SAHABAT

Monday, January 14, 2013

JATUHNYA KERAJAAN LEDANG DAN BANGUNNYA ERA BUGIS







Tengku.........

Ayahanda Tengku panggil mengadap di bilik persidangan......

" erm , baiklah . Terima kaseh Pengawal " ...

Tanpa berlengah, aku melangkah kaki dari Dewan Seri Singgahsana Kota Kayangan menuju ke bilik sidang yang terletak sebelah kanan Istana. Pintu dibuka oleh pengawal. Kelihatan Ayahanda dan 2 guru berada di bilik berkenaan tanpa dihadiri ahli yang lainnya. Sudah tentu sulit persidangan ini dan pasti ia ada suatu mandat besar yang perlu ku tanggung lagi. 

Selesai mengemas duduk di kerusi Sidang. 3 Orang ini memerhatikan wajahku dengan tenang, di dalam bilik ketika ini hanya ada aku dan mereka sahaja, perasaan gemuruh datang secara tiba tiba apabila Guru Tua yang paling Garang dan aku geruni mulai bersuara. 

"Kami memanggil anda kerana tujuan penting, sekarang kedudukan kerajaan kita memang kuat dan berpengaruh, namun kita sudah membincangkan bersama 2 sahabat kita untuk memperluaskan lagi jajahan dan pengaruh kerajaan kita." di dalam Kerajaan Alam Ghoib Kawasan Semenanjung, ada 3 penguasa yang berkuasa yang mereka terdiri dari manusia seperti kamu, iaitu manusia nyata, mereka ini di panggil Pemangku Alam Ghoib dan memerintah secara meluas di seluruh kerajaan kawasan kawasan penguasaan mereka, namun penyelewengan sudah berlaku selama berabad lamanya di mana ia selalunya dipengaruhi oleh kerajaan Acheh yang selalu mengaburi mata penduduk Alam Ghoib dengan kebaikan dan ketegasan dalam undang undang. Masalah yang berlaku ialah, kedudukan kuasa mereka sepatutnya bertukar dalam tempoh 5 tahun, namun sudah beberapa abad, mereka masih berkuasa ke atas semua tanah jajahan di dalam kawasan semenanjung di alam kamu. Pada ketika ini berlaku kepincangan di antara mereka di mana masalah ini bermula dengan masalah Kerajaan Ledang yang diketuai Oleh Sang Ratu Mas Nyawa. Kononnya mereka ingin melanggar kerajaan sang ratu kerana sang ratu sudah beratus tahun melanggar rang undang undang yang telah ditetapkan di mana setiap bulan purnama sang ratu akan mengarahkan Panglima Kanannya menyerupai Harimau dan menangkap manusia Alam Kamu bagi di jadikan Korban, Mereka ini ialah penyembah iblis, walaupun Islam Sudah memasuki era Melayu Melaka, Namun Bukan kesemuanya adalah Islam, Masih ada juga yang belum beragama islam. Ada yang sayang akan ilmu mereka terutama Sang Ratu Mas nyawa ini. Jadi di sini kami sudah mengaturkan strategi, Kamu perlu meghalang Pemangku Alam Ghoib ini dari melanggar Kerajaan Ledang dan setelah mereka mempercayai kamu, perlu kamu terus menyerang Kerajaan Ledang ini sendirian bersama 2 Panglima Terbaik Kita, Kemudian Letakkan syarat Kepada Sang Ratu Agar menyebelahi kita di pemilihan Pemangku Alam Ghoib akan datang yang akan berlaku kurang 1 purnama ini. Kerajaan Ledang antara Kerajaan Terkuat buat masa ini dan punya pengaruh 2 Negara Besar Di dunia Ghoib. Jika Sang Ratu bersetuju, maka kita akan bangunkan Semula negara Beliau dalam tempoh kurang 2 hari dengan Teknologi canggih kita ada. Pastikan rencana ini berlaku dengan jayanya atau Jika Kerajaan Ledang Berjaya dilanggar Pemangku Sekarang... Sampai Bila Pun kita akan berada di bawah kekuasannya dan kita tidak akan berkuasa."

Terpegun diriku sejenak.... Agak berat Tugas ini bagi seorang Budak berusia 18 tahun pada ketika itu.... Aku bertanya " Hanya 2 Panglima sahaja mengiringi Beta ?... apa lagi yang tinggal jika mereka Tumpas atau lari?...."..... Guru Ke-3 ini tersenyum sinis dan menjawab " Mati "

Kenapa...... Kenapa hal ini terjadi, sedangkan aku tahu pemangku yang ada sekarang memerintah dengan baik dan saksama, tiada pembunuhan dan rakyat hidup dengan aman dan tiba tiba aku perlu menumbangkan mereka hanya untuk kepentingan kerajaan aku sendiri. Ah.... Mandat sudah ku Terima..... mahu atau tidak... ia perlu diselesaikan.....

Selesai sahaja Aku di bilik Persidangan, aku terus menuju ke bilik Makam, ku hadiahkan Fatehah kepada Tiap Makam Yang ada, memang aku suka berbuat demikian sebelum menuju ke Kamar istana di Taman Larangan. 

" Assalamualaikum "...... salamku segera di jawab oleh suara yang merdu.... " Waalaikumsalam wbt kanda "..." Ehem..jangan panggil kanda lah..panggil abang saja" kata ku senyum nakal... Ku peluk cium Wajah Puteri yang sudah menjadi Isteriku pada Tika itu, " Sayang... Abang ada tugas khas yang perlu dilakukan, ayahanda dan 2 guru sudah memberikan amanah dan mandat, ia amat berat sekali bagi abang... jika abang pergi dan ini kali terakhir kita........" Sang Puteri segera menutup mulutku seraya berkata " Usah kanda mengucapkan kata kata itu, biar seberat mana pun perlu kanda pikul, berjanjilah kanda akan pulang ke pangkuan dinda secepatnya dengan selamat, Kanda kan sudah dilatih menjadi Panglima dan sekarang digeruni di setiap kawasan jajahan kita, Jika hanya ingin menumbangkan Kerajaan Acheh yang lemah lembut itu, dinda rasa, kanda dapat selesaikannya dengan mudah " kata Sang Puteri...... Matanya yang bulat dan Bulu matanya yang melentik membuatkan diriku berdebar dan kemudian tenang semula, bagai di berikan semangat baru, hanya mampu aku ucapkan " Insyallah "......


Sedang Dayang menyarungkan baju Kebesaran Ke tubuhku.....Terlintas 1 akal ... " nanti dayang.... Sila sarungkan baju pengemis sahaja, beta mahu lihat keadaan negara Acheh ini dahulu sebelum beta menyerangnya...." Segera pakaianku di tukar dengan baju Pengemis yang comot dan compang camping..2 Panglima yang sepatutnya mengiringiku aku tegah mengikut kerana tujuan aku bukan ingin menyerang, cuma ingin melihat sahaja keadaan dan suasana Negara Mereka.....Selesai sahaja segera aku ke Dewan Singgahsana, berdiri di tengahnya... " Pengawal.......Bukakan Pintu Kubah " ........... Pintu kubah segera dibuka dan terlihat langit biru , aku melayang 2 kaki dari lantai istana dan Zuuppppppp Terus terbang hilang menuju ke Kerajaan Acheh yang dimaksudkan.... Setahunya aku sudah tiba di kawasan Pasar dan dipenuhi orang ramai..... 

Kelihatan istana nya nun jauh di atas bukit ...ya aman dan damai sekali..kerajaan yang aman ini lah bakal ku jatuhkan,... bagaimana.... ?..ah pikir pikir.... aku ada akal..aku khalifah.... aku perlu mencari jalan terbaik ...bagaimanakah boleh aku atasi mereka..... 

Sedang aku berjalan dan berfikir, kelihatan seorang gadis genit memakai baju bewarna merah dan berseluar jeans tanpa tudung... erm... " masakan bangsa bunian memakai pakaian begini , tentu manusia sepertiku juga ni, tapi siapa gerangannya "..... sifat ingin tahu ku terhadap gadis genit ini membuatkan aku lupa akan tujuan aku ke Kerajaan Acheh itu...gadis itu segera ku hampiri..... " Nak... Mohon bantuan boleh... bapak ini susah, pula punya penyakit aneh ", ayat ku susun bagi memancing gadis ini...di dalam hati ku dapat rasa dia ada kaitannya dengan istana... masakan Boleh berpakaian begini jika tiada Jaminan istana, sudah pasti di tangkap pengawal atau orang kampung bagi dijadikan isteri haha.... tapi ...tak lah lawa mana pun .... Gadis itu menoleh Ke arah ku , beliau cuma berdiam diri dan memandang mata ku dengan tajam ...lama juga direnung... akhirnya beliau tersenyum dan berkata " Ya ... ada apa hamba boleh bantu tengku ?... " ......... ZzzZZZZzZzz.... Alamak... macam mana boleh kantoi ni.... Segera aku menjawab " bapak hanya orang biasa sahaja, bapak cuma butuhkan bantuan sahaja nak " Gadis tersebut cuba membelek wajahku yang tersembunyi di dalam kain penutup kepala... " Erm.. tak apa lah .. apa bantuan yang tuan hamba perlukan, kenapa tidak ke istana sahaja ?..bukankah lebih mudah ?", Segera kepala ku terlintas... Yes...memang tepat jangkaan aku.... " Nak, kalau bapak ke sana pun bukannya boleh berjumpa dengan Sang Rajanya, Bapak ingin sekali menemu Baginda... Selama usia , bapak tidak pernah berjumpa dengan Pemerintah negara, dan bapak seringkali mahu berjumpa dengannya..itulah penyakit pelik bapak ini, Alangkah bahagianya hati bapak jika boleh ketemu dengannya barang sekali cukuplah..... "... beliau menjawab " Baiklah , mari ikut hamba , Kita ke sana , nama hamba Ayu....Bapak?.... " , Ah.... sukar untuk aku teruskan pembohongan ini selain mendiamkan diri sehingga kaki kami melangkah ke istana. Ya... kan boleh jika aku berjumpa dengan Sultan Acheh ini secara Real siapa diriku sebenarnya...namun semua itu memerlukan banyak masa dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan,...maklumlah..Baginda adalah Pemangku Alam Ghoib..Pemerintah Kepada Segala Pemerintah..... Lagi pula, hadirnya diriku dalam keadaan tidak dikenali begini, memudahkan kerja ku kalau aku nak rodok perutnya tanpa diketahui oleh mana mana pengawal istana akan siapa gerangan sebenar diri aku ini..haha... Memang diriku di sana adalah seorang yang kejam. Murid ku sendiri pun ku sebat sampai Mati, inikan pula orang yang tiada apa apa pertalian darah mahupun silaturrahim.... 

Di istana, Aku masuk mengadap, sekali lagi Gadis ini berkata " Tengku..kita sudah masuk mengadap, usahlah tengku berdalih lagi hanya mahu berjumpa Sang Raja dengan sulit, Apakah Gerangan Niatnya Tengku Berkelakuan aneh begini " Kata Gadis ini sambil mimik mukanya sinis memandangku..." hehe... sungguh bijak kamu , sedangkan Patik tidak mengetahui siapakah gerangannya Tuan Hamba..? "..... " Patik adalah adindanya Sultan Syed Mohammadur Rasyid Alam Shah III Ibni Sultan Syed Mohammadur Razaqullah. Matanya bersinar ketika mengucapkan kata kata itu, seolah olah bongkak dengan kedudukan mereka sebagai  Pemangku Alam Ghoib Yang Di Bolot mereka selama lebih berabad Lamanya.... Terasa Keegoanku sebagai Pemerintah Kota Kayangan Tercabar, segera Aku cabut pakaian pengemisku dan sekelip mata digantikan dengan Pakaian Kehormat Pemerintah, " Ya... Patik adalah Tengku R**** W**** W**** datang mengadap "...... Ceh.........terasa Bodohnya aku, hanya terasa tercabar aku sanggup mendedahkan identiti sebenar kepada mereka. Gadis ini hanya tersenyum dan berkata " Patik memang Gadis yang Bijak "...... Muka aku terasa merah menahan marah yang amat sangat, nasib baik aku berada di dalam istana sebuah kerajaan Berpengaruh dan Berkuasa..Kalau Tidak.... Memang Kau Aku kerjakan cukup cukup .... hish..... sedang kami berlawan pandangan dengan mukaku merah menyala dan Muka Gadis ini senyum memandangku, Gong berbunyi...... Tung Tung Tung... Kedatangan Sultan Syed Mohammadur Rasyid Alam Shah Naik Ke singgahsana...... Semua Orang tertunduk sujud termasuk kami berdua......

Nah... Sang raja sudah di depan ku.... Manakala identiti ku pula sudah Terbongkar, apa perlu aku lakukan.... Nak Rodok Terus Atau macam mana?..................Terpana seketika.

Bersambung........ ###



------------------------------------------------------

Perasaan Terpana, 
Bagaikan Dipanah Sang Arjuna,
Hati Berombak Mulut Terbisu,
Hati gementar bagaikan Gegarnya Bumi 7 Lapis.....

" Ampun Tengku beribu Ampun, Harap di maafkan kelakuan melampau patik "

Perkataan Pertama yang mampu keluar dari bibirku pada tika itu apabila melihatkan wajah Pemangku yang bersih dan suci bagaikan seorang wali Allah.

" Bangun Wahai Tengku, usah di sembah Beta yang sama ciptaannya seperti Tengku "

Kata kata lembut Pemangku Itu membuatkan Hati ku sayu, adakah orang ini layaknya aku Bunuh ?.... Tidak... Pasti ada jalan Lain....

Kata kata Ku susun agar Rencana membuahkan hasil seperti yang di citakan.

" Patik datang kerana ingin bermesra dengan Tengku dan punya urusan sulit yang perlu patik sampaikan , Jika tidak keberatan bolehkah kita berbicara secara sulit ?"

Hurmmmmmmm....terdengar bunyi suara suara was was keluar dari halkum seluruh pembesar istana tersebut...

" Insyallah, marilah ikut beta , lagi pula ada permainan yang belum beta tamatkan , mari "

Yah...permainan apa pula ni, adakah ingin berlaku helah kepada diriku ?.... 

Macam lembu di cucuk hidungnya , aku masuk ke sebuah bilik di belakang singgah sana bersama Pemangku Alam Ghoib yang merangkap pemerintah yang mulia di alam Ghoib sana.

Tiba di dalam bilik yang hening dan seluruh bilik nya di warnai cahaya Puteh....

" Tengku, maafkan patik jika kedatangan patik tanpa di rancang ini menganggu Tengku di sini , patik mempunyai Hajat yang amat besar sekali dan kerana itu patik terpaksa mencari helah untuk berjumpa Tengku secepatnya "

Pemangku memandang wajahku dengan penuh ketenangan dan tiada reaksi gembira, takut atau gementar di wajah bersihnya. 

" Baiklah...namun sebelum itu, mari kita habiskan permainan catur ini, belum ada lawan yang mampu menghabiskan permainan ini , dan beta bosan dengannya ...ah"

Tergamam seketika..... main catur?.... erm... di sini mungkin helahku akan berhasil...mungkin....

" Baiklah Tengku, namun Jika Patik berjaya menewaskan Tengku, adakah Tengku sanggup Menunaikan segala Hajat patik?"

Dengan ringkas Pemangku menjawab " Ya "

"Pasti?" Soalku dengan Tegas...

" Sudah Pasti selagi bukan sakaratul maut ", kata Pemangku sambil berseloroh memandangku.... 

" Baik, kita mulakan ", aku memandang serius walau pun ia cuma permainan catur, Seorang pemerintah Alam Ghoib tidak akan sesekali memungkiri Janji...

Bermain seketika... akhirnya kemenangan di sisiku... Aku tersenyum simpul.." Tengku..nampaknya Patik berjaya menewaskan Tengku "

Kelihatan di wajahnya bagai terungkai kesugulan dan kebosanan, beliau tersenyum lalu berkata " Ayoh..katakan... apakah Hajatmu Sahabat ?"

Umpanku pasti mengena... aku menjawab " Untuk pengetahuan Tengku , Kedatangan Patik ke sini adalah ingin merampas kegemilangan Tengku sebagai pemangku Alam Ghoib Yang dipegang Tengku Dan Seluruh Keturunan Tengku selama Berdekad lamanya ?... " adakah tengku sanggup ?"

Ku lihat wajahnya masih tersenyum memandangku.....

" Tengku... Berpijaknya Kaki Tengku di Lantai istana , sudah Beta tahu akan Tujuan Tengku itu, namun tidak perlu Tengku merampasnya... Beta sanggup memberikan kerana Beta Tidak lagi Punya Zuriat dan waris yang mampu menjalankan Tanggungjawab sebagai Pemangku Alam Ghoib Ini, Lagi pula memang Beta ingin bebas dan lepas dari cengkaman Perjanjian Alam Ghoib ini dan hidup seperti sedia kala seperti manusia biasa , beta sudah bosan mentadbir, sudah bosan memerintah selama hayat ini, beta bertaraf Khalifah, namun sebenarnya Beta gagal sebagai Seorang Khalifah Allah....."

Aduh...kata kata itu sudah membuatkan hati aku terasa , bagaikan dihempap sebuah Gunung....Ya.. Apabila sudah terikat dengan perjanjian... Manusia nyata Yang mentadbir sebenarnya sudah hilang kedudukannya sebagai Khalifah di atas muka bumi Allah Swt ini....sedangkan aku....aku masih mengejar ...tidak... aku diperintahkan oleh Penghuni Alam Ghoib hanya semata mata untuk kedudukan dan kuasa....untuk mereka...

Tidak semena mena..Pemangku bangun dan berjalan menuju ke Dewan Singgahsana, Aku mengikutinya dari belakang...dari atas singgahsana, kelihatan beratus pembesar menunggu titah perintah Baginda.....

" Dengan Nama Allah, Beta  Sultan Syed Mohammadur Rasyid Alam Shah III.... memerintahkan agar segala genap bala tentera berundur dari Ledang dan Serangan ke atas Ledang Di Batalkan "

Kemudian beliau memusingkan badannya ke arah ku.... " Pergilah Sahabat, Kerjakan apa yang ingin kamu kerjakan, Beta tetap di sini Menunggu hari hari akhir beta "

Sungguh mulia hati orang ini.... ya teramat mulia.... baginda tahu akan maksudku namun akhirnya ia tercapai dengan mudah....tanpa perlu menumpahkan darah....

" Sungguh mulia hati Tengku, Insyallah di alam kita..kita akan bertemu untuk secawan Kopi"

" Beta dan adinda beta Yatim Piatu, Kami tinggal di shah Alam , Selangor Seksyen **, Insyallah jika ada jodoh, kita akan bertemu lagi Tengku" 

Kata Beliau Dengan Perasaan Hiba.... hiba kerana baginda tahu, itulah kali terkahir baginda memerintah Alam Ghoib dan juga kali terakhir menerawang ke Alam Ghoib.... Ya .. sesungguhnya ia amat menyeksakan bagi yang sudah lama mempelajari ilmu Terawangan, apatah lagi jika diberikan Beban dan amanah untuk menjaga Kemakmuran Dunia Alam Ghoib menggunakan kebijaksanaan Yang Allah berikan Kepada Manusia Nyata Yang Berstatus

 " Khalifah ".....

Tanpa Berlengah, Aku terus kembali ke Istana Kota Kayangan Bagi menyampaikan berita gembira di mana Bala Tentera  Sultan Syed Mohammadur Rasyid Alam Shah sudah berundur dari Ledang....... Ya..sudah pasti Ayahanda dan 2 guru lagi gembira mendengarnya....

Sesampainya ke istana, seperti biasa, aku mengambil tempat di dalam Masjid tiang 1000 menunaikan Solat sunat sebelum memasuki istana.....

Tung Tung Tung..... "Kedatangan Tengku ****** Masuk mengadap", seperti biasa juga pengawal Gong hadapan menyampaikan berita kehadiran ku....menyakitkan telinga sahaja...namun itulah tertibnya memasuki istana bagi sesiapa pun... Aku berjalan masuk sehingga ke istana dan terus masuk ke bilik persidangan.... 

" Ayahanda dan guru guru ...... maksud kita sudah tercapai..anakanda akan mempersiapkan langkah seterusnya iaitu menyerang Kota Ledang " Kataku sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat.

" Bagus...anakanda memang boleh diharapkan, namun apakah berita  Sultan Syed Mohammadur Rasyid Alam Shah III itu, adakah Beliau sudah Mangkat ?" Tanya Ayahandaku dengan tegas...

" Tidak " Jawabku.....bisu...

" HABIS ?" pertanyaan yang bernada marah.......

" Anakanda menewaskannya dengan permainan catur sahaja Ayahanda", kataku ketakutan sambil memandang lantai Istana..... Di dalam hati... hanya Allah yang tahu betapa takut jika jawapan itu tidak memberikan kepuasan kepada Beliau.....

Diam seketika........ Ayahanda berjalan ke arahku, pedang di sisi pinggangnya di cabut...dup dup dup...jantungku bergetar gemuruh...apakah yang bakal terjadi... tidak.... ia di cabut dan.... lalu diletakkan di bahu kananku.......seraya berkata...

" Bagus...anakanda memang bijak.. tidak rugi Kota Kayangan mempunyai pemerintah sebijak Anakanda, dan Tidak Rugi ayahanda menjadikan anakanda sebagai Menantu satu tika dahulu, pilihan Guru guru memang tepat...bagus" Katanya dengan lembut......

" Sekarang, persiapkan 2 panglima terbaik... musnahkan kerajaan ledang hari ini juga ".... kata ayahanda dengan tegas...

" BAIK"...jawabku ..... dalam hati.... alhamdulillah... rupanya masih ada perikemanusian orang tua ni... heheh

Terus aku berjalan ke tengah Balairung seri , baju Kehormat Pahlawan disarungkan ke Badanku, 2 panglima sudah siap sedia menunggu dan pintu kubah di buka.......Zuuuuupppp......Melayang 3 hamba Allah menuju ke ledang bagi menakhluki sebuah kerajaan yang besar dan gagah..

Ledang... 
Kami Bangsa Bugis Tidak Pernah Takutkan Mati

Ledang...
Persiapkan Seluruh Jiwa Ragamu Untuk kami takhluki

Kami...
Bangsa Penjajah Dan Bangsa Terulung Di dalam Dunia

Kami...
Bangsa Ta-MIM

Kami...
Berjuang Demi Keadilan Dan Anak Cucu Kami

Agar... 
Suatu Masa, nasib mereka terbela

Itulah...
Kami Bugis Kaum Penjajah dan Penguasa Baik Nyata mahupun Ghoib

Fikir...
Maruah Atau Mati

Perjalanan dari kota Kayangan Ke Ledang sekitar 3 Minit..... Utara - Selatan..... Kami bukanlah Jin yang boleh sampai sekelip mata......Tetap dalam kudrat sebagai Makhluk Ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa..... di dalam hati.....

" Ya Allah, selamatkan lah kami, berikanlah kami kekuatan bagi mengalahkan mereka "

Ya... Sang Ratu orangnya Bijak, namun bukanlah sebijak manusia nyata sepertiku yang hidup di zaman Moden... Lagi pula..sang Ratu Pernah Bersuara ingin memiliku sebagai Suaminya memerintah kerajaan gelap......

Zuuupppp... kami bertiga sampai dengan selamat, keadaan lengang, dari telaga yang berpusar.... 

" Panglima kanan, kamu ke sana dan panglima kiri, kamu ke sana... usah mencampuri urusan Beta Di sini, Siap sedia jika Beta Menyeru kalian...Mengerti ?.....

" Tapi Tengku....." Kata panglima kanan.....

" Kami perlu menjaga keselamatan tengku " Kata Panglima Kiri....

" Usah... beta mampu selesaikannya sendiri, Siap sedia sahaja, beta tidak sanggup kehilangan Panglima yang setia seperti kamu berdua.... bala tentera dalam istana Ledang itu sudah cukup untuk meranapkan 1000 Panglima kita, inikan pula kamu berdua....sudah..cukup....siap sedia sahaja...FAHAM ?."

Kata Ku tegas , darah panglima dan baranku kini meninggi, keinginan membunuh ku sudah mencapai tahap di luar kewarasan... pada ketika ini... mataku sudah berpinar merah ..... di dalam hati...cukuplah sekadar Roh bercahaya sahaja .... ia mampu menembusi mana mana ruang dan mampu berbuat apa sahaja selagi diizinkanNYA... masakan aku ingin melihat 2 panglimaku yang berjasad ini rebah di medan perang hanya kerana aku seorang....tidak......dan mereka tidak perlu mengetahui akan keupayaanku dan siapa diriku yang sebenarnya... ia boleh menimbulkan persoalan dan keraguan di kemudian hari.... ya... 

" Baik tengku.... Titah tengku..kami patuh" kata mereka sambil mengambil tempat masing masing.....

Aku berjalan di dalam Kesayuan hutan belantara lagaknya seperti manusia berjalan di dalam hutan belantara...nah... di hadapanku... ke-ngerian yang luar biasa.

Tiangnya dari Tulang belulang manusia, Bumbungnya dari Rambut manusia..ya ..itulah rupa sebenar mahligai Ledang yang selalu di puja manusia Jahil, di situlah tempatnya bersemayam Sang Ratu bersama 12 Puterinya.... mereka penyembah Iblis...mereka harus menerima hukuman......

Srasss..Srasss.. Bunyi langkahku membelah semak samun.... kelihatan 2 pengawal sedang mengawal pintu masuk istana......langkah di atur.....

" Tunggu...siapa tuan hamba , dan apakah gerangannya tuan hamba ke mari?... tanya salah seorang pengawal.....

Dengan penuh nafsu marah " Apa Butakah kalian tidak dapat mengenali beta dalam keadaan pakaian begini.... " langkah ku di buka, keris emas baru sahaja ingin ku hunus.....

" NANTI !!!!"....... terdengar suara halus gemersik dari dalam istana....

" Nanti.... " Sang Ratu Terpana melihatku.... " Ah..Tengku " sambil melenggok lenggokkan pinggulnya penuh goda.....

" Gerangan apakah tujuan Tengku ke sini, apa...sudah diterimakah lamaran beta dahulu?", kata Sang Ratu Tersenyum penuh harap....

Cis.... dasar Wajah saja muda, namun sebenarnya kerepot.... ada hati nak bersuamikan aku...IBLIS... baik... helah..helah... apa helahnya ..... ya...sudah dapat...helahnya.....manusia penuh tipu daya dan helah..dari akal yang Allah Keruniakan....Gunakan Sebaiknya.....

Kata kata Ku susun Penuh Romantis....

" Ya... Beta selalu mimpikan dinda, teringat ingat dinda... kerana itu beta datang ke mari bertemu dinda, apa boleh kita berbicara di dalam sahaja, di sini... agak panas " kataku sambil menjeling 2 pengawal tadi.....

" Ya tengku... Marilah ........" Pelawa Sang ratu sambil tersenyum sampai telinga....

Sesampainya ke dalam Kamar Istana , bau hamis..minuman nanah dan darah, lantai istana kotor dan menjijikkan...Ya, di sinilah Seorang Cucu perempuan Tok Kamil Perak tewas dan menjadi hamba Sang ratu, kasihan... sehingga ke akhir hayat Tok Kamil...beliau tidak dapat menyelamatkan cucunya yang kini menjadi hamba Sang Ratu.... Menjijikkan.... 

" Apa benarkah tengku merindui Beta di sini heeeeeeeeheeeeeeee" katanya sambil ketawa panjang.......

Aku mungkin Bakal Jahanam jika lama di dalam istana kotor ini... cis.... Helah Ku susun sebaiknya....

Tubuh Sang Ratu Ku rangkul dengan geram dan kemas.... " Ya Beta Merindui Dinda.... Namun.... mungkin Jodoh kita adalah di neraka....itu pun jika Beta Ke neraka "

Zuppp.... Keris emas Ku Rodok ke perut Sang Ratu yang sedang ku rangkul...darah biru dan hijau menyimbahi lantai......

Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeenggggggg........ Sayup kedengaran Jeritan Sang Ratu lalu jatuh ke lantai.... tersungkur...terbaring...

" Kau tidak aku benarkan mati selagi hajatku tidak tercapai , Jasad ini harus ku kembalikan kepada yang HAK, bukan Iblis yang menguasainya "

" Hazihi Jahannamullati kuntu tu'adun, islau hal yau bima kuntum tak furun ....... Allah huakbar........" ( maaf kalau salah, nanti Tok semak Balik, demam demam ni mamai sikit )

Tup... Keris emas menusuk ke sisi jantung Sang Ratu di mana terletaknya istana Iblis..........

Kedengaran bunyian yang menakutkan di seluruh pelosok istana ....suasana kelam menjadi terang...namun di dalam malap cahaya... kelihatan lembaga lembaga menyerupai ninja menyerangku dari arah patung patung di dalam istana Gelap.....

Bermunajat..... " Ya Allah Yang menguasai langit dan Bumi, Yang menciptakan Aku Sang Roh Yang Abadi , Cahaya yang menerangi Arasyilmu Yang Ke tujuh , ciptaan Mu Yang Agong.... Itulah.... Roh Manusia"....Terus suara ku lantang dan kuat..... "Tiada selain ciptaanNYA yang lebih berkuasa, sempurna dan Gagah Melainkan Kami Roh Roh Manusia "....... lantang suaraku bersuara bergema seluruh Ruang istana....

Huarghhhhhhh....... Mataku Bertukar menjadi puteh bercahaya cahaya , aura Cahaya Nur Muhammad Menerangi sekeliling .....Angin kencang dan Ribut menerjah masuk ke dalam Ruang istana....

" Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Hanya Allah Sahaja Tuanku , Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan tetap tiada Apa Yang bernama Tuhan Melainkan Yang Bernama ALLAH.... Alif Lam Lam Haaaaaaaaaaaa , Allah Huakbarrrrrrrrrrrrr"......penuh lantang dan keras.............

DUMPPPPP............!!!!!!!!!

Tumit kananku dihentak ke lantai istana, bergegar seluruh istana dengan gegaran yang maha dasyat... seluruh lembaga kelam tadi semua musnah, seluruh pengawal dan panglima istana musnah...menjadi abu.... ya..mungkin terus ke neraka..... 

Perlahan lahan istana yang hanya tinggal lantai itu menjadi hening dan seluruh kejijikan dan ke-gelian hilang dengan noda nya bersama gemuruhnya Takbir Kepada Ilahi.... Ya Allah...Engkau Maha Besar......Maha Berkuasa...Maha Agong.... 

Tubuh sang Ratu Yang kelam ,wajahnya yang suram mulai berseri seri.... tubuhnya mulai mengeluarkan wangian luar biasa.... Alhamdulillah..iblis yang menguasainya sudah terungkai, perjanjiannya juga sudah terungkai...... Sang Puteri Kini menjelma dan akhirnya...... membuka matanya perlahan lahan....."Alhamdulillah"...kata kata pertama yang keluar dari bibirku.....

" Bangun Puteri, bangunlah " kataku lembut sambil menghulurkan tangan..... Ya..hanya keris emas ini sahaja yang mampu merungkai Perjanjian Gelap Sang Puteri Mas Nyawa, iaitu Puteri Gunung Ledang .....

Kelihatan Wajah sebenar Sang Puteri yang lemah lembut , ayu dan cantik, tidak seperti sebelum ini, penuh dengan dendam dan kesumat.... Ya ... kerana dendam cintanya kepada Tuah... dia sanggup menggadaikan jiwa nya kepada Iblis Agar dapat melupakan Tuah...namun... bukan selamanya ia begitu...

" Siapa...siapa Tuan Hamba?..... Tanya Puteri Mas Nyawa.... Ya.. kerana sebelum ini, dia bukanlah diri sebenar melainkan Iblis yang menguasai Jiwa..jiwa wanita yang lemah lembut .....

" Beta Adalah Tengku Mahkota Wirna Wijaga Pemerintah Kerajaan Kota Kayangan, Tidak Heran Jika Tuan Puteri Tidak Mengenali Beta kerana Beta Adalah Kejadian Baru serta bersifat Baru "......" Mari, duduk di sini" Kataku sambil memapahkan Puteri ke sebuah Batu Berlumut.

" Tahun berapakah ini saudara ...adakah masih dalam tahun 1480." Tanyanya terpinga pinga.....

" Hahah, tidak Tengku Puteri, Puteri Sekarang berada pada Tahun 2000, Tengku Puteri Sudah ketinggalan lebih 500 tahun"..... Kataku nakal....sambil mataku melirik ke wajahnya yang ayu dan comel.....

" Di Manakah Tuah, di manakah Cempaka Sari Dayang Beta?" tanyanya masih terpinga.....

" Tengku Puteri Mas Nyawa.... Tuah sekarang berada Di Grik .Perak. Cempaka Sari pula sudah lama meninggal dunia, Tengku sekarang Baru sedar akibat perbuatan tengku 500 tahun dahulu menggadaikan jiwa Tengku Hanya kerana ingin melupakan Cinta Terhadap Tuah, Namun......."

Kata Kata Ku terhenti seketika..........

" Namun apa Tengku...namun apa ?" Tanyanya dengan penuh berharap.....

" Jika Tengku Puteri ingin memiliki Tuah Pada masa sekarang, adalah mustahil "

Kata ku Sambil memandang awan....

" Kenapa...?..." Di tanya lagi ...aduh...bagai anak kecil....

" Tuah sudah meninggalkan Hal hal dunia, selepas menyerahkan Taming sari dan Kembali ke Ledang, Tuah kembali ke Sungai Melaka dan Belayar Ke Madinah mempelajari hal hal agama , sehinggalah beliau berusia 80 Tahun, beliau kembali ke Melaka dan terus kembali Ke Tanah Tumpah Darahnya Grik Perak, Tuah dan dinda semuanya Membuka perkampungan Baharu di Pengkalan Hulu, Murid Akhir Tuah Adalah Datok Meor, Segala Ilmu persilatan Tuah dan dindanya di ajarkan kepada Datok Meor , dan warisan Tuah Kini bergelar Warisan Gayong, Sehingga kini... Tuah masih ada , namun bukan di alam Ghoib Kita sekarang.. dia berada jauh di alam Ghoib yang terdalam.................. iaitu Alam Roh , Tuan Puteri ...mustahil bagi Tuan Puteri mencarinya jauh sekali menjumpainya.... namun insyallah Tuah Boleh datang menemui Tuan Puteri Jika dia Berkehendak...... Perkara paling Penting sekarang... Tuan Puteri Perlu menyusun Semula Kerajaan Tuan Puteri dan memperbetulkan Perinsip pemerintahan Iblis dahulu kepada Perinsip Tuan Puteri Sendiri.... Beta Sanggup membantu menaik dan membangunkan kembali kerajaan Tuan Puteri dalam tempoh sesingkat 2 hari jika Tuan Puteri inginkan" 

Kataku dengan bersungguh sungguh.....

Kelihatan air mata Puteri Mas Nyawa mengalir di pipinya.... ya..menangislah, menagislah sepuasnya .... menggadai jiwa kepada iblis bukanlah 1 jalan yang terbaik..... inilah akibatnya....

" Baiklah tengku, Patik menerima tawaran tengku.... dan Tengku... bolehkah Patik Bernaung Di Bawah Kerajaan Tengku?" Tanya Sang Puteri...

Sambil tersenyum...dan ketawa terbahak bahak... " itu tidak boleh tuan Puteri, Sebenarnya kerajaan Tengku lebih besar dan berkuasa dari Kerajaan Patik, Tengku hanya perlu memperbetulkan Jalannya sahaja...yang lain lain, biar patik dan orang orang patik uruskan.. Beta cuma ada 1 hajat untuk pertolongan kecil beta ini....."

Kataku tersenyum penuh makna.....

" Katakan..apakah hajatnya..Patik akan Tunaikan "...........Kata Tuan Puteri Mas Nyawa...ya...seolah olah anak kecil..... lucu sekali melihat gelagatnya..... 

Boleh jika ingin bernaung di bawah Pemerintahanku...namun...hajatku...perlu kau Tunaikan wahai Puteri rupawan.... Bisik hati kecil ku....

Ya.... Menjadi pemerintah alam Ghoib, bukan semudah di sangka... ia penuh helah dan Muslihat...namun semuanya demi keamanan dan kesejahteraan sejagat...

Tahun 2000... Akibat Serangan ini... Dentuman Tumit Kaki Adi Wira Kota Kayangan..... Bukan sahaja Dunia Ghoib Bergegar...Jika Kalian sadar... alam nyata juga menerima kesannya, langit dan awan menjadi tidak tentu arah, suasana sayup dan hening , malap selama 3 hari... jika kalian sadar.... mungkin bagi kalian ..itu cuma tindak balas alam semulajadi, namun sedarlah.... tiap apa yang berlaku pasti....pasti ada sebab musababnya.... fikirlah....

Bumi Semenanjung ohhh Bumi Semenanjung,
Biarpun Ia bertakhtakan Sultan Melayu Setiap Negeri,
Namun Bumi semenanjung Alam Ghoib,
Ia Bakal Bertakhtakan Seorang Sultan Melayu,
Adakah Mungkin...............


Bersambung................... ###


Kedengaran riuh rendah nun jauh di bawah kaki bukit tapaknya istana Kota Kayangan

Sorakan yang memecah hening di pagi yang sepi, di kala penduduk kota masih bersiap masing masing untuk menjalankan pekerjaan dan ada yang masih mengaji, kedengaran sayup sayup di kejauhan…..syahdunya…

Kelihatan Gerombolan Gajah yang membawa Ratu Puteri Mas Nyawa masuk ke Kota Kayangan, kiri kanan diiringi pengawal kerajaan dan para pembesar yang di lantik bagi membangunkan ledang. Boleh di kira, hampir kesemuanya adalah pembesar dari jajahan Kota Kayangan yang disediakan buat Ledang bagi membangunkan semula kerajaannya yang sudah roboh akibat perbuatanku sendiri.

Di serambi istana pemerintah kerajaan Kota Kayangan bersama beberapa dayangnya melihatkan pemandangan itu sambil tersenyum “ sampai juga kau ke Kotaku wahai Sang Ratu Puteri”
Seketika….suasana istana yang masih harum dan cantik di hias menjadi kelam kabut bagi menyambut kedatangan Ratu Puteri Mas Nyawa yakni Ratu segala Puteri Kerajaan Gunung Ledang itu. Balairong seri penuh dengan para pembesar negeri dan jajahan dalam masa sesingkat umpama munculnya mentari di ufuk timur

Mentari seri pagi,
Indah Dipandang sayup sayupan,
Wajah Tuan Puteri berseri seri,
Datang berjumpa dengan Putera Harapan.

Kedengaran Ketua Dayang Mendendangkan nyanyian istana:

Serilah pagi, serilah pagi bunga setaman, seloka sayang aduh lah sayang, cantik rupawan cantik berseri….

Istana kota alaa berjanji mesti di kota, kota kayangan aduh la sayang, kota kayangan semayam Putera…

Putera lah sayang, aduh lah sayang indah parasnya…budi Bahasa , budi Bahasa tiada tandingan

Budi lah sayang, budilah sayangggg indah lah sayang……..Bla bla bla…..

Aku dah malas sebenarnya mahu mendengarkan dendangan yang sama setiap hari…. Kalau lah mampu aku bawakkan Dato Siti Ke mari kan bagus. Hah…. Mustahil….

Kelihatan di gerbang istana Sang Ratu puteri rupawan turun dari gajah tunggangannya…kelihatan pakaian puteri  rupawan halus buatannya malah lebih mengerikan aku kainnya nipis menampakkan tubuhnya yang montok dan gebu itu… kalau lah putera lain..maunya kau di jadikan santapan pagi…alahai Ratu puteri……

Di sebelah kanan kelihatan ayahanda dan 2 guru turut sama sama untuk menyambut kehadiran Puteri..dari riak wajah mereka kelihatan serius tanpa senyuman.. sebagai seorang anakanda adab sopan perlulah di jaga..

“Assalamualaikum wbt ayahanda dan guruku, indah sungguh pagi ini ya ditambah pula kesanggupan Ratu puteri mengadap kita” Kataku sedikit gugup…

“ Erm….. Pagi yang indah bukan beerti tiada ribut  anakanda, malah di pagi yang indah juga kita mampu menangis melihatkan kebesaran ilahi, kehadiran puteri dalam keadaan begini amat memalukan ayahanda, APA TIADA WAKTU LAIN UNTUK DIA HADIR SELAIN AWAL PAGI BEGINI, DI KALA MENTARI MASIH DI UFUK DAN PARA RAKYAT JELATA SEDANG SIBUK MEMBACA AL-QURAN, kehadirannya Cuma membawa malapetaka bagi Negara dan kerajaan kita sahaja, ia pasti akan menimbulkan kelalaian…terutama kamu anakandaku” Kata Ayahanda dengan tegas sambil mata terus menatap gerombolan tersebut….

Terkedu seketika…Ya aku memerintahnya datang namun tidak aku beritakan waktu manakah yang sesuai

“ salah anakanda ..bukan salahnya ayahanda, anakanda Cuma perintahkan utusan tanpa memberitahu waktu yang sesuai “ kataku tertunduk ketakutan….

“ jika begitu apa layakkah kini kamu menjadi pemerintah dan menurunkan perintah ?” Katanya dengan tegas….

Tertunduk seketika.. di dalam hati… huh..akibat cantik punya pasal aku boleh lupa..gelojoh betul lah….

TUNG …..TUNG…TUNG…..

“ Kedatangan Ratu Ledang Puteri Mas Nyawa masuk mengadap “ Penjaga pintu menyampaikan…..

Adat istana mudah bagi seorang ratu mengikutinya tanpa cacat cela

Aku duduk di bangku singgahsana, manakala ayahanda duduk di sebelah kananku beserta 2 guru yang berdiri di sebelah kanannya.

Antara senyum dan serius…mukaku merah padam, senyum serius, senyum serius… sudah sepertinya rupaku kelihatan lucu.

Selesai 3 langkah bunga di raja ,Ratu Puteri Mas Nyawa sudah berada hampir dengan lututku sejauh 3 kaki sahaja

“ Ampun tengku beribu ampun, Duduknya patik harap di ampun “ ucap Puteri dengan lemah lembut dan lunak suaranya…..

Dalam hati “ bila masa pula aku suruh kau berdiri , aih macam macam hal lah, skema betol”...

Ayahanda menjelingku dengan tajam dari arah kanan , ya sudah pasti isi hatiku di baca dan di telitikan bagi mengetahui perasaanku yang tika itu penuh debaran…

“ Ya Ratu Puteri, selamat datang ke istana kota Kayangan ini, namun… awal benar kamu datang apatah di pagi yang masih muda ini” kataku dengan senyuman ( control beb )

Ratu Puteri melemparkan sebuah senyuman manis dan berkata
“ maafkan patik jika kehadiran patik menggangu, patik Cuma risau jika perjalanan patik ini kelewatan, jadi rombongan kami segera berangkat demi menggelakan sebarang kesulitan, lagi pula tidak eloklah membuatkan tuan rumah tertunggu tunggu”

Ayahanda mengangkat tangan kiri seraya berkata
“ Istana kami ini tiada berpintu dan tidak perlu  pula tamu kami perlu menunggu nunggu di luar “

Katanya sambil menjeling tajam Ratu Puteri itu.

“ erm… erm.. Ta…tapi patik memang memaksudkan niat patik sebentar tadi tengku , tidak bermaksdu apa apa, lagi pun patik hadir kerana ingin menyelesaikan urusan perjanjian Antara patik dan anakanda tengku , kemudian patik akan pulang sesegeranya ke Ledang” Kata Ratu Puteri dalam keadaan gementar…

“ Tadi kamu cakap tidak mahu membuatkan kami tertunggu, sekarang kamu sampaikan kerana urusan perjanjian, MANA SATU NIAT KAMU?” Tengking ayahanda ku dengan tegas

“ Ayahanda….” Kataku sambil memegang tangan kirinya…..

“ Sudah, mari Raden sekalian… kita orang tua tiada layaknya bercakap dengan orang muda, cara kita lebih halus manakala cara mereka  tiada bertatasusila” katanya sambil bangun dari singgahsana sambil di ekori 2 guru menuju ke kamar di belakang Singgahsana , Keras dan tegas sekali nadanya…Ala...jeles..takut anaknya dimadukan la tuh

Erm.. marah sungguh ayahanda, sebenarnya marah dengan cara pakaian Ratu Puteri itu yang kainnya terbelah tepi sampai ke paras betis.

“ baiklah Ratu Puteri….” Tanpa sempatku menghabiskan ayat terakhir.. Sang ratu bersuara dengan matanya dipejamkan, kelihatan titisan salju di pipinya mengalir perlahan….

“ Katakan…tidak mengapa, beta sedia mendengarnya “ kataku bernada perlahan

“ Tengku …tentang perjanjian kita, patik ingin menyampaikan bahawasanya patik menolak tawaran tengku , kerana patik akan menikahi Tengku Putera Panchar kala dari Gunung Jerai , biarlah bakal suami patik dan kerajaannya membangunkan kerajaan patik tengku, ampun tengku” Kata Ratu Puteri sambil tersedu sedu menahan tangisnya ….

“ APA !!!! “ Apa helah kamu , setelah apa yang kerajaan kami sediakan dan berikan, kamu mahu menolaknya?.... apa kamu tidak tahu apa akibatnya jika melawan kehendak kami sebagai Bangsa Bugis, Dasar Majapahit, mengapa semenjak dahulu kala keturunanmu selalu bersikap begini?” kataku Tegas

“ Selepas Tengku pulang, Pemerintah Kerajaan Jerai Kota saff melawat kerajaan Patik, mereka mengeluarkan sebuah perjanjian yang sudah termeterai semenjak ratusan tahun lepas sepanjang tubuh ini di kuasai iblis iaitu patik harus mengahwini salah satu Putera mereka kerana Majapahit pernah berkuasa di sana suatu ketika dahulu dan ia adalah tumbal perjanjian atas kemusnahan semasa peperangan semenjak dahulu” Kata Ratu Puteri dengan sayu…..

“ CIS…KARUT…. Itu perjanjian dulu…bukan perjanjian di masa ini…perjanjian itu ialah berkahwin dengan salah satu putera mereka bukan dengan salah satu cicit mereka…..”

Kedengaran Ratu Puteri mulai menangis teresak esak…

“ ada apa kekanda, di awal pagi adinda mendengar perempuan menangis “ Kedengaran suara Puteri akar tunjang jantungku dari arah belakang

“ mari duduk di sini adindaku , ini Ratu Puteri ledang Puteri Mas Nyawa “ Kataku kepada isteriku.

Sambil duduk dan memerhatikan Ratu Puteri menangis

“ adinda telah lama mendengar mencuri curi dengar perbualan kekanda dan Ratu Puteri ampun kan adinda kekanda, jika keadaan merumitkan apa kata kekanda menghantar utusan mengadap sembah Pemerintah Jerai itu sekarang bagi menyelesaikan perkara ini” Kata Adinda sang puteri memberi cadangan.

“ erm…boleh juga, tapi kita semua tahu kerajaan Kota Saff ialah kerajaan berkecuali membawa maksud semua urusan kerajaan kerajaan lain tidak ia campuri dan sebaliknya juga, malah mereka amat tegas di dalam pendirian mereka  wahai adinda, jika mahu di perangi sekalipun, dengan kekuatan Ketenteraan sedia ada dari semua jajahan kita…belum tentu kita mampu memenanginya kerana kehebatan panglima panglima tersohor mereka” kataku perlahan sambil mengeluh….

“ belum di coba belum tahu kekanda, sarang lebah jangan di jolok, namun jika di asapkan bukankah lebahnya semua lari meninggalkan sarang..inikan pula sebuah kerajaan” kata puteri dengan yakin…

“ Adinda… kerajaannya bukan 1 tapi 4…..” kataku hampir putus asa….Nak kata tak sekolah, p sekolah juga sampai pengajian tinggi...Haish

“ Ya benar Tapikan …. Erm… entah lah kekanda, adinda tidak layak bersuara dalam hal seperti ini” katanya perlahan

“ tidak apa, patik berterima kaseh di atas bantuan dan perhatian tengku berdua, jangan kan kerana sebutir intan di dalam batu, pecah batu kesemuanya, biarlah ia menjadi sebuah intan di dalam bongkahan batu tidak bernilai” Kata Sang Ratu Puteri dengan sebak dan hiba….

Menyedihkan pula aku tengok Ratu Puteri manis Rupawan ni, makin comel di pandang ketika ia menangis apatah jika merayu rayu…kalau di kamar bagaimana comelnya ya…... Haish, astagfirullah… apa aku ni, setan mana pulak nak hasut aku..

“erm……utusan dan Dato Mbah Siaga, Bersiap untuk ke Jerai sekarang Mengadap Pemerintah Kerajaan Saff , sampaikan berita bahawa perjanjian mereka terbatal kerana beta ingin Ratu Puteri Mas Nyawa berada di bawah jajahan beta dan bukan di bawah kekuasaan mereka…..Jika mereka berkeras.. maka mintalah mereka persiapkan bala tentera bagi menghadapi kita “ 

Sambil berkata mataku merah menyala menahan marah…..

Berdengung  seketika dewan balairong seri…..Dari 41 pembesar dan menteri bangun seorang pembesar dan mengadap sembah…

“ Ampun tengku beribu ampun, kata kata patik ini harap di ampun, apa sudah dipertimbangkan sewajarnya keputusan tengku ini?... kerajaan Saff itu bukan sembarangan…jika majapahit pun sanggup di tentangnya dulu, inikan kita…tambahan bala tenteranya terdiri dari bangsa Jin islam, apa Tengku tidak khuatir?” 
kata Pembesar Dato Patih Alang Misai….

“ Apa….. kamu tidak yakin dengan kekuatan kita… bukankah bala tentera kita juga terdiri dari jin Islam yang handal belaka?.... atau kamu cuba merendah rendahkan beta ?” Kataku sambil menduga….

“ Sudah… jangan jadi pengecut..bukan jalan beta menjadi pengecut, maruah sang ratu bukan sekecil batu jalanan, jalankan perintah ini segera…SEKARANG JUGA !!!!” Keluar kata kataku penuh bengis

Seketika Kubah Istana terbuka , utusan istana dan Dato Mbah Siaga terbang ZZuuuppp ke atas menuju ke kerajaan Saff.

“ Beta mahu menyantap santapan pagi, adinda dan Ratu Puteri, mari kita bersarapan, semalam pemburu pemburu beta membawa pulang kijang gunung, Kijang di sini rasanya manis , mari” ajak ku kepada mereka ….

Sementelah beberapa ketika …..

Sedang berbicara di taman larangan bertiga dengan gelak tawa riang selepas menyantap sarapan daging kijang bakar , gulai bunga durian dan lauk pauk lain… Datang seorang pengawal Panglima mengadap dalam keadaan tergesa gesa….

“ Ampun tengku beribu ampun, sembah patik harap di ampun, Perutusan Ke Jerai sudah pulang, tapi….”

Tapi apa…katakan wahai pengawal”… kataku sedikit tertanya Tanya….

 “ Utusan sahaja yang pulang. Manakala Dato Mbah……”

Tanpa mendengar kata kata pengawal tersebut, jasadku terus ghoib dan muncul di singgahsana…

Kelihatan suasana cemas

“ DIAM !!!!!” jeritku bergema ke seluruh pelusuk balairong seri

“ Utusan, di manakah Dato Mbah Siaga?, apa berita celaka kamu bawa kepada beta, mana gerangannya Dato Mbah Siaga?”

“ Ampun tengku beribu ampun, Semasa kami menyampaikan utusan Sultan Muadzam telah menahan Dato Mbah Siaga dengan di kelilingi para panglimanya, Sultan Muadzam menyampaikan kepada tengku…..” gugup dan terketar ketar utusan itu…

“ SAMPAIKAN APA …..??” Kataku sedikit menggigil menahan marah

“ Sultan Muadzam Memaklumkan, jika Tengku mampu menyelamatkan  Dato Mbah Siaga esok sebelum di penggal kepalanya, maka beliau akan memberikan 3 hadiah, 1 ialah Ratu Puteri Mas Nyawa, dan 2 lagi adalah rahsia….” Katanya…

“ Apa helah dia….apa nilai perempuan di bayar nyawa? “ kataku ingin meneka

“ Apa sahaja jalannya walaupun peperangan Tengku “ kata utusan itu menghabiskan kata katanya….

“Apa???... Perang…. Asyik asyik perang.. apa mereka tidak bosan berperang?... ugama islam, tapi sesama islam tiada toleransi” kataku bengang

“ Anakanda…itu sudah di kira toleransi, maka kamu pilihlah jalannya bagaimana” Kata Ayahanda dengan senyuman yang tiba tiba ada di sebelah kananku…..

Terdiam seketika, tanganku menongkat dagu sementara siku di lututku di dalam sila panggung….

Seketika…….

Kerana perempuan….. sanggupkah aku korbankan bala tenteraku?....

Kerana Perempuan…sanggupkah aku memerangi saudara se islamku?....

“ BAIKLAH…. PARA PANGLIMA PERANG…. PERSIAP DAN KUMPULKAN SELURUH TENAGA TENTERA KITA SERAMAI 10 BILLION ORANG, KITA AKAN TENTUKAN SIAPA AKAN BERJANJI KEPADA SIAPA “ Sinis dan penuh senyuman…. Pastinya … aku ada helahku sendiri…. Ya…..

Hurmmmmmmmmm… kedengaran Suara suara pembesar dan menteri bergema mengeluh dan berkata kata sesama sendiri……

“ Panglima Sayap Kanan, bersedia di Kerajaan Banding, Panglima Kiri Bersedia di kerajaan gunung bintang dan Panglima Depan, siapkan persediaan di Gunung Raya…. Beta sudah lama tidak berjamukan darah”

“ PERGI KE TEMPAT KAMU MASING MASING DAN TUNGGU ARAHAN BETA “ Kataku sambil ketawa berdekah dekah layaknya raja yang gila kuasa Kah Kah Kah Kah !!!!!

Jerai….. Ohhh Jerai.. apa mahu di duga Keberanian Bugis

Tidak melangkah ku ke belakang melainkan terus ke hadapan walau jiwaku sendiri menjadi taruhan

AYOHHHH!!!!!!!


Bersambung…………