SAHABAT

Friday, September 21, 2012

SOALAN SOALAN

PERSOALAN TENTANG MINYAK PENGASEH OLEH SEORANG PELANGGAN 



Persoalan saya:
a)Minyak bertap emas

1) Dalam blog, tok ada dinyatakan untuk email kepada tok untuk “cara penjagaan dan cara  menghidupkannya”. Bagaimana ye tok caranya?

Jawapan : Cara Menghidupkan Minyak bertap ialah dengan Mengasapkannya dengan kemenyan selama 7 malam jumaat pada waktu maghrib, Cara penjagaannya ialah Di simpan di dalam kain kuning atau dalam plastersin agar ianya tidak terdedah dengan anasir jahat dan campur tangan Jin jin kafirun. Insyallah


2) Niat saya minyak ini untuk jodoh dan mudah untuk dapat kerja, kalau minyak ini dicalit kepada perempuan yang dihajati atau selipar/kasut peremuan yang dihajati apakah kesannya?

Jawapan : Minyak ini sebagai 1 bentuk ikhtiar sahaja, kuasanya tidak lah sehebat Minyak dagu dan cenuai, namun jika terpalit pada perempuan, insyallah ada rindu rinduan kepada diri tuan, semasa memalit perlu dia melihat wajah tuan, Jika tidak perasaannya tidak keruan, pada siapa dia merindu. Insyallah. Namun minyak ini sudah terisis pagaran Ayatul Kursy di mana Jika di salahguna maka ianya akan tawar sepenuhnya.
b)Minyak pugai Sarawak/pangeran

1) Minyak ini ada cara penjagaan khusus dan ada cara utuk menghidupkannya tak tok?
Kalau ada bagaimana caranya?

Jawapan : Minyak pugai Pangeran ini sudah hidup sepenuhnya, namun bukan bermakna ia hidup ia boleh tambah sendiri, ia perlu di beri makan kulit lokan dan jika boleh tuan perlu memasukkan minyak ini ke dalam botol lebih besar, dan memberinya Lokan, Balut dengan kain kuning , minyaknya selalu berubah warna kegelapan dan baunya menjadi bertambah harum, jangan gunakan lagi jika ingin menjadikannya sebagai ibu minyak, jaga sehingga ia boleh bertambah sendiri , semasa tu, bolehlah ambil sedikit untuk digunakan. Jika kulit Lokan habis, perlu di tambah sesegeranya, kulit ditumbuk boleh, tapi jangan halus sangat ya 

2) Apa kesannya kalau minyak ini dicalit kepada perempuan yang dihajati atau selipar/kasut peremuan yang dihajati? Adakah kesannya sama sepeti minyak dagu?

Jawapan : Minyak Pugai Pangeran ialah Minyak pengaseh dari istana Sultan Brunei, ia di wariskan oleh keturunan mereka melalui seoranhg penjaga bernama Pak Raden Sulaiman yang menetap di sarikei sarawak kini. Minyak ini kategori Kuat, namun jika di salah guna ia boleh memakan diri, jadi berhati hatilah. Kesannya memang seperti minyak dagu apabila naik harumnya dan berubah warnanya menjadi kehitaman. Insyallah


3) Sekiranya ada kesan seperti minyak dagu dan keadaan yang memaksa untuk putus  hubungan, apakah cara nak menawarkan kesannya?

Jawapan : Pesakit perlu di bawa ke Bintulu Untuk mengubatinya, mandi akar gamunggal tidak berkesan pada tahap seperti ini. Jika tidak di rawat, pesakit boleh bertindak sehingga membunuh diri dan terserap semangatnya ke dalam minyak ini, ini akan merubah sifat minyak dari puteh kepada sifat hitam, di peringkat ini lokan bukan lagi makanannya, namun darah jari kelingking kanan kamu sendiri perlu di masukkan ke dalamnya sebanyak 3 titik. Pada tahap ini minyak di larang bawa masuk rumah, jika di bawa masuk rumah, ia akan menganggu seluruh isi rumah...merbahaya... jadi sila awasi penggunaannya.....

Jaga Niat semasa ingin menggunakannya, dan gunakan apabila perlu sahaja. Tok berhak membatalkan minyak ini jarak jauh sekiranya didapati ia di salah guna.


PERSOALAN GELIGA OLEH SEORANG PELANGGAN

1. Cara pjgaan stiap geliga adakah sama? bagaimana cara nak mjaga geliga:    
  a)tebuan tanah
- Di simpan di dalam tanah busut anai anai, bila ingin menggunakan baru di ambil, di lapikkan kain kuning dan diletakkan dalam mangkuk kecil, dalam mangkuk diisikan tanah busut tu sikit, jika ada dua insyallah bieh beranak

  b)ular sawa
- Di simpan Di dalam beras, namun jika terjumpa tengkorak ular sawa, baik di simpan di dalamnya , jika ingin buat pendinding, yang jantan dimasukkan dan dibungkus kain kuning kemudian di tanam di hadapan rumah, insyallah sebagai pelindung rumah dengan izin Allah, semasa nak tanam, bacalah Doa Makbol " Ya Allah hayu Ya qoyum Ya Adzim Ya robbol Alamin 3x" dan niatkan

  c)semut hitam
- Jika Dapat Sila Simpan Di dalam bekas yang mempunyai tanah sarang semut tersebut, jika tiada, cukuplah di simpan dalam bekas kecil dengan beras

  d)dewi laut 
- Di simpan di dalam air laut beserta pasir laut, insyallah

KISAH TOK MAT DI SIHIR

Seminggu yang berlalu ini terasa bagaikan Sebulan.

Mana taknya Tok di Halakan Tuju Tuju Bukan sekali tapi Dua Kali oleh seorang Yang Tok kenali seorang Blogger Barangan Mistik Juga, Alhamdulillah Nampaknya masih Tebal Pendinding 7 Lapis Tok Yang Tok Amalkan Sejak 12 tahun yang lepas. Bukan ingin bermegah , tidak sama sekali, namun itulah buktinya Kekuasaan Allah swt... Ilmu Haq Dan Ilmu Allah, Bukan Ilmu Syaitan.


" Tok Bertuhankan Allah, Mereka Bertuhankan Syaitan "


Wallahualam Bissawab....

Alhamdulillah Tuju tuju tersebut kiranya boleh tahan juga sehingga boleh melepasi semua Pak Guard di luar rumah yang Tok pasakkan tu , namun Tok cuma sakit sedikit sahaja di sekitar Jari jari... Belum sampai ke Jantung dan Hati. Di samping Tu juga Rumah Tok Dikunjungi beberapa makhluk halus yang entah dari mana datangnya bertandang di rumah, macam macam kerenah manusia ni, tak habis dengan tu, akaun google tok pula di gantung sementara oleh pihak google sebab dalam carian mereka dipenuhi dengan nama Geliga Bunian dan semuanya tertuju ke blog Tok. 

Namun dalam keadaan susah payah, alhamdulillah seorang pelanggan yang berasal dari Negeri 9 datang bertujuan mempelajari Ilmu Hakikat Dan Pernafasan Serta Jurusan Tenaga dalaman Dapat di selesaikan dengan Jayanya selama beliau di sini 3 hari, Alhamdulillah syukur..Moga Ilmu yang di Perturunkan kepada beliau dapat dimanfaatkan untuk diri, keluarga, sahabat handai serta masyarakat.

Apa yang tok kesalkan ialah, kenapalah manusia tak pernah hatinya Bersih..kenapa perlu busuk, dengki mendengki nak santet la, santau lah.... haiiii.... dah macam dunia ni dia yang punya dan dah macam bakal hidup kekal abadi di atas bumi Allah ini.

Dulu Pun masa tok belajar di Perak, seorang Rakan Tok yang memang orang Asal Perak dari Parit, pernah cuba menyantau Tok sebanyak 3x, semasa konvo semua berpelukan, tiba giliran kami berdua, beliau memeluk sambil membisik di telinga kanan tok....." Ilmu apa kau pakai, aku santau kau 3x tak jalan jalan ", Tok ter-hairan.... " Aku tak pakai apa apa, aku cuma berserah sebulatnya kepada Allah ", Memang Beliau seorang yang angkuh, Bapanya seorang guru silat kawasan Parit Perak, Pernah juga beliau Memaki hamun seorang pensyarah kerana Berbual dengan kekasihnya .... Apa la punya orang.... Nama dia bermula dengan " Raja .........." Tak perlu Tok Revealkan, Namun keangkuhannya boleh Tok Katakan... Tok Tak pernah Berjumpa Orang seangkuh Beliau Sebelum Mahupun selepas Tok mengenalinya. 

Semasa berkhidmat Di Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi Johor, Tok pernah di hantar Tuju Tuju Oleh seorang Wak Aji Yang Juga Seorang Bomoh Jawa Kerana menduga Tok mengurat Bini Mudanya, Tok Baru kerja takda motor, jadi akak ni selalu jugak lah bagi pinjam, Kecoh la 1 Felda tok ada skandal dengan Bini dia... Apa Raa.... Tak habis dengan itu, bila di cuba sekali , tak berjaya, sehingga di cuba kali ke-4 baru tembus sikit, namun pada masa tu kesannya tak terkena Tok, 2 Bilah Keris Yang tok gantung di dinding retak dan pecah , mungkin Aura keris cuba melawannya, namun kelihatan keadaannya seperti sudah terkorban.. memang tidak di sangkal, Tok amat sayangkan semua Khadam Tok dan anggap mereka seperti kawan kawan rapat Tok, Berkawan bukan bermaksud menyembah... Jangan salah paham ya  ...... 

3 Hari rumah Pegawai yang tok duduki di serang, ditembak macam macam hantu, pelesit, polong, perempuan bertelekung, malah ada juga lembaga perempuan seksi datang cuba menggoda ( untuk melemahkan iman, sekaligus apa yang di tembak akan mengena kita ), semua Tok berjaya menepis, Last sekali, tembakan terakhir, Tok alah juga apabila muntah keluar cacing mayat. 


Memang Tok jenis lembut dan suka mengalah, namun seperti manusia biasa juga, sehingga ke mana tahap kesabaran , di kemuncak kesabaran, Tok keluar depan Rumah sambil memegang rotan Semambu pemberian Guru Tok, Tok Berdiri mengarah Ke rumah Wak aji berkenaan... Tok menggunakan Ilmu Hakikat yang dipelajari dari ayah Tok satu ketika Dulu, Tangan Di depankan , Tongkat Di Tekan ke bumi..... Tuk...tuk...tuk... 3x hujung Semambu di ketuk sekuat hati dengan penuh amarah dan geram Tok Lancarkan Ilmu pasak Bumi Berpaksikan Tongkat...... 


Esoknya di pejabat, akak tu bagitau Tok suaminya lari dari rumah tengah tengah malam angkut semua baju dan pindah ke rumah Bini Tua , kemudian selang beberapa ketika akak tu cerita suaminya ada di rumah isteri tua dan sekarang rebah tak bermaya..... Tok tunduk kesal.... akak tu pun ceritalah apa yang dibuat oleh suaminya dan terhurailah kenapa rumah tok di ganggu dan tok muntah cacing mayat..... Tok cuma cakap " kak, Kalau Orang Bagi saya 10... saya balas 1 saja, Anak Utara Kalau Merantau, Pantang Berdada Kosong " Masyallah... terkeluar kata kata berbau angkuh di mulut Tok, Astagfirullah, akak tu menangis keluar sikit air matanya dan meminta tok memaafkan, namun Tok berlalu sahaja tanpa ucapkan apa apa kata , sehingga ke hari ini.. sehinggalah akak tu pun dah cerai dengan suaminya sebab dah kantoi rupa rupanya selama ini dia diguna guna suaminya untuk mengahwininya, apatah tidak, sungguh kehairanan, bagaimana wak aji yang kudung, matanya sebelah sahaja boleh mengahwini Seorang Pegawai Kerajaan yang cantik , puteh dan gebu. Akhirnya apabila dirinya lemah dan lemah akibat Bisa Rotan Semambu Yang tok kirimkan tadi, Ilmunya Juga Luntur dan Isteri mudanya mulai sedar dan sedar, kini bekas isterinya berpindah ke Felda di Pahang dan berkahwin lagi dengan Seorang Pemuda Yang Secocok dengan beliau. Alhamdulillah , Semoga Berbahagia Kak Mimie....

Itulah akibat sihir, ianya tidak akan selama lamanya kekal di dalam tubuh badan kita, dengan hanya sekali Tembak sahaja, terbaring tidak bermaya... tertembak dengan hakikat insan, haq diri kita sendiri yang dikurniakan Allah swt, bukannya dengan bantuan Jin Jin, kerana sesungguhnya .....Permainan Jin hanya sementara.

Jangan Bangga diri jika ilmu ilmu anda berlandaskan Jin, Orang cabut atau tembak, jin lari, anda hanyalah sebatang Tubuh yang kosong tiada Apa apa, hanya menanti Ajal sahaja.

Ingat Sahabat semua, carilah ilmu yang Hak Dan Haq, Ilmu tentang diri, Jika ambil ilmu Jin, Bukan ia ilmu diri, namun jin semata mata, Antara anda dan jin, ianya boleh terungkai simpul ilmunya dengan 2 Kalimah Syahadah sahaja.....Allah Huakbar...Allah Huakbar...Allah Huakbar

Saturday, September 15, 2012

KOLEKSI VIEO EDISI 2


DUIT BUNIAN





KEILMUAN 



Bukan Tok menyifatkan pesilat dan pemilik saka itu orang yang sama, leter tanpa ikut skrip memang macam ni lah. pesilat boleh dikira dengan jari, manakala Pemilik SAKA juga boleh dikira dengan jari

Bukan Tok nak memburuk burukkan keadaan, namun pengajaran perlu diberikan sehingga ia sebenar benar mengakui akan kelemahannya . Tak salah mengakui kelemahan sendiri... Dan kalau dah mengaku jangan cuba pulak nak menutup kesalahan sendiri, baru tadi Minta maaf, tup tup... sekejap sahaja seolah olah nak cakap orang yang salah , bukan mereka......

Cari pasai lagi dengan Tok mat... cari pasai lagi..... Tok mat bukan seorang hamba duit sayang duit nak belanjakan tambang pergi tempat mereka untuk musyawarah, samada endingnya berpelukan atau samada endingnya bersilat dan masuk balai. Tok tak kisah..kita betui..bukan kita salah... Tok tak pernah takut kalau Tok tak salah





Monday, September 10, 2012

KOLEKSI VIDEO EDISI 1

BERSAMA PENGALAMAN TOK MAT GB

Perihal Mani Gajah


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Perihal Besi Kuning







Saturday, September 8, 2012

ILMU PENGGERUN MATARAM

BISMILLAH






"Om Sendi gendang panglima bangsa, om sendi akulah anak harimau rangsang dalam dunia"


Cara membatalkan : Basuh muka dengan air

ILMU BERKAWAN DENGAN BUNIAN

BISMILLAH............

" Qalam Taqna, A' Lobil Ghoibi Wal Masri Yarhabul Amin "


Di Amal selepas solat sebanyak 21x


Apabila sudah genap tempohnya, maka ia akan datang di hadapan kita depan sejadah, jika lelaki maka datangnya lelaki juga yang berserban dan Berjubah, Jika Perempuan, maka datangnya bertutup aurat layaknya wanita beriman.....Insyallah...sekadar perkongsian sahaja...tidak boleh DIAMALKAN

Saturday, September 1, 2012

SAMBUNGAN DARI GB





Ada Juga Cust Baru yang nak murah , segala galanya murah, dia cakap, kan semua mahar bunian dah tetapkan.

Jawapan Tok.." Ya... tapi bagi perguruan lain lain lah kat U.S ka, kat afrika ka, kat jepun ka, tapi kami kat sini tak macam tu, kami meng"GUNA"kan sepenuhnya khidmat mereka, bukan untuk kami ikut cakap mereka kerana kita KHALIFAH... Kerana apa kita nak ikut telunjuk mereka sedangkan mereka "TAHU'?....(Apa yang mereka tahu?... cari sendiri lah )

Jadi kepada yang baru baru tu, Tok minta Faham faham lah, ini ialah satu satunya pendapatan Tok yang Mulia, Tok bukan mengemis atau merompak orang. Tok pos barang di PPL ( sebab tu pos hari ni, esok dah sampai walau pelanggan di Miri sekalipun ) , Tok Sanggup Ke Pusat Pos Laju ( PPL ) Jb semata mata untuk kepentingan Pelanggan , dari rumah Tok nak ke PPL JB ialah 1 Jam 15 Minit, dengan melalui Jalan Selong iaitu jalan shortcut ( org Jb tahu jalan Tu merbahaya dengan penagih dadah ekstrim yang selalu baling botol dan Batu di cermin kereta dan merompaknya, polis pun mana berani lalu ), dengan traffic light sibuk di Setia Tropika Jalan Kempas sehingga ke jalan Ungku Mohsin. Kadang kadang Dari Tasik, Tok p Tasek , Isteri Tok dalam kereta Packing Barang Dalam kereta tepi Hutan ( Tok ke dalam jauhnya 300meter ), packing kalut kalut, Tok pula di dalam buat ritual, habis ritual lari laju laju sampai pernah tersandung kayu , jatuh tergeliat kaki, sementara batu geliga semua jatuh bersepah celah celah daun, kutip lagi pelan pelan , kemudian bagi kat isteri tok , dia packing pula sambil tok bawa kereta 1jam 15 minit ke PPL dalam kaki terseliuh... PPL tutup jam 6.30pm... kekadang tak sempat , alang alang dah sampai JB Tok terpaksa menyewa Hotel pula, kalau nak patah balik, kan dah 2x kerja... esok paginya tok poskan di PPL, kemudian balik rumah semula 1 jam 15 minit dengan tak gosok giginya , dengan penat, tak yah cakap. Tok bukan tidor malam... Malam Tok pantau dan update Blog.

Kerja Tok siang dan malam, memang pendapatan Tok paling sikit sebulan RM 15Ribu... Tapi... Kalau anda... ada kelayakan dan belajar tinggi tinggi, sanggup kah buat kerja ni ?... Tok bukan tak tinggi pelajaran, Dulu Tok Pegawai FELDA yang ada pencen, FELDA Holding. Tapi tok resign dan guna duit tok kumpul kerja untuk mengembara mencari DIRI dan Ilmu... Dulu Tok tak Pentingkan kehidupan sedikit pun, sehingga nyaris nak tinggal terus di Gunung Ledang tak mau balik sebab Frust Dunia... Tapi ada lah sorang hamba Allah Ghoib nasihatkan Tok.. Jadi sekarang Tok Berada di SINI lah.

Walau skrg belum ada anak, Macam macam nak kena bayar, wifi 4gb, Kereta Sebulan 720, Duit makan  minum, apatah lagi kalau Tok out Station.... bukan ratusan modal Tok keluar... Ribu ringgit... Dari mana datang duitnya?.... ni... duit berniaga lah...tok guna jumpa cust sana sini, bukan tok buat p makan angin bali ke, Paris ke... Tak... sebab  jenis tok, tok suka berkawan dan tok mudah percaya orang, tapi sekali Tok tak percaya, sampai mati pun tok tak percaya lagi.

Bukan Tok nak MengUNGKIT... Tapi Tok mintak.. Tolong fikir sama ya, Tok pun manusia juga.. Tok makan nasi macam hangpa juga... bukan makan bertih jagung 1 hari sebiji... 

Jangan berkecil hati atas penulisan Tok, Tok ceritakan segala sebab nak bagi anda semua tahu perit getir orang macam tok, sebab tu, kalau ada orang buat leceh dengan blog tok, tok sanggup cari sampai lubang cacing... kita dah betui dia cakap tak betui.... nak betui lagu mana lagi tak taulah.... 

Tok cuba buktikan pada semua orang yang pandang lekeh pada peniaga batu, kami peniaga batu boleh berjaya dan boleh menyamakan pendapatan dengan gaji seorang Perdana Menteri dan kerja pun sekalut beliau...dan alhamdulillah tok berjaya....Sebelum ni ramai yang tok jumpa bila tok jawab tok jual batu dia jawab " erm, buat sampingan boleh la, kena ada kerja lain juga"... mungkin..... mungkin bagi peniaga batu permata zaman 90-an dulu... kini tidak lagi...rakyat Negara kita sekarang mewah dengan Wang ringgit, kalau gaji seciput pun tau dah EPF di hari tua dapat ratusan ribu, apa dia nak kisah...tambahan lagi jika Kakitangan Awam Tahap Profesional...Golongan macam Tok ni, nak berlagak dengan pendapatan mewah macam ni sampai bila ?... sampai ke tua kena kerja, kena cari duit nak sara hidup.. 

Jadi Tok minta... bagi pelanggan yang cakap macam tu dan anggap macam tu, "bunian Dah tetapkan maharnya", paling penting tok nak cakap, kami tak ikut cakap Bunian dan telunjuk mereka, mereka cumalah saudara seislam kami sahaja, tidak lebih dari itu. 

----------------------------------------------------

Ada pelanggan baru juga terpedaya dengan mainan Bunian, dapat mimpi dan macam macam lagi?... Tok cuma nak pesan 1 sahaja... sebelum nak libatkan diri dengan alam mereka, kenalilah mereka dulu dan carilah ilmu untuk mengenal mereka, namun sebelum itu... belajar lah mengenal diri sebelum belajar mengenal makhluk lain ..insyallah selamat dunia akhirat... di dalam perjalanan mengenal makhluk lain ini ialah salah 1 proses mengenal Allah... ada banyak lagi proses nya..jadi jangan jadi antara yang GAGAL..Tok pun belum tentu lagi LULUS....



Ada juga yang jumpa Tok pandang atas bawah... macam tak percaya Tok ni boleh tarik batu, mungkin dia percaya pada yang berserban dan berjubah... bukan tok tak mau pakai..Tok ada 3 Jubah dan 1 kurta kat rumah, lilitan serban tok style tahfiz cheeewah.... tapi bukan tahfiz lah... Dulu tok pakai... 1 sebab sahaja tok tak pakai... sebab tok merokok walau rokok elektronik, tok tak mau lah dalam berjubah serban tok terhisap rokok... tok malu.. sebab tu sahaja, bukan sebab lain. ( Tok tak sepandai mahaguru tarik lain, dan tok juga masih belajar lagi dengan beberapa guru , ilmu Allah itu luas..tak salah mempelajarinya )

Tok berbangle sebab guru pujaan hati tok yang berjaya tarik 300ribu depan mata tok dan jemaah tok dulu rock kemain, tarik duit pakai seluar pendek , bangle leher dan bangle gelang, bukan nak tiru gaya dia..tidak, dia pakai macam tu pun sebab nak elakkan dari scan orang orang pandai ni, orang pandai scan scan, lepas tu tau..oooo engkau ni guru tarik eyyy...meh aku uji sedass...pammm... dia hantar santau... tak ke naya... Guru pun guru juga.. tapi bukan semua dia boleh tepis.... jadi bila guru ni pakai rock rock , orang pun tak sangka dia sebenarnya Guru ... kalau orang scan pun, orang akan konfius...betui ka dia ni guru tarik?... isk silap scan kot,..... hahahaah.... orang kita kan nilai orang dari cara pakaiannya... jadi di situlah guru ni ambil advantagenya.... Tok pula lebih suka orang tahu di sini sahaja sebab tok tau anda semua jauh jauh, orang dekat dekat sini mana tau... polis sini tau lah sebab haritu kena soal buat apa ramai ramai pakai songkok semua kat hall rumah... takkan nak tipu.. cakap la buat tarik duit..last last sekali dengan dia seronok asyik datang rumah berbual bub ni... Ya lah... tu uniform dia, tugas dia, dalam uniform ialah manusia biasa yang mempunyai minat dan hobi juga.

Hari tu datang 2 orang pakcik rumah tok, bila dia dapat tau tok lah "orgnya" yang muda dan macho ni, tak lama dia duduk, terus dia angkat kaki balik.. terkebil tok ... ya.. mungkin jenis menilai dari pakaian dan gaya... apa pun best juga.. tak la penat penat nak melayan kerenah depa nak tarik duit .... kalau barang ok takpa...kalau barang K.O kan penat saja ?... 

Tak kurang juga ada yang datang nak buat Nombor, ha jenis ni tok ada segan sikit, nak bebel, tua dari tok, nak melayan kan kita berdosa.... dua tiga kali datang, sms siang malam , kol tak berhenti..tok suruh dia kol orang lain yang tok tahu kaki tu... segan juga kita... 

Kalau memang betul2 susah, umah nak kena lelong, kerja kena buang, hutang sana sini, along cari sampai nak culik anak bini...insyallah tanpa segan silu tok akan tolong, tapi bersyarat... memang tok pernah belajar benda tu tu dulu dengan Guru Jawa, mataram, asli, dan melayu... Bukan untuk apa pun, minat nak belajar ..tu saja... Sebagai ilmu sahaja , untuk tau tau ....Syaratnya amat ketat iaitu nyawa sendiri, buat masa ni yang dah terkorban kerana tak cukup syarat dah 2 orang, 1 putus kepala eksiden di kempas, 1 lagi kena langgar lori pasir di kota tinggi.... Kalau ssalah 1 persyaratan tak dipenuhi... tunggu sajalah.... Tapi kalau benar benar susah, maka buktikan kesusahan anda, dokumen.... ya ..dokumen hutang dan segalanya, kalau tak seberat di atas dan boleh pakai tulang 4 kerat, maka pakailah...tok takkan tolong selagi ada usaha.

Tok tau ada sesetengah orang membantah tindakan tok membantu yang susah dan nyawa di hujung tanduk guna jalan ni, habih..... nak tarik duit..barang tak da, nak suruh kerja..kerja apa ?..... kalau tak dibantu, kang jadi penjenayah, merompak , membunuh sanggup semata mata untuk melindungi keluarga dari ancaman.... ada depa pikir? akan mudharat yang boleh menimpa kepada drirnya dan masyarakat... itu ok lagi kot.... kalau dia datang umah tok mintak tolong , tok tak mau tolong sebab pikir SALAH ... tiba tiba dia rompak tok dan keluarga tok ?.,.. macam mana.... bukan kah itu mudharat..? sedangkan jika di dalam hutan tiada makanan dan ada cuma babi... kita boleh makannya untuk teruskan hidup asal jangan sampai kenyang.... dibolehkan?.... mengapa tidak kita tolong mereka dari mereka membuat sesuatu yang lebih dahsyat lagi... betui dak?.... tu la .. kekadang org macam ni...depa pandai bercakap,tapi akai letak kat lutut...oorang kata bodo..marah..kata pandai.... pandai la sangat sehingga memandai mandai tak reti pikir.... hehehehhe.... 

* dah nak jadi apa dah blog tok ni, bebelllllll je kejenyer hehhe..... maaf ya tuan/puan/cik.....