Kisah Mimpi Tok Semalam, Ia bagaikan Nyata...
Sedang duduk bertafakur selepas bersolat, Tiba Tiba kedengaran Isteriku mengerang kesakitan di kepalanya, kesakitan tidak terperi.
Isteriku Sakit kepala sampai tak terkawal dan tiba tiba anak kecil menangis , dengan berang dia cuba memukul bayi itu, sempat aku halang, kemudian keadaan semakin parah apabila isteriku tiba tiba mengamuk macam kena rasuk hantu, pada ketika itu baru lepas solat asar.
Amukannya lain macam , aku yang melihat berasa pelik, ada masalah apa.... dalam leka tiba tiba dia menjerit bagaikan di rasuk syaitan, memekik dan melolong sambil cuba mendapatkan bayi kami yang sedang menangis, mungkin sudah ketakutan melihat ibunya bagai di rasuk.
Aku dah berasa cuak, ini dah lain kata hatiku.
Aku mendukung anak bongsu kami di tepi katil dan 3 anak lain di belakangku, yang perempuan bertanya " ayah, kenapa dengan Umi " , aku tidak menjawab.
Segera aku menyuruh nisa dan Jibril membawa adik mereka Yariq keluar dari rumah, sambil aku mendukung bayi bongsu dan sebelah tangan cuba menghalang amukan isteriku yang seperti sudah tidak siuman.
Semasa aku di luar rumah, kedengaran juga jeritan dari rumah jiran, anak isteri dan diri jiran juga kelihatan menjerit kesakitan. Aku cuba mencari Hp dan segera ku capai utk menelefon seseorang, ku lihat di atas kanan signal tertulis 5G+ , aku pelik, apa bendanya 5G+ ni.
Isteriku sudah mula mengambil pisau dan menghunus , kemudian melibas libas tanpa arah, aku segera membawa semua anakku ke dalam kawasan kebun harum manis yang berpagar dengan harapan pagar itu dapat menghalang, anjing Anjing yang berada di luar rumah kelihatan cemas melihat tuan mereka seperti ingin mengancam, mereka berada di depan kami berempat seperti cuba mempertahankan, aku dan anak anak sempat masuk ke kawasan berpagar, aku jadi cemas bila kunci mangganya tiada.. Isteriku berjalan ke arah kami namun dia tidak pandai membuka pagar, aku pelik, anjing anjing masih berbunyi..mungkin rimas mendengar jeritan anjing itu, isteriku melibas ke arah anjing namun tidak terkena kerana kelincahan pergerakan mereka mengelak .
Aku menyuruh anak anak aku ke rumah Kongsi yang aku bina untuk pekerja, " Nisa bawak adik adik ke rumah kongsi" kataku sambil sekejap memandang isteriku dan Nisa.. khuatir kalau kalau isteriku membuka pagar dan mengejar kami.
Namun... dia seperti hilang akal sepenuhnya.. tidak ada cubaan membuka pagar kecuali menggoyang goyangkan dan gegarkan pagar dengan kasar sambil mengeluarkan bunyi yang menggerunkan .
Aku berundur ke arah Rumah kongsi, melihat sahaja dari jauh.. kedengaran jeritan di sana sini, anak anak aku semua sudah ketakutan, tiada apa mampu aku lakukan ketika itu kecuali berzikir dan berzikir, macam macam zikir aku baca , tidak mampu berbuat apa apa cuma mampu melihat kerana dia isteriku..
Menjelang petang senja jeritan sudah Hilang, hanya sesekali kedengaran di penjuru2 kampung.
Aku melihat lagi signal ... masih tertulis 5G+. Aku hairan, apa yang + nya ?.Line macam takda tapi ada 5G, pelik tu, nak call sesiapa pun tak dapat.
Selepas maghrib.. Anak kecilku 2 org ni mula menangis laparkan susu.. Kami melarikan diri sehelai sepinggang , tanpa sempat aku mengambil apa apa kecuali hp.
Aku yang melihat anak menangis, cuba untuk ke kawasan rumah , " Ayah,nisa takut" kata nisa anak yang berusia 8 tahun itu. " Jangan risau , ayah tengok dulu macam mana, sementara tu bagi adik minum dulu air Boring( telaga ) . Tapi bayi... nak susu.
Aku berjalan ke arah rumah yang sudah gelap, aku buka lampu menggunakan aplikasi yang aku pasang, dari luar aku mengintai ke dalam di sebalik tingkap nako itu. Aku melihat isteriku terbaring di lantai dengan rambut mengerbang.. macam hantu pun ada.
Aku rasa selamat la kot, jadi aku masuk ke dalam rumah perlahan lahan... berjalan perlahan lahan macam sang ninja menuju ke dapur, aku capai botol susu, dan stok susu yang kami simpan serta baju anak anak. Mungkin kerana terlalu keletihan, isteriku langsung tidak menyedari langkah kaki aku.
Aku berjaya mendapatkan semua bekalan termasuk kunci kereta.
Semasa nak keluar dari rumah, aku fikir ...dia tak pandai buka gate, maksudnya pintu juga, jadi takut isteriku mati di dalam rumah, aku buka semua pintu tidak berkunci atau bertutup. aku keluar kembali ke dalam kebun.
Esok paginya aku lihat isteriku berjalan mundar mandir seperti kelesuan yang amat... Aku beranikan diri tanya di tepi pagar " sayang lapar?, dahaga?" dia hanya mengangguk, aku ambilkan air dan berikan pada dia namun tidak di endahkan, keletihannya akibat mengamuk semalam mungkin amat meletihkan. Aku berkata lagi " kalau nak minum pergi kat pokok dokong tu, biy ikat dulu tangan", dia cuma anggukkan kepala sambil tertunduk.
Aku dengan berhati hati mengikat kedua tangannya, seolah olah lembu di cucuk hidung, dia menuruti sahaja, terdengar suara halus " air" , aku segera memberinya air , nak mendongak pun tiada tenaga.
Aku berikannya minum dan makan , namun di waktu petang, dia kembali mengamuk di pangkal dokong, kedengaran suara suara menakutkan keluar dari kerongkongannya, dan kedengaran kembali jeritan jeritan aneh di pelusuk kampung.
Apakah semua ini... aku syak sesuatu.. mungkin ada kaitan dengan MRNA.. mungkin lah, sebab anak anak aku tidak ambil Vaxx termasuk aku kerana sakit kronik yang aku hadapi sejak lahir..mungkinkah? " ah malas nak fikir "
Aku segera memanggil anak anak melihat umi mereka, semua anak anak menangis dan sesekali mereka tersentak ketakutan bila ada gerakan mengejutkan pada umi mereka yang sedang diikat.
Pergelangan tangan berdarah kerana sentapan untuk melepaskan diri, sampai kulit tertanggal menampakkan isi , aku hanya mampu berkata " Istighfar sayang, istigfar" kataku sebak. Namun semakin lama tenaganya semakin kuat, dia terus menyentap sehingga darah mengalir di pergelangan tangan .
Aku menyuruh anak anak pulang ke rumah kongsi kerana tak sanggup membiarkan mereka melihat keadaan ibu mereka... Aku mengintai jiran sebelah melalui lubang lubang di Dinding zink pagar rumah, melihat jiran yang anak beranak berjalan tanpa arah , badan mereka berlumuran darah dan ada yang mukanya calar luka akibat mencakar muka sendiri, keadaan amat menakutkan..
Semua pintu gate aku kunci bagi menggelakkan ada di antara mereka masuk ke dalam kawasan.
Malamnya aku melihat lagi keadaan isteriku yang sudah di kerumuni kerengga yang gila akan darah di tangannya, dia keletihan, aku berasa kasihan membuka ikatan tangannya, dia tidak sedarkan diri .
Esoknya aku melihat isteriku berjalan mundar mandir. pergelangan tangannya luka dan wajahnya kelihatan di cakar cakar, berdarah.
Aku tanya lagi " sayang nak makan, minum?." dia anggukkan kepala lemah..
Kali ini aku mengikat dia di pokok yang sama , namun aku spray racun serangga dan membakar unggun api bagi menghalang nyamuk. Tangannya aku balut kain tebal dan aku ikat agar tidak mencederakannya.
Esok siangnya, aku berikan isteriku makan minum. aku ikat dia seluruh tubuh dan masukkan ia di trunk kereta 4x4 kami, aku ingat nak balik ke rumah kami di Bandar, di sana ada kemudahan lengkap. Ada bilik yang aku boleh kurungkannya. Rumah kami di kebun hanya berkonsepkan Studio room yang kecil.
Aku membawa sekali anak anak bersama, di dalam trunk ialah umi mereka yang sudah diikat, keadaan amat teruk sekali.
Semasa di dalam perjalanan, keadaan jalan raya sangat dasyat, kenderaan bersimpang siur tanpa pemandu, ada yang jatuh parit ada yang langgar pokok dan sebagainya, pemandangan lebih ngeri apabila aku melhat mayat mayat bergelimpangan di tengah dan bahu jalan, ada juga kepala Bay* ,
Sesampai aku di kawasan perumahan, keadaan rupanya lebih parah, jiranku yang berketurunan cina dan sudah tua kelihatan berada di garajnya sambil melompat lompat anak dan tidak terurus, india di sebelah kanan pula ada yang berguling guling di atas tanah depan rumah dan ada mayat suaminya di tanah.
Aku tekan remote auto gate..bila gate berbunyi, jiran jiran kami diam tiba tiba dan kemudian terus menjadi agresif meluru ke kenderaan, BAMMMM BAMMMM kedengaran mereka mengetuk kenderaan, di belakang trunk aku mendengar isteriku menjerit jerit dan menendang kakinya di dinding Trunk.
Ini lebih bahaya... kalau di kebun hanya kami sahaja kerana kami ada anjing yang mengawal dan berpagarkan zink. lebih selamat... tak sempat masuk ke garaj aku terus memecut pulang semula ke kebun.
Selang beberapa lama, keadaan sudah reda. Isteriku beransur pulih, kejadian itu berlaku sekitar 7 hari.
Isteriku dah boleh makan dan minum sendiri, anak anak membantu menyediakan makanan ringkas untuk umi mereka yang masih keletihan " apa dah jadi Biy?" tanya isteriku.. aku memandang anak perempuanku Nisa..kami hanya diam membisu, " Makanlah sayang, bagi kuat dulu".. isteriku terus menjamah...
Hari ke hari aku melihat keadaan jiran kami yang sudah meninggal, keras di halaman rumah, dan mulai membusuk, baunya masuk ke kawasan rumah dan seluruh kampung di cemari bau mayat mayat.
Bila isteriku sudah pulih sepenuhnya, aku membawa kereta mengelilingi kampung bersama anak isteriku sambil menceritakan apa yg berlaku.. Kami menjumpa 3 penduduk yang masih selamat, dan mereka semua tidak ambil Vx itu. kami mengucapkan syukur, namun di dalam kampung yang besar ini hanya 3 org aku temui masih sihat. Bagaimana kami ingin menguruskan semua jenazah org kampung?.
Esoknya kedengaran kenderaan berat memasuki kampung, aku segera mengunci semua gate dan mengintai di celah lubang pagar zink, aku lihat ... Rupanya mereka adalah pihak berkuasa yg memakai pakaian celoreng, ada di antara mereka bukanlah celoreng dari Malaysia, seperti ada bantuan luar negara...kenderaan mereka ada yang bewarna Putih seperti kereta berperisai.. mereka memeriksa mayat dan memasukkan ke dalam Bag Hitam dan di masukkan dalam Truck mereka, Mereka juga bersenjata.
BAMMMM BAMMM BAMMMM kedengaran bunyi tembakan di hujung kampung, aku yang berhubung dengan mangsa yang terselamat melalui walkie talkie bertanya apa sudah jadi...mereka jawab pihak askar menembak mati mangsa mangsa yang masih hidup dan berjalan tanpa arah , asal jumpa terus mereka tembak.
Aku risau juga mana tahu mereka tembak yang terselamat, bila mendengar hal itu aku melihat isteriku, aku menangis, mujurlah isteriku berjaya di selamatkan.
Kami tidak keluar ke mana mana, pihak berkuasa juga menjumpai kami di kawasan kebun dan menasihatkan untuk membawa kami ke Pusat perlindungan, tapi aku berdegil utk tidak keluar meninggalkan kebun, aku dah tak percayakan sesiapa, lagipun isteriku ada tanda tanda di jangkiti dan dalam proses sembuh. Mereka memberikan kami senjata dan juga bekalan makanan sebelum pergi.
Selang lebih 2 bulan, keadaan bertambah baik, namun keadaan kampung sangat sunyi, Elektrik dan air memang tidak putus, Internet kembali pulih dan paparan menunjukkan 5G dan terkadang 4G...
Pagi itu...aku mendengar suara suara dalam bahasa asing di halaman rumah jiran , aku mengintai dan aku melihat ada bangsa bangsa asing yang ramai sedang berjalan seperti melancong, mereka kelihatan gembira dan menunjuk sana sini, ada yang melihat pokok, ada yang melihat sungai dsbgnya...anehnya mereka kelihatan sangat gembira.
Rupa rupanya, mereka datang memilih tanah mana mereka mahukan, rumah siapa mereka mahu miliki. Kerana pemilik pemiliknya sudah meninggal tanpa sebarang waris seorang pun.
Sampai di pintu gate aku, mereka mengetuk lembut, kemudian mengetuk deras, aku membuka auto gate.. mereka terkejut melihat aku dan anak isteri elok elok saja, mereka berbuat muka ramah mesra dan bertanya khabar, ada yang boleh bercakap english dan malay.
Aku melayan mereka seperti biasa.. mereka tanya ini tanah siapa, aku jawab, ini tanah aku..salah seorang dari mereka minta geran , aku tunjukkan tapi aku sembunyikan nombor geran dengan jariku .
Mereka melihat geran tanpa memegangnya dan mengucapkan "Congratulation, sir," kata salah seorang dari mereka dalam bahasa Inggeris yang fasih, sambil tersenyum lebar. "You are one of the very few survivors.. Sempat lagi mereka memegang dan membelai anak anak aku.
Mereka datang ber bas bas, datang untuk tunjuk tanah mana dan rumah mana mereka mahu...
Aku tersedar... sudah subuh... mimpi rupanya... tapi mimpi itu sangatlah nyata... aku berharap ia hanyalah mimpi kosong.
Wallahualam
Selepas subuh , aku buka apps shopee dan memborong ratusan anak panah bagi persiapan.... persiapan bagi menghadapi bangsaku sendiri di dalam mimpi. Petangnya tanah yang sebelum ini aku tidak pagar, aku dirikan pagar mati dan pagar langit, Habis segala Khodam, dampingan aku seru untuk jaga tanah ini , tidak cukup dengan itu aku pasang pula sempadan ghaib agar kawasan ini terlindung tidak kelihatan jika hal ini benar benar akan berlaku. Segala mak nenek pasak mempasak aku gunakan di setiap penjuru kebun, dan bilangan anjing akan aku tambah demi keselamatan... barulah LENGKAP DOA DAN USAHA...
#Yakjuj #Makjuj
DISCLAIMER: Ini hanyalah mimpi dan bukan realiti, cuma ia sebuah perkongsian sebagai sebuah memori mimpi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Berikut adalah Ilmu Pemagar Langit yang boleh anda gunakan sebagai pendinding bunian. Ilmu ini disarankan dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bertujuan melindungi tanpa melibatkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.
MAHAR ILMU INI IALAH:
RM 77 Sahaja ( 509017609403 Maybank ) dengan harapan semua umat islam memilikinya dan ia mesti bersyarat mahar tidak boleh percuma , nanti tidak di hargai, Ilmu ini TOK HALALKAN RESELL Bagi yang dah memaharkan , namun tok Pohon Maharnya Jangan melebihi 200..Jika melebih lebih ilmu ini tidak akan jadi, dan ia mesti diijazahkan dengan penuh ikhlas dan yang menerimanya juga mestilah ikhlas.
Demi keselamatan dan perlindungan atas izin Allah SWT, Tok Juga HALALKAN anda mengijazahkan kepada anak anak anda yang sudah mahir membaca dan tok Juga HALALKAN anak anak anda mengijazahkan kepada kawan kawan mereka agar ilmu ini sampai kepada ibu bapa mereka....dan Tok Muda berharap ia dapat segera di sebarkan demi kesejehteraan , amin
Ilmu Pemagar Langit: Pendinding Bunian
Syarat:
- Dilakukan dalam hujan lebat.
- Setelah selesai melakukan sujud syukur, berdoa dengan niat yang jelas untuk perlindungan dan pendinding. Berikut turutan doa di bawah
- Berada di tengah kawasan lapang atau ruang terbuka.
Lafaz Doa dan Ayat Perlindungan:
1. Bismillahhirrahmanirrahim
2. Surah Yasin, Ayat 9
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Maksudnya: "Dan Kami adakan di hadapan mereka tembok dan di belakang mereka tembok, lalu Kami tutupi mereka, maka mereka tidak dapat melihat."
3. Lafaz perlindungan Bahasa Rumaqi ( Bahasa Bunian )
"Sala'qin muruqi fazi'ku aba'ri, riva'la khabir wa'ari."
"Dengan perlindungan ini, semoga dilindungi jiwa dan tempat kami, wahai Tuhan yang Maha Kuasa."
Cara Pelaksanaan:
- Setelah membaca Surah Yasin Ayat 9, ulangi niat dalam hati:
“Ya Allah, lindungi tempat ini dan jiwa kami dari sebarang pandangan yang tidak kami kehendaki, hanya Engkau yang Maha Melindungi.” - Berdiri tegak di bawah hujan, pandang ke langit, dan lakukan lafaz perlindungan Rumaqi sebanyak tiga kali.
- Akhiri dengan menyebut Lailahaillallah Muhammadan Rasulullah dan rasakan ketenangan di hati.
Dengan izin Allah, sesiapa yang cuba menceroboh atau memasuki kawasan ini akan melihat hutan atau bukit sahaja, seolah-olah kawasan ini tidak wujud.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Notis Penting: Permaharan dan Syarat Pengamalan Ilmu
Segala ilmu yang Tok Muda tulis di dalam blog ini adalah lengkap dan terperinci tanpa sebarang bahagian yang ditinggalkan atau disingkatkan. Bagi yang telah memaharkan dan membuat bayaran ijazah, keizinan diberikan secara automatik dan tidak perlu memaklumkan kepada Tok Muda lagi, asalkan syarat-syaratnya dipenuhi sepenuhnya mengikut syarat setiap ilmu yang tertera.
Pantang Larang:
- Dilarang mengamalkan ilmu tanpa izin atau memaharkannya secara percuma—sama ada untuk tujuan pengamalan peribadi atau perkongsian di laman media lain.
- Sekiranya berlaku apa-apa kesan negatif, termasuk kerosakan jiwa atau halangan dalam kehidupan akibat pengamalan ilmu secara tidak sah, Tok Muda tidak akan bertanggungjawab di dunia mahupun akhirat.
Setiap ilmu di sini datang dengan tanggungjawab dan hanya akan membawa kebaikan jika diamalkan dengan izin serta niat yang betul.
نوڽيس ڤنتيڠ: ڤرمهارن دان شرط ڤڠاملن علمو
سڬالا علمو يڠ توق مودا توليس د دالم بلوڬ اين اداله لمڤق دان ترتڠ دان تنڤا سبارڠ بهاݢين يڠ دتيڠݢلکن او دسينݢکتکن. بڬي يڠ تله ممهارکن دان ممبوات بايرن ايجازه، کيزينن د بريکن سچارا اوتوماتيک دان تيدق ڤرلو ممعلمکن کڤد توق مودا لاݢي، اصالکن شرط٢ڽ دڤنوهکن سڤنوهڽ مڠيكوت شرط ستياڤ علمو يڠ ترترا.
ڤنتڠ لاراڠ:
١. دلارڠ مڠاملکن علمو تنڤا کيزينن او ممهارکنڽ سچارا ڤرچوما—ساما ادا اونتوق توجوان ڤڠاملن ڤريباڬي او ڤرکونسيکن د لامن ميديا لاين.
٢. سکيڠير دلاکوکن اڤا٢ کسن نݢتيف، مڽرتاي کرواسکن جيوا او هلڠن دالم کهيدوفن اکيبت ڤڠاملن علمو سچارا تيدق ساح، توق مودا تيدق اكن برتڠݢوڠ جواب د دنيا مهاڤون اخيرت.
ستيڤ علمو د سيني داتڠ دڠن تڠݢوڠ جواب دان هانيا اكن ممبوا کبايکن جک دعملکن دڠن کيزينن سرطا نيت يڠ بيتول.