulama ulama, kemudian ku dengar Sultan mengucapkan 2 kalimah syahadah diiringi gema sahutan para pembesar lain lain yang ada di kiri kanan jalan masuk tadi.... Masyallah...Masyallah...Masyallah..... tiba tiba pula suara ku mengucapkan kalimah tersebut dan aku menangis kegembiraan.... Ya Allah... Besar sungguh KebesaranMU Ya Allah, Engkau maha Kaya menciptakan pelbagai makhluk di segenap penjuru Alam..... Sambil menadah tangan mengucapkan syukur.....Sungguh..aku mencari, belajar dan sanggup bertapa 40 hari tanpa makan minum , hanya memakan sebiji bertih sehari bukan untuk mencari ilmu Bongkak, ilmu riak....tapi aku ingin melihat kebesaran Allah taala itu..aku ingin MELIHAT...
Tengahari, aku di jemput makan bersama Sultan, anaknya sang puteri dan ketua dayang, makan di bawah, atas lantai, bukan atas meja macam orang kita makan... enak sungguh santapan tengahari, namun aku jaga adab juga, tak boleh sembarangan....Aihh.... kenapa puteri asyik menjeling kepada aku... dah..dada berdebar saja , duduk tak kena, minum tak kena..last last aku basuh tangan , dan duduk... menuggu sultan dan lain lain selesai makan... tiada sepatah kata pun yang terbit semasa mereka makan...begitu beradab sekali.....
Sultan mengajakku ke sebuah taman, ada 1 buaian, kolam kecil dan tumbuh tumbuhan renek, cantik cantik...macam kat cameron pulak aku rasa... beliau bertanya " kamu boleh ke sini hari hari bukan?....dengan ilmu yang di ajarkan keturunan kita pada kamu ",,...haaaaaa.. terkebil kebil lagi...keturunan?... " bagai mengetahui kebilanku itu, beliau menjawab " Ya, keturunan dan leluhur kita sama, kamu bugis, saya bugis , guru goib yang memimpin kamu bugis dan guru nyata kamu juga bugis, itulah kuncinya kamu berada di sini
".... Erm... entah lah, patik tidak diberitahu dari keturunan apakah kami tengku", beliau tersenyum... dan kemudian menunjukkan kepada aku satu pintu di taman " nah, pergilah ke situ, kamu akan terus berjumpa jalan pulang , nanti jangan lupa datang kembali, beta memerlukan kamu di sini , " aku dalam beradab, takut takut... angguk kepala " insyallah " dan berjalan menuju ke pintu yang dimaksudkan..... dah... aku dah di kawasan kaki bukit...dan berjalan menuju ke destinasiku dengan perasaan takjub sekali..aku bersyukur....
Paksu.... kita ni keturunan apa haa.... tanyaku kepada paksu yang memang suka korek rahsia sejarah keluarga, nak tanya kat ayah aku, takut kena soal macam macam pulak.... Paksu aku yang sedang memandu Gen2nya di Jalan serdang menuju ke Putrajaya berkata " uishhh shyettt, kita ni keturunan Bugis, moyang kita dulu pangkat pangkat Teuku ( tengku ), bukan main main, tapi disebabkan, depa dulu mai sini susah dan miskin, depa buang gelaran tu, kau ingat dak dalam buku sejarah tingkatan berapa tah, yang mengatakan semasa portugis nak menyerang kedah, tak boleh serang, sebab kubunya kuat..tapi last last... jatuh juga sebab ada 1 puak ni bagi jalan kat portugis , jalan rahsia ke istana kedah masa tu..sebab tu kedah jatuh.... depa buat perjanjian, kalau depa tolong, depa nak portugis bagi kedah kat depa dan depa naik jadi sultan kedah.... depa ni dulu kalau rompak tongkang, tak dan 5 minit..clear cek oii.... tapi tu lah bila dah serang, jadi kot lain pulak, kalau tak..la ni kita la sultan kedah hahaha..gelak sakan paksu aku, ...sebab tu keturunan kita kena halau dari kedah sampai ke narathiwat nu, tapi masa pecah kedah/perlis, keturunan kita banyak jadi pembesar dan panglima kepada anak angkat seorang raja masa tu yang memerintah Perlis sementara sebelum Raja sekarang Sultan Jamalulail di angkat naik oleh sultan kedah sebagai Raja Perlis.... tu sebab hang tengok, kubuq raja sementara ni ada kat kubuq kubuq keturunan kita, Makam dia saja yang ada kat situ, dan dari dulu sampai ke la ni, keturunan kita hak mana yang meninggal, akan di simpan di kawasan makam Raja tersebut, sebab jasa kita kat dia dululah dia nak semua leluhuq kita ada dengan dia, walau kubuq sekalipun.... tak percaya, kau p tengok kubuq tokwan hang, tengahnya kawasan perkuburan kg sarang lebah itu ialah makam anak raja yang pernah sekejap memerintah Perlis. Ya..memang aku tau... kasihan.. makam tu, kenapa kerajaan negeri tak ambil tahu langsung, pecah sana sini.. kenapa?....( ampun tuanku Sultan dan Raja kedah Perlis..ini semua cerita lama.. jangan dikenang lagi na ..tumpang lalu ,cerita keturunan ini diceritakan kepada kami mulut by mulut zaman berzaman, keturunan kami dah sampai merata negeri dan dunia dah )...
Selepas aku tahu serba sedikit tentang keturunan aku tu... aku selalu terawangan juga ( keluar ruh dr jasad @ perjalanan astral ), ke istana sultan tadi, mungkin sebab aku suka dengan suasana sana ..ke aku rindu dengan puteri kah kah kah.. tidak... tidak sesekali... aku tidak pernah merinduinya, perasaan itu ku buang jauh jauh kerana aku tahu apa saja yang ada di sanubari kita, mereka tahu... aku cuma mahu menjaga hubungan aku dan ayanhandanya saja..tidak lebih dari itu....
Tungggggg, Tungggg, Tungggg..... Tiada suara..macam biasalah..aku bukan sesiapa di sana.... seperti biasa, langkah ku susun, sembah ku junjung bukan beerti aku menyembah tapi aku hormat...itu sahaja...
Sang sultan tiba tiba bediri.... menghunuskan keris panjangnya ( sundang ), kerisnya ialah emas, hulu, sarung dan matanya emas mampat...ya... kecut perut aku, namun ku gagahkan sila agar tidak goyang.... " pada hari gemilang ini, beta..sultan *$^# melantik kamu ....nama aku... sebagai Panglima barisan Hadapan dengan gelaran Panglima $#@&".....tup.... hujung keris di letakkan di bahu kanan, kiri dan kananku dan kemudian diciumnya serta disimpankan di selit pinggang dalam sarung.... Terbeliak biji mataku.... hah..PANGLIMA... apa kehal nya dia lantik aku jadi panglima.... barisan hadapan pulak tu....mampos......
Ya... masih aku ingat, kelebihan ilmu terawangan ialah kita keluar roh sahaja ,bukan berjasad... kalau kena panah ka, tikam ka, mana jadi apa apa... dan roh adalah cahaya, cahaya yang amat berkuasa, yang hidup, di mana saja boleh menyelit..... aku masih ingat, ketika kami cuba menakhluk sebuah kerajaan, dengan lajunya aku menjerit kuat kepada 1 kalibat yang sedang bercucuk padi di bendang " MELUTUT KAU, MELUTUT !!!!!! ", namun seperti tidak diendahkan...... Zasssss.......!!!! pedang ku hayun, terpenggal kepala dari jasadnya, kejam dan sadis aku pada ketika itu, berlawanan dengan sikap aku di alam nyata.... di sana...aku kejam, aku tiada hati perut ( sehingga ke hari ini, aku masih sesal dengan kejadian tersebut ), masih aku ingat..pada tahun itu..terjadi perang besar sehinggakan alam nyata kita pun terkesan , awan awan di alam kita seperti bergegar, suasana yang panas tiba tiba bertukar menjadi hening dan kelam, namun bukan hujan... apa anda masih ingatkah..? ya..jika anda Alert dengan suasana sekitar.... Pada masa itu sebuah kerajaan lain ingin menyerang Ledang, sementara kerajaan Gunung tahan dan Gunung jerai pula ialah kuasa besar yang bertindak berkecuali, Kerajaan kami mulai campur tangan dengan cuba berunding agar Ledang tidak di serang.... Yang memerintah kerajaan tersebut ialah manusia macam aku juga, manusia yang punya ilmu terawangan juga, namanya Syed#@*& dan adiknya Sharifah Ayu. Beliau bersetuju tidak menyerang..... namun akhirnya aku mendapat perintah agar menyerang Ledang... nah.. apa pula... tadi suruh melindung..tapi lepas tu suruh serang pula... tanpa banyak soal... ledang kami perangi, kami siat bagai arnab, panglima dan hulubalangnya semua boleh bertukar menjadi harimau, kami siat dan lapah dengan kejam.....selesai..kemudian , aku mendapat perintah agar membantu Puteri Mas Nyawa, yakni Puteri Gunung Ledang menaikkan semula kerajaannya dengan beberapa syarat.... Tu sebab dulu, G.Ledang kalau buat pelik pelik ja kat sana boleh kena sawan la, rasuk la, gila la..... sekarang?.... nak bogel ka, nak beromen ka...semua boleh dah kat atas nu haa..... bagai di kata lah......
Selang beberapa Tahun, Sang sultan pula sudah Tua.... Di titahkan aku masuk mengadap melalui perutusan baginda, aku yang kat rumah sedang main ps2, tak pasal pasal kena masuk bilik berbaring kejap..... zuup... dalam 3 saat sahaja , aku dah berada di kawasan istana, aku masuk masjid istana dulu, nama masjid itu ialah masjid tiang 1000, tiangnya banyak sungguh, kita solat, kiri kanan kita ada tiang.... dan selanjutnya macam tu juga... tiap orang dipisahkan oleh tiang... Ya ..aku suka solat kat dalam masjid tu..sunyi..dan dingin sekali...
Selesai solat sunat, aku memasuki istana dan mengadap.... " Dato panglima, selama ini beta amat kagum dengan kamu, berbudi pekerti, setia, tegas dan paling penting kamu beta lihat pandai mengatur, bagaimana jika kamu cuba mengaturkan negara, beta rasa... mungkin kamu mampu" hah..... biaq betoi ni.... aku khayal ka apa...tak..aku rasa pipi aku merah menyala.... muka aku penuh darah, kalu hiris sikit, pasti darah bersembur macam air paip..sure punya lah.... " ba...ba...bagaimana tengku patik yang begini boleh memerintah negara, patik hanya mampu memerintah tentera sahaja bukan negara, lagi pula.. bagaimana boleh caranya patik memerintah ", hahaha...nak tolak, tapi mau...gila kuasa juga aku ya..... Sang sultan tersenyum seraya berkata " mahukah kamu mengahwini Puteri Beta Puteri Purnama Bulan...?" Haaa..terpacul perkataan tu di bibir aku, lantas aku mengadap sembah..ampun tengku...tidak selayaknya patik pacal hina ini memperisterikan anakanda tengku...." ..... tangan sembah aku di dahi terasa di pegang , Sang sultan memegang tangah sembahan ku keduanya dan berkata " kamu bukan hina, kamu bukan pacal, kamu manusia umat muhammad, manusia nyata yang Allah swt keruniakan akal dan fikiran, Kamu adalah Khalifah pemimpin kami, bukan kami yang memimpin kamu, jaga akidah kamu semasa berbicara dengan beta "..... nah..terasa kata kata itu menampar kuat , deras ... amat mendalam sekali kata kata itu... seorang sultan Alam bunian Yang mempunyai 72 tanah Jajahan menegur dengan menyedarkan aku siapa kah khalifah Allah itu.... lantas aku memberanikan diri ku untuk bertanya 1 soalan yang memang dah lama ingin ku tanya..........
" Tengku..... jika tidak keberatan menjawab soalan patik.... bangsa tengku sebenarnya manusia atau Jin?" , terlihat kelopak mata berwajah jambang itu merah namun sayu.... beliau menceritakan semuanya dari asal Zaman nabi Muhammad sehingga era Sekarang serta sebab musabab mengapa mereka di hilangkan dari pandangan mata manusia nyata lainnya..dan bagaimana pula boleh ada pecahan bangsa bangsa seperti Banjar, Bugis, Jawa, Arab dan sebagainya... kesimpulannya..mereka ialah manusia ..sama seperti kita, cuma mereka ghoib di dalam 1 dimensi di antara alam manusia dan alam jin.... bila mereka ghoib dari asal kejadian mereka manusia nyata, status mereka sebagai khalifah telah tercabut namun mereka tetap diberikan beberapa kelebihan di antara waktu dan ruang...kehebatan Allah dan KeadilanNYA ke atas semua makhluk... mereka ada di alam kita, tinggal bersama kita... namun peredaran masa mereka cukup perlahan.... Sebaliknya di alam kita, pergerakan mereka amat laju sehingga tidak terlihat mata kasar.... anda nampak batu yang di baling?.... dan anda nampakkah sebutir peluru yang baru dibedil keluar melayang?.... ya..itulah perbezaannya mereka dengan kita......
Selesai sudah majlis 40 hari 40 malam..... " Anakanda, perintahkanlah negara ini dengan adil dan saksama, jadilah suami yang baik, soleh , jadilah Sultan yang baik kepada rakyat, rajin mendengar dan melihat kesusahan rakyat, ayahanda dan 3 guru akan berangkat ke Mekah serta tinggal di sana menghabiskan sisa hidup yang masih berbaki di dalam ibadah , Ingat pesan ayahanda ", " Ya insyallah "...... selesainya berbicara, pintu kubah istana terbuka perlahan lahan, terlihat 3 guru dan ayanhanda mertua melayang naik ke atas dan zuuuppp. hilang dari pandangan.......
Dari sana lah, bermulanya Tok Mat mengendalikan urusan urusan mistik , tarik batu , tarik duit, tapi banyak rahsianya yang perlu Tok jaga.... bukan boleh main tarik depan mata orang..itu sulap..mainan Jin,..Tok tak suka mainan Jin...
Perjanjian kami.... " kanda diberikan peluang beristeri di alam kanda seorang sahaja, namun jika ada terlintas di hati ingin menambah isteri , insyallah... yang pertama di alam sana tidak akan kekal.... namun kanda akan dipertemukan dengan seorang Puteri yang sesat di alam sana kerana keinginan manusia...tandanya...puteri itu tidak boleh memakan rebung, tidak boleh memakan satay bercucuk buluh, jika tidak.. insyallah dia akan mati muntah darah....."..... perjanjian ini bertahun tok bawa... sehinggalah... ya sekarang... isteri tok memang tidak boleh makan rebung , tok pernah test... aku tarik daulat kau, kau tiada kuasa lagi menyumpah orang dan kata kata kau ibarat parang tumpul..benar... kurang 12 jam... seluruh tubuhnya menjadi kuning tidak bermaya, terketar ketar macam kena letrik 2000wat... tok tarik balik kata kata tu..kang jadi apa apa naya saja...
Sehingga ke hari ini... Rahsia ini tetap tok simpan... memang la kat sini tok cerita... tapi bukan kesemuanya...kalau cerita..blogger terpaksa buka platform baru kot.... Ni cerita dongeng Tok la...jangan percaya tau... buat buat hiburan sudah lah.... namun.. Ya... Kalau bab mistik bunian suruh junjung Quran pun Tok sanggup.... inilah yang Tok hadapi..bukan khayalan, bukan imaginasi... Namun dalam mencari ilmu, nauzubillah hi minzalik.... dugaan toksah ceritalah......Sekarang Tok lihat banyak orang boleh terawangan juga, boleh ke alam bunian juga..tapi sahih ke tu alam bunian.. ke alam jin yang menyerupa bunian...haa..sendiri mau pikir lah.... kawin dengan Jin tapi bulat bulat percaya kawin dengan bunian.... tak caya..semasa bulan ngambang penuh.... panggil la isteri kome tu datang..sure kalau jin nampak ekornya...mereka tidak boleh menyembunyikan ekor mereka semasa bulan mengambang penuh, ingatlah, syaitan juga berekor... nah..adakah jin sama dengan syaitan... manakala syaitan pula bukan nama bangsa, tapi nama kepada makhluk yang bekerja dengan Iblis.... kadang2 manusia pun sama... pesal la perangai kau macan setan...haaa... org tak cakap perangai mcm jin... tp org sebut setan, kerana perkataan syaitan itu merujuk kepada makhluk yang jahat, dan makhluk itu ialah satu perkataan yang umum.
Anggap sahaja semua cerita di atas ialah dongengan semata mata dan sekadar hiburan.... saja membebal pepagi ni
-------------------------------------------------------
Tasik Linggui..... 5 Bulan yang lepas......................
Raja emir berkata " Tengku%$^* .... nanti 13 ramadhan... pergi ke gunung ledang ya, jika tiada apa apa, 12 syawal nanti pergilah lagi ke Ledang... " ini apa yang disampaikan sebelum kita semua tahu KIAMAT KECIL bakal berlaku 15 ramadhan, insyallah.... sahabat sahabat semua... segeralah bawak anak isteri ke tanah tinggi...tinggalkan dahulu apa yang boleh ditinggalkan....Malas nak ulas banyak banyak.
Nabi Muhammad berpesan, Bila ketika terjadinya Kiamat kecil ini, maka tutuplah semua lubang rumah kamu dan berdoalah : " " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus " ( Ayat ni amik dari sebuah blog, tapi tok sendiri pun lupa apa ayat sebenarnya dan tak pasti pula...lupa dah )
Apa pun tak salah dan rugi anda membawa anak bini anda ke tempat tinggi minggu depan hari khamis kan?( paling lewat ).... anggap saja beriadah..insyallah.... kita tak tau..tapi kita diberikan petanda petanda dan akal untuk berfikir akan petanda petanda tersebut.
Berita 26 July. Greenland Artic ice melting from 40% to 97% within 5 days from 8th July - 12th July 2012. Satu fenomena luar biasa kata saintis. Adakah ia secara kebetulan?
ReplyDeleteTok dengar semalam mertua cakap... dengar utz cakap dalam tv.. tapi bini utz dah maklum, benda ni dah tok cakap kat dia dulu... nanti 13 ramadhan kita naik ledang.... tapi kalau dah ajal.. meninggal juga
DeleteDiantara puteri dibawah..siapakah nama sebanar Puteri Purnama Bulan....
ReplyDelete1.Puteri Kamariah
2.Puteri Mariam
3.Puteri Rafiah
4.Puteri Teratai Puteh
5.Puteri Mayang Sari
6.Puteri Saadong.
Izinkan patik meneka wahai Tengku %$^*..Puteri Kamariah...
semua salah..hahah... puterinya asal kedah la...huhu
DeleteJangan pgil tengku lah.. sini takdanya gelaran tu... gelaran cuma gelaran ..tiada apa apa... kat sana saja..
Tinggal jauh mencari Diri dan mencari Allah....rupa rupanya ada hampir dengan diriku.............
ReplyDeleteNak cari guru sebenar yg boleh mengajaq bab yang ni yang susah ...
Betui
Deleteperh... bertuah badan dapat pengalaman mcm nie...
ReplyDeleteeffies... dri zaman sekolah dulu tok selalu impikan ilmu atau boleh masuk ke alam sana , jadi untuk mencapainya, kenalah cari menuju ke arahnya... sebagai contoh...: kalau nak menjadi pencuri, takkan nak belajar ilmu pengaseh kan
DeleteTok.. bagaimana keadaan kerajaan bunian, ada org kata kerajaan mereka byk dan brgantung kepada wilayah tertentu..Raja dan sultan mereka pun ramai... Apakh mereka sling bersahabat atau bermusuh tok..?
ReplyDeleteYa ... insyallah, di dalam kawasan semenanjung sahaja ada hampir 429 kerajaan kecilan, 200 kerajaan induk dan 2 kerajaan pusat... mereka hidup aman damai tidak bertelingkah, namun kadang kadang ada sesekali terjadi ketidak puasaan hati antaranya ingin mengekalkan kuasa , mereka juga berperang..kebanyakan bala tentera ialah dari bangsa Jin. Alam bunian selalu diserang bangsa Jin, nak tak nak, mereka kena rekrut Jin islam lah, Mengupah jin islam membuat kerja kerja pembinaan ( akritek ), zaman Nabi sulaiman juga diakui jin ini ialah pembina bangunan terbaik bukan...
DeleteMakmur dan aman, ada hasad dengki tapi 1% sahaja, mereka sauk semua, baik wajib apatah lagi sunat... mereka berkata.." sedangkan manusia khalifah ( kita ) pun boleh terkena jilatan api neraka, apatah lagi kita "..... air wuduk sentiasa menemani mereka...
Di kalimantan mereka di panggil " orang kebenaran ", kerana mereka ini benar2 belaka, baik baik , soleh dan solehah... ada cerita mengapa mereka selalu menolong manusia nyata.....
org bunian semua islam laa x de yg kafir.org bunian asal dr apa tanah atau api.. org pempuan menutup aurat ke atau pakai mcm org dulu yg x bertudung ,pakaian nampak bentuk tubuh badan( x menepati syarak).sorry tok banyak tanya..nanti tok cite lebih teperinci tentang alam bunian mesti top hehehhe
DeleteMereka Ada yg kafir juga , dipanggil sri bunian... ada anutan budha , hindu dan sebagainya... tok tak berapa arif sangat pasal hal ni sebab tok dok syok2 kat 1 tempat saja..tapi memang pernah jumpa yang berugama budha..namun rasanya bukan bunian kot sebab rupa paras dia ada pelik sikit... dalam pengajian persantren indo sana, pecahan makhluk banyak sangat dedemit la, apa la..entah tok kurang arif pasal bangsa halus lainnya kecuali bunian..
DeletePakaian mereka mengikut syarak la..takde ketat ketat..kecuali bunian bangsa...( tok x boleh sebut ).. ada yang seksi..tapi dalam sesatu negara kalau dah undang2nya ketat..memang xkan jumpa lah pakai pelik pelik, semua bertatasusila...jenis yang 1tu saja ( x boleh sebut )..
Berkaitan unsur asal mereka tanah atau api..sudah tentulah unsur mereka juga sudah bertukar sifat...
tq tok lebih terbuka fikiran nie bila membaca ulasan tok...sungguh nya rahsia allah tak terjangkau di akal kita yg sedikit nie..
Deleteterbaik..dah blh buat ceter filem nie. amacam tu,blh kita kalahkan Avatar klau difilem kan?
Deleteerm..pengarah mana la nak buat cerita ni tuan.... kalau nak cerita lagi , panjang berjela.... huhu
DeleteSalam.
ReplyDeletesy orang duduk tepi gunung ledang.
memang betul dulu memang tak boleh buat maksiat kat gunung ledang,kalau x melekat,kena patuk ular,macam macam lagi.
dalam tahun 90 an,awal 2000 sume tu hilang terus.orang asahan tahu.
maksiat terus terusan berlaku di gunung ledang.
tok,kalu datang gunung ledang beritahu tok,boleh jumpa tok.amin.
Ya, sekitar itulah kejadian tersebut berlaku.... dalam setahun..bermacam perkara berlaku... hari hari terawangan .. mana taknya..excited masa tu boleh terbang sana sini hehe.. alhamdulillah... Allah mempermudahkan..
Deletepengertian khalifah...bukan sang sultan mengatakan Tok ni seorang khalifah di alam sana, tapi merujuk kepada semua kaum adam bangsa manusia nyata semuanya ialah khalifah....
ReplyDeleteKiamat kecil pula ialah Ramalan sahaja, jangan terlalu mempercayai takut syirik mempercayai peramal kiamat.. cuma jadikan ia sebagai satu persedian sahaja.....
Dulu tok kenal seorang Puteri bunian, namanya Puteri siti zubaidah... tinggal di semenchu kawasan loji air... nak mencari jodoh manusia nyata juga... lama dah, sekarang dia dah bertunang ...tapi bukan dgn manusia kita...
ReplyDeleteSeorang lagi ialah Ratu Puteri Mulia mawar di bukit botak air tawar 4.... cantik orgnya... muka ada la ala ala pompuan kat atas tu... garang manja..miowwww..garang garang gitu haa...
Sampai sekarang masih menanti pasangannya... yang ni boleh memberi kekayaan kepada suaminya... namun takda sapa lagi yg sanggup sebab sebelum dia menjelma, macam macam dugaan kena lalui.... dah la duduk atas bukit sorang2... sejuknya, seramnya.... tak yah cakap la....
Ada sapa berani dan sanggup...tok ikhlas ni , kalau ada..tok akan hantarkan ke tempatnya...tp jadi apa apa tok x tanggung la... patah kaki jatuh gaung ka apa ka.. sebab pernah geng tabligh buat kat sana ... kununnya nak bagi salah seorang depa nikah sama sang ratu la.... belum sampai ratunya..baru panglima... jubah ke mana, serban kemana... terjun gaung macam ninja... 1 kawan depa patah kaki...esoknya peneroka kawasan tu yang tolong hantarkan ke hospital... kesian
tok saya dulu tinggal di felda air tawar 4 dri kecil smpai umur 18 tahun,.sy dan kwn2 pernah memanjat ke bukit botak nu naik ke puncak dia..bkn snang woo nk naik, kena memanjat bukit tu.. motor kena parking kt bawah kaki bukit.. kt sekitar kaki bukit ada sungai org2 kampung pggil pam air tmpt budak2 kg at4 mandi manda.. dri atas puncak nu bleh nmpk simpang msuk ke semenchu, dan jambatan telok sengat yg mnyambungkan kongkong masai dgn bndr penawar..klu cuaca cerah lgi best leh nmpk laut telok sengat.. sy xtahu lak ada puteri bunian kt kwsn nu.. adakah ratu puteri mulia mawar masih available hingga kini? heheh ,, mmg curam sungguh tebing2 kt bukit botak tu xhairanlah terjun leh patah kaki..
Deleteada lagi .available lagi tuan...
DeleteBoleh la boleh.. hehehehe.. Insyaallah... Semuanya terletak pada Takdir dan Kuasa-Nya yang Maha Esa..Jika Tok Mat GB berjumpa lagi dengan Puteri Mulia Mawar, Kirim salam kat dia yer... Assalamualaikum WBT..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletewahh mcm best tok,,nak2.. tpi xbrani nk kata msti persyaratan dia berat kan tok.. lgipun sy nie muda lagi tok hehe..puteri ratu mulia mawar dlm lingkungan berapa tok umurnya? dan klu boleh tahu, apa nama kerajaan depa kt ats bukit botak nu ye tok? erm tpi mmg btol la tok, rasa sejuk dan nyaman jer bila kt puncak bukit botak nu, padahal hari panas..cm ada something tpi bkn yg seram2 tu..dpan umah arwah tok saya pun ada kmpung bunian gak dulu.. dkat2 area skolah rendah at4..
Deletehaha! serban ntah kmana..jubah ntah kmana..terjun cam ninja.. sabaq ja la.. menarik tok.. suka kisah tok ni.. sdih pn ada..
ReplyDeletetok mat bleh x cita kn sket pasai pa depa suka sngt tlng manusia nyata ni?..
ReplyDeleteTengku%$^* dengan Puteri Purnama bulan tak dak puteri atau putera ka...
ReplyDeleteBelajar teknik terawangan asas namun berkesan :http://menjaro.blogspot.com/2008/03/perjalanan-astral.html
ReplyDeleteTok Mat Ratu Puteri Mulia Mawar takde fb ke? gurau je... hehe kala jumpa kem salam.
ReplyDeleteHahaha... mana ada tuan...
DeleteTok mat.. ilmu brkaitan alam ghaib ini, apakh lebih mudah jika sudah ada warisan atau pertalian darah dengan leluhur2 yg power2 atau mcm mana tok mat ?
ReplyDeleteKemahuan....namun lebih mudah jika ada pertalian.... haa. kalau tu.. tak yah belajar..dia mai sendiri...
DeleteMemang ada orang cerita moyang dia la, abang dia la kat alam sana... hilang masa kecil.. atau hilang masa solat.. ya.. memang benar...ada tujuan depa amik org org macam tu.....
tok batu permata yg berkhadam tu dr golongan bunian ke jin dan mereka tu islam ke
ReplyDeleteKoita ambil umum saja.... kebanyakan batu penjaganya ialah Jin.. bukan khadam sebab batu tak boleh memerintah, namun khadam bagi kita bila kita memilikinya....
DeleteAda pendapat asing juga menyatakan, jika kita percaya batu ada jin, maka jin akan hinggap dan duduk di batu tersebut, jika x percaya maka tak adalah, benda ni kompleks..nak cerita ...nanti lah cari 1 masa yang lapang
Tok.. adakh org bunian yg brkerajaan bsr ini mguasai harta ghaib atau duit ghaib misalnya, gitu ke tok ???
ReplyDeletebukan macam tu... kerajaan besar ni kaya kaya.. dah tentu la depa banyak duit dan harta...namun bukan harta karun yang ada dalam tanah kat alam kita ni... yang ada penunggu2 dan mcm mcm..itu semua mainan jin.....
DeleteTok nak sambung cerita tok ni... tapi 2-3 hari ni asyik letih2 saja...jangan risau..nanti tok cerita lagi
Berita gempar:
ReplyDeleteMuar: Kelihatan berkumpul kumpulan Obor obor di sungai muar, di mana hidupan ini habitatnya adalah di lautan ... apakah petandanya?...
Tok ni perasan betollah..... mungkin masa menyemak 15 ramadhan tu tok menyemak tahun 2013 hahaha..... hadoi... jumaat ramadhan minggu ni ialah 14 ramadhan daaa.....
ReplyDeleteTok minta maaf..ramai yang tertipu dah ni... bukan bermaksud pun... cuma salah paham tok sendiri hehehe.....
Tok kena g ledang 13 ramadhan ..apa kena mengena pulak dengan 15 ramadhan kan...adoiiii.....
Kebetulan esok dan lusa tok ada di ledang... macam dirancang takdir,...memang tok nak kena ke ledang esok dan lusa sebab ada urusan di atas sana...macam mana boleh terlupa.....
Kemudian boleh kaitkan dengan 15 ramadhan yang bakal datang tahun depan.... gila sungguh tok mat ni hahaha...maaf ya tuan tuan semua.....
Ni dah ada ka yang standby kat atas gunung?.... tok dengar ahli ahli pertapaan dan kesufian dah ramai berlonggok atas gunung.....
*sebenarnya pelik, sebab memang tok dah semak kalendar bahawa 15 ramadhan jatuh tahun ni jumaat..kenapa hari ni semak balik ianya jatuh sabtu... pelik ...memang pelik sangat... tapi bila pikirkan balik kekuasaan Allah...memang tiada yang pelik... tapi..tulah... tok semak kalendar tu dengan teliti 2-3 hari lepas...mcm mana boleh berubah.... dan kenapa hidupan laut boleh naik ke sungai........ ice bleeding pulak boleh mencair sebegitu cepat... pelik pelik dan pelik....
Salam Tok Mat. 14 Ramadhan di Malaysia. Di tempat lain dh 15 Ramadhan. Wallahualam.
DeleteYa..tau takpa.... masa nabi bersabda tu.... dia bukan di tanah malaya kan... erm... mungkin stadium olimpik nak kebabooom kot..... atau mungkin memang dentuman kuat dari langit..wallahulam... tok pun dah pening....
DeletePakat berkumpui kat g. ledang ada plan nak pi bantu orang Islam kat Rohingya kot...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH,semua selamat ........ tiada apa apa yang berlaku.... spekulasi semata mata sahaja... maka burn lah semua kepercayaan orang ke atas kebanyakan ulama ulama hehehe... dan juga guru guru yang gilakan pengaruh...hambik sekali..kena hantam sama tok hehehehe
ReplyDeleteSalam. Alhamdulillah. Tapi kita sentiasa kena ingat ajal tu di mana2. Petanda2 kiamat kecil atau besar kena juga ambil tahu. Lihat disekeliling kita apa yg sedang berlaku dan ambil iktibar.
DeleteBetui2
DeleteTok mohon di agar ilmu-ilmu yang bermanafaat
ReplyDeleteInsyallah
DeleteAssalamualaikum tok dan rakan2 semua . apakhabar semoga semuanya sihat sentiasa. bersyukur saya kepada Allah kerana ditemukan dengan blog ini. sebenarnya dahulu saya pernah sms tok untuk bersahabat dengannya . alhamdulillah dia setuju.rupa rupanya tok bukanlah orang yang sombong. saya juga pernah bertanyakan tentang cara penglihatan ghoib pun begitu beliau tidak sombong . tok memberikan jawapannya. bukan untuk menguji ilmu tok cuma sekadar ingin tahu kebaikan tok. alhamdulillah saya juga keturunan bugis tok. dari kuala selangor sekarang saya menetap di sungai petani.tentang alam ghoib .adalah pengalaman sikit2. saya pernah menolong orang bunian dalam kesusahan. melihat syaitan.bertemu dengan jin terkuat di hutan kuala kangsar. bertemu dengan beberapa jin islam. bertemu dengan puteri gunung ledang.melawat ke istana puteri gunung ledang.di sungai petani ni ada juga bunian kafir yang perwatakannya seperti orang asli dengan bahasa yang pelik . tak kurang juga jin kafir seperti kuntilanak . tengkorak terbang.dan pocong.bukanlah saya nak bangga diri dengan cerita ini ,hanya sekadar nak berkongsi pengalaman . saya boleh di hubungi di no 010 2991453 (azman). suatu hari nanti saya juga teringin nak bertemu dengan tok dan kenal lebih rapat lagi.insyaAllah. terimakasih
ReplyDeleteinsyallah tuan, no tok 0178259540
DeleteTok dah lupa dah, kalau jumpa mungkin tok kenal rupa tuan hehehe
Salam tok..cam ne sapo2 nak carik jodoh leh jumpa tok la gamaknya.hehe
ReplyDelete